Adventure Park & South Creek | Tempat Aktiviti Jogging & Hiking Terbaru di Eco Hill 2 Beranang

4:27 PM

Adventure Park & South Creek | Tempat Aktiviti Jogging & Hiking Terbaru di Eco Hill 2 Beranang - Selepas kewujudan Eco Forest di Broga Hill Semenyih, ni hahh ada tempat riadah terbaru di Beranang iaitu Adventure Park dan South Creek. Lama mama dah tau tempat ni, itu pun mama tengok banner tepi jalan. Pernah pergi sekali ikut Google Maps tapi tipu punya Google Maps ada ker bawak pergi ikut jalan kampung mana ntah. Cisss pembohong punya Google Maps hehehe. padahal senang jer nak pergi sini sebelum kubur Beranang tu ambil ikut kanan. Masuk jer jalan kilang tu akan nampak EcoHill 2. 


Kali ni pergi Adventure Park pakaian proper skit dengan pakaian sukan + kasut sport. Tempat Adventure Park ni bukan tempat riadah berkelah yer hahah.. hari tu mama tengok ada orang angkut makanan makan kat atas. Perghh gigih betul. Adventure Park ni sangat sesuai untuk hiking dan cycling sebab memang ada track laluan naik ke atas. Fuhh peluh jugak la mama nak jalan naik sampai atas. Anak-anak memang excited laju jer depa lari sampai atas. Mama papa dah kebelakang.. 


Sampai check point 1 ni ada playground untuk bebudak. Seronok la anak-anak main playground. Qeisya pun sakan naik slide sampai tak nak balik. Qeram siap jumpa kawan sekolah dia. Suasana pun best memang back to nature la. Bunyi cengkerik, permandangan pokok hijau dan yang tak leh tahan nyamuk belambak weh. dah la size nyamuk besar-besar!! geram jer nak tampaq. hahahah

Paksa Qebal snap gambar mama. hahaha kepeluhan dont care!

Weolls jalan lagi naik ke atas.. ok ini agak mencabar skit sebab tinggi giler. kalau naik basikal pun mau jenuh kayuh ni. Terus en papa kata nak beli basikal lah boleh datang berbasikal kat sini. gigih la en papa ni.. hahah kang basikal tu tersadai kat rumah. Penat jugak weolls hiking ritu sebab takder warming up terus jalan naik mau pancit jugak nih.. Betis mama pun start sakit. tapi mama ok jer.. 

Anak-anak memang suka nak bergambar sekarang. Motip basikal ni untuk tengek duduk sekejap kot.

Besar kan maps Adventure Park ni. Fuhhh..

Dekat atas ni ada buaian ni.. tapi kann nyamuk belambak dan besar-besar!! hahahah

Ok kita orang jalan lagi. dah sesi exercise kan so kena lah jalan semua tempat. Sampai kami turun ke bawah ni ada port aktiviti rintangan dan fitness. Menarik tempat ni cuma kena berjalan skit la nak sampai ke tempat tu. Orang kata tempat baru so masih baru la barang-barang kelengkapan fitness kat sini. Lama-lama kalau tak dijaga elok mau rosak kan. Harap pihak Ecohill jaga lah tempat ni dengan sebaik mungkin. So sebagai pengguna pun kenalah jaga tempat ni elok-elok dan dapat jogging atau hiking bersama keluarga pada hujung minggu. 


Suka bebudak ni dah cakap mama setiap minggu kita datang sini ehh.. habis laaa.. 

Lepas turun dari Adventure Park, weolls lepak dekat South Creek Ecohill 2. South Creek ni tempat baru untuk beriadah bersama keluarga, anak-anak main playground dan tempat jogging. Ehh kat sini ada sewa basikal dan ada harganya. Mama tanya basikal untuk 4 orang tu RM40 untuk 30 minit. Perghhh renyeh dengar harga.. Ok la kalau sesaja suka boleh jer.. Time tu weolls datang kejap jer. 

Wajib gambar depan ni.. mama is tukang tangkap gambar. 

Jambatan ni memalam cantik sebab ada lampu.. sesiang macam ni jer lah. 

Nampaknya setiap weekend dah ada aktiviti setiap pagi atau petang untuk beriadah bersama anak-anak. Mama rasa better Ahad petang pergi sini sebabnya sebelah malam confirm depa letih dan akan tidur awal. Hehehhe. InsyaAllah kalau mama takder job kat luar boleh la datang lagi ke Adventure Park & South Creek EcoHill 2 ni lagi. Dah dekat sangat dengan rumah mama ni kan. Bagi penduduk Beranang & Semenyih boleh la datang sini ye. 

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook