PREGO BUDDIES | Pasta Kering Berbentuk Menarik Yang Pertama Untuk Kanak-Kanak Oleh PREGO

8:00 AM

Prego, pakar hidangan pasta, telah pelancaran Prego Buddies iaitu pasta kering berbentuk menarik keluarannya yang pertama untuk kanak-kanak baru baru ini. Prego Buddies diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli serta didatangkan dalam beraneka bentuk bertemakan sukan serta angkasa yang pastinya dapat membantu para ibu memikat selera anak-anak mereka untuk menikmati hidangan pasta yang berkhasiat lagi menyeronokkan. Apa yang lebih hebat ialah ia boleh disediakan dalam hanya 10 minit.

Prego telah memenuhi citarasa keluarga dengan menawarkan pelbagai jenis sos pasta dan pasta kering. Prego kini teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya dengan memperkenalkan Prego Buddies, khas untuk si cilik yang menggemari pasta serta bagi memenuhi keinginan para ibu untuk menjadikan masa makan anak-anak mereka sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan.

Prego mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya menerusi inovasi dan kini dengan mengutamakan keperluan kanak-kanak, kini sedang berusaha untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh para ibu dalam menyediakan hidangan enak serta lengkap yang dapat memikat selera anak-anak mereka ketika makan. Kebanyakan ibu bersetuju bahawa anak-anak mereka cerewet dalam memilih makanan dan tidak mahu masa bermain mereka diganggu ketika makan. Dengan adanya Prego Buddies, para ibu hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk menyediakan beraneka jenis hidangan pasta dengan penuh kasih sayang dan boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan sos pasta Prego atau menambah beberapa ramuan tambahan, memastikan si cilik sentiasa gembira.


Turut hadir pada majlis pelancaran yang diadakan di Sunway Pyramid itu ialah selebriti serta pelakon wanita terkenal, Scha Alyahya dan anaknya Lara Alana; pengacara radio dan TV, Gan Mei Yan dan anaknya Jo; tukang masak cilik, Danish Harraz; maskot Prego Buddies, Buddies dan watak siri animasi popular Malaysia, BoBoiBoy.

Pada majlis itu, Danish Harraz yang baru berusia sebelas tahun turut mempamerkan bakatnya dalam bidang masakan dengan menyediakan salah satu daripada dua resipi ciptaannya yang menggunakan Prego Buddies dan sos pasta Prego. Apa yang pasti, hidangan Buddies Ayam Keju hasil air tangannya itu telah mendapat sambutan hangat dari kalangan para selebriti serta media yang dijemput ke majlis berkenaan.


"Saya sememangnya sudah lama meminati Prego dan merasa amat gembira kerana diberi peluang untuk mencipta resepi saya sendiri menggunakan Prego Buddies. Pasta berkenaan membolehkan anda menyediakan hidangan yang mudah atau mencipta satu resipi yang sangat kreatif. Kedua-dua resepi yang dicipta oleh saya itu boleh disediakan dalam masa yang singkat dengan menggunakan beberapa ramuan yang mudah" ujar Danish.

Para penggemar pasta boleh mendapatkan resipi istimewa hasil ciptaan Danish iaitu – Buddies Ayam Keju dan Cucur Ayam Buddies di www.pregobuddies.com. Para ibu dan anak-anak boleh mendapatkan inspirasi untuk mencipta resipi mereka sendiri di laman sesawang berkenaan sementara anak-anak menerokai aktiviti menyeronokkan bersama-sama dengan Buddies.

Prego Buddies didatangkan dalam dua varian berbeza iaitu pasta bertemakan bentuk sukan dan angkasa, sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas. Ia diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli serta boleh didapati dalam pek 200g, pada harga runcit yang dicadangkan RM 2.35. Pengenalan pasta untuk kanak-kanak itu ke dalam rangkaian produk sos pasta dan pasta kering Prego bakal memenuhi kehendak serta citarasa pengguna yang lebih luas. Semua produk tersebut boleh didapati dengan mudah di seluruh negara. Dapatkan beraneka resepi yang mudah serta enak untuk disediakan di www.pregobuddies.com.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook