Food Review

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat | Tempat Makan Steamboat Dengan Harga Yang Murah

9:46 AM

Last makan steamboat bila? Fuhh jenuh fikir sebab dah lama giler tak makan. Aaargghhh memang lama sebab mama kalau cari tempat steamboat of coz la nak harga yang berpatutan dan berbaloi makan. Hehehe. Almaklum la rakyat marhaen mana boleh kerap-kerap makan steamboat mahal-mahal kan. Mau koyak rabak poket dan purse. Ehh ni hahh mama nak bagitau tempat makan steamboat paling murah, berbaloi dan berpatutan kaw-kaw lah. Hahh tudiaaa memang berbaloi la kalau korang pergi makan kat sini. Tempat makan steamboat ni di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam, Selangor.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan menyediakan masakan steamboat samada grill dan juga rebus dengan diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk menikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Pilihan yang tersedia tentunya udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Turut terdapat pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk disediakan untuk pelanggan.


Segala mala haiwan ada kat sini hahh.. Pilih ajer mana yang suka

Menu kali ini seperti menu grill perapan istimewa seperti ayam / daging, udang, sosej, ikan dan sotong telah membuat pembaharuan dari Chef Shahnizam. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah-ratus herba untuk menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. 

Daging, ayam, kambing, pedal, ikan yang perapan pun banyak pilihan. Mama pilih kambing ler sedap sungguh!

Nasi, mee & spaghetti pun ada. yang mana lapar boleh makan nasi.


Terdapat pelbagai pilihan soso yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi. Pilihan mama of course la sos lada hitam memang sedap weh. 

Aneka sayur-sayur.

Aneka Mee

Dah kenyang makan boleh la makan ABC sebagai pencuci mulut pulak

Lagi menarik ada 12 jenis ais krim termasuk perisa oreo dan mint. 

Diingatkan jangan membazir yer. Jika ada pembaziran makanan akan di charge RM10 setiap 100gm

Di D'kayangan Steamboat boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang di bahagian dalam beraircond manakala 300-400 orang di bahagian ruang terbuka. So korang boleh pilih nak dekat dalam ker luar. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa serta tempat kereta yang luas. Itu korang jangan risau yer. Jom kita tengok mama dan keluarga makan kat sini. 

Ini first round makan sempat la tangkap gambar. heheh masuk 2,3,4 round dah pakat lupa tangkap gambar hekhekhek sebab sedap memang asyik jer duk bakar-bakar segala daging, udang, papahat.

Sebelum terlupa kena la family potret kekdahnya kan.. bukti datang makan kat sini gituuuu

Ruang luar lebih santai. ada angin-angin sepoi bahasa

Mak-mak blogger semua ni. cun cun tak hehehe

Memang puas hati betul makan steamboat di D'Kayangan Steamboat ni dengan harga yang cukup murah dan berbaloi. Semua perapan daging, ikan, ayam semua sedap. Untuk kuah sos pulak pun terbaik dan yang paling mama suka sos lada hitam tu cukup mama suka. Boleh lagi repeat makan kat sini. Memang tak rugi kalau korang datang makan bersama keluarga.


Kenapa korang wajib datang makan di D'Kayangan Steamboat & BBQ Shah Alam ini sebab lain dari yang lain seperti :
  • 12 jenis seafood segar disediakan setiap hari
  • Pelbagai pilihan Yong Tau Fu yang boleh di pilih
  • Menu "rare" seperti ABC, aiskrim dan kek turut disediakan. Yummy!
  • 15 Jenis pilihan jenis sos
  • 2 pilihan sup seperti tom yam dan sup ayam
  • 24 jenis perapan yang terdiri daripada ayam, ikan, daging dan kambing
Lagi menarik di D'Kayangan Steamboat ini adalah :-
  • Refill soup unlimited
  • Suasana makan yang tenang dan selesa sama ada dalam atau luar
  • Boleh bersantai bersama kawan-kawan dan ahli keluarga
  • Ruang parking belambak
  • Kemudahan Surau disediakan di dalam premis
Harga Bombastik masih sama dan tidak berubah all time!
  • RM29.90nett untuk dewasa
  • RM12.50nett untuk kanak-kanak
  • Bagi pengunjung yang membelanjakan lebih daripada RM150, kad diskaun RM10 akan diberikan kepada mereka
Untuk lokasi dan tempahan boleh hubungi :-

D'Kayangan Steamboat & BBQ
Sri Acappella
1, Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor

Atau Waze sahaja : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 minit sahaja dari Stadium Shah Alam)

Untuk tempahan korang boleh klik sahaja mana-mana link whatsapp di bawah ini :-




Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook