Blogger Review

REVIEW HOTEL | Hotel de ART @ USJ

8:43 AM

REVIEW HOTEL | Hotel de ART @ USJ - Korang kalau tido hotel korang jenis ambil kira pasal apa? Macam mama memang tak kisah asalkan hotel tu cantik dan bersih dah cukup tau. Tapi kalau dapat hotel yang decoration cantik dan dalam masa yang sama harga yang murah confirm best kan. Hari Sabtu lepas mama berpeluang untuk stay satu malam di Hotel de ART USJ. Katanya hotel ni dinding dia cantik sangat. Jom kita tengok Hotel de ART di USJ ni.


Sampai jer dekat luar hotel de ART ni terus tengok dia punya warna warni yang woww lawanya. Tengok hotel macam 5 star tau tapi hotel ni 3 star jer. Ehh tak kisah la baper puluh star pun mama kalo dapat hotel yang cantik gini best jer. Kalau korang nak tahu Hotel de ART ni merupakan 1st Art Themed Boutique Hotel di Malaysia. Dan Hotel de ART terdapat 4 cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu USJ, Seksyen 7 Shah Alam, Seksyen 19 Shah Alam dan I-City Shah Alam.


Masuk jer dekat lobi hotel mama dah keterujaan decoration English Garden di segenap ruang. Kagum mama tau. Anak-anak siap suruh mama tangkap gambar kat sini. mama kat sini jugak. Heheh mama pun gigih paksa anak bujang mama tangkapkan gambar mama dekat buaian yang cantik ni. Itu pun baper banyak kali tangkap nak bagi elok. yang lain asyik gegor jer mencik ahhh.. hahahah

Best betul duduk atas buaian ni.. Hehhehe feeling princess pun ada.

So kita orang dapat bilik 211 iaitu di level 2 hotel ni. Keluar jer dari pintu lift nahhh siap nampak lukisan di dinding yang cantik giler. Terus mama dapat idea nak buat kat dinding rumah macam ni tapi kan sapa nak lukis. hahahah kena cari yang pakar lukis kalau nak buat gitu. Nak suruh Qebal tangkap mau gegor habis gambar baik tak payah kang buat sakit hati mama jer nak baper puluh kali pose kofkokof


Alaa cantiknyaa

Masuk jer bilik terus nampak 2 katil queen yang besar. Memang woww malam tu kita orang tak perlu berimpit tido lagi hahaha. Setiap ruang bilik mama perhatikan semuanya bersih dan tip top tau. Bau hapak ker memang takder. Wangi jerrrr... Dalam bilik terdapat tv, kettle, air mineral, coffee 3 in 1 dan cawan. Yang penting of coz la aircond kan!! Kalau aircond tak sejuk memang agak spoil ok tapi aircond dalam bilik ni yarabbi sejuk gedi. Sampai anak-anak suruh tutup sebab tak tahan sejuk..

Complete semua

Toilet pun bersih!! Siap ada water heater dan hair dryer lagi

Tengok anak-anak setiap masa nak berselimut jer hahaha. 

Lawa kan.. 

Selain dari facilities yang lain mama paling suka wifi hotel ni giler laju. Hahaha. syiok la mama nak scroll fon tu tak perlu loading. Untuk password wifi memang tersedia nota kecik dalam laci dekat bilik. So korang kena cari yer ehh dah macam cari harta karun pulak. Cuma satu jer kurang dalam bilik takder telefon. Alaa benda ni tak penting pun sebenarnya kalau ada jenuh sorokkan dari Qeisya. Dia keje nak angkat telefon orang pulak. Hahahah

Ehh cantik la wall belakang bilik ni. Semuanya lukisan dari Duncan Art. 

Ni sebelah luar. hahh korang boleh la bergambar kat sini. Ini feeling angel ker apa ni

Tarikan yang comel di depan pintu masuk hotel de ART

So far mama memang puas hati sangat stay semalam di Hotel de ART ni memang kami 5 beranak tidur nyenyak jer dengan aircond yang super sejuk tu. Ahh bagi yang belum nampak lokasi hotel ini terletak berdekatan dengan Main Place Mall. Alaa tepi jalan korang dah nampak tau. Untuk kemudahan seperti MRT juga terdapat berdekatan di sini so korang boleh jalan kaki jer. 

Harga untuk satu malam di sini bermula RM88 sehingga RM228 sahaja. Murah dan berpatutan bukan. Kalau korang nak stay di cawangan Hotel de ART yang lain korang jangan terkejut sebab setiap hotel berlainan tema dan lukisannya seperti cartoon, anime, flora, fauna dan banyak lagi. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Hotel de ART USJ
21, Jalan USJ 21/6
Subang Jaya
47630 Selangor


Love,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. cantiknya..tertarik la tgk lukisan2 dia tu..mmg best bergambor ni...dalam bilik pun, nmpk cun....

    ReplyDelete
  2. Memang sangat cantik... Teruja pulak LeYa untuk singgah juga.. Thanks MamaJue.. Hehe..

    ReplyDelete
  3. wahhh cantiknya deco hotel ni! harga pun murah je satu malam, memang happy bermalam dekat sini :D

    ReplyDelete
  4. kan btul tu terbaik hotel de art ni.. pling best selesa dan bersih

    ReplyDelete
  5. Lawanya! Mcm trigin plak nak try situ

    ReplyDelete
  6. Wahhh mama cantiknya interior design hotel ni. Kreatif lah. Suka sgt dgn art yg ada tu.

    ReplyDelete
  7. Cantik hotel ni, harga pn berpatutan

    ReplyDelete

Like us on Facebook