Blogger Review

Kebaikan & Jenama Green Tea Di Malaysia

9:00 AM

Bagi yang nak kurus, salah satu minuman yang korang kena minum adalah air green tea. Korang tau kan air green tea ni sangat bagus untuk process pembuangan toksin di dalam badan yang membantu untuk mengurangkan berat badan. Dah banyak kajian yang dilakukan dengan green tea, memang terbukti dan membantu mereka yang mahu kurus. No wonder la orang Jepun boleh hidup sampai 100 tahun sebab hari-hari dia orang amalkan minum green tea sebagai minuman asas. 

Sebelum ni pun mama pernah amalkan. Ehh dah macam-macam jenama mama minum. Sesiapa yang suka memang dah terbiasa tapi bagi yang setengah orang confirm la kata tak sedap. Dah air tea tanpa gula, biasala tak sedap.. Yang tak sedap tu la sebagai penawar tau. Hahaha. Since mama nak kurus balik badan yang tengah mengambang ni mama pun mula minum balik air green tea penganti air manis. Yes dengan cara ni jer mama kena berhenti dengan minum air manis. Mama beli 2,3 jenis jenama juga yang ada kat pasaran. Orang kata tu sedap beli.. orang tu kata best beli.. hahah end up stock green tea berkotak-kotak kat rumah ni. hahaha. en papa pun kena minum sekali untuk kuruskan buncit dia tu. kekekke

Antara jenama yang mama beli.. hahaha padahal green tea jer pun.

Seingat mama sebelum ni mama pernah minum green tea jenama Cane's dengan GC Tea. Yang Cane's tu dah lama giler sebab mama dapat lucky draw office. Yang GC Tea pulak beli sebab terbaca kata boleh kurus bla bla bla.. heheheh mudah terpengaruh dek non memang la mama beli nak kurus tapi idok kurus pun.. Wakaka.. So lepas habis green tea semua tu terus mama stop minum. Lepas raya hari tu mama dah start kena control balik makan dan kena cut air manis. Sebab air manis la boleh jadi mok mok macam ni. Menyampah tau sebab baju ketat tang lengan dan cutting body dah lari weh.. Huhuhu.. 

Ada orang tanya yang mana sedap antara semua jenama green tea ni.. Ok mama boleh review skit la rasa macam mana dan yang mana sedap. Tapi mama rasa sama jer. ke tekak mama dah cap green tea hahah asal green tea jer telan.. muahahah.. 

BOH Green Tea
So mula mama beli Green Tea jenama BOH. Terpaksa beli sebab jenama ni jer ada kat Giant hari tu.. Green tea ni dia more to pahit skit. tapi boleh la minum. Alaa tuang air panas dengan satu uncang tu pehtu ko minum jer. Langgah sampai habis. Memang la tak sedap tapi percayalah lelama tekak dah jadi biasa tau!. 

Ahmad Tea London Green Tea Pure
Ok ini orang suggest suruh minum green tea Ahmad pulak. Heyy mama korang ni dah jenis tahap mudah terpengaruh. Beli dan cuba. Ok pendapat orang kata sedap bagi mama ok la nak kata pahit tu ok jer, wangi pulak takder la wangi sangat. warna hijau dia tak menarik perhatian mama. So kalau jemu air green tea lain boleh la minum air green tea yang ni. Dah banyak jenama so rajin la tukar!.. hahahah..

Lipton Pure Green Tea
Green tea yang ni sebab nak try huhuhu.. Padahal mama terminum green tea masa event Pampers. Sedap pulak green tea kat situ tapi mama macam perasan jenama Lipton. Tu yang mama beli hahaha.. tapi awat rasa tak sama.. heyy teruk mama ni.. Green tea jenama ni dia wangi dan kaler hijau cantik. Takder pahit macam jenama BOH tu. Yang ni pun nice jugak boleh jer minum. 


OSK Japenese Green Tea Leaves
Heheh ini baru beli last week. kahkahkah.. En papa mula geleng kepala kata mama dah gila beli green tea. Mau kata semua jenama kat pasaran ni tobat mama beli. Takper ini namanya nak bagi kesedaran kat en papa suruh kempiskan perut. Jenama OSK ni dah lama mama duk ushar tapi tak berani beli takut tak sedap. Bagi mama ok la tapi bau dia masyaAllah hahahha.. jenuh tahan beb tapi dah beli sampai 50 uncang dengan harga RM18 ko kena minum sampaiiii habis. 

Seeloknya green tea minum waktu pagi dan malam. Mama minum tak kira time punya nak cut air manis dan ternyata memang menjadi la mama dah cut minum manis dekat 3 minggu dah. Kalo air ice latte memang setiap minggu tu pun pahit berdenggung.. hahaha.. En papa pun kena minum setiap hari. Tapi kesian la kat dia memula tu asyik lawas sampai kena ulang alik toilet kahkahkah. Dek kerana minum green tea + eatclean + exercise + jaga makan nampak la seroh perut boncet dia tu tau.. Jelesss!! Ohh lupa green tea pun sebenarnya ada caffien tersendiri tapi mama ok jer dengan green tea ni so telan la pagi, petang malam memang no hal.


Kebaikkan khasiat green tea yang terbukti.
  1. Mengandungi sebatian bioaktif yang tingkatkan kesihatan
  2. Meningkatkan fungsi otak dan menjadikan lebih bijak
  3. Meningkatkan pembakaran lemak dan prestasi fizikal
  4. Mempunyai antioksidan yang boleh mengurangkan risiko kepada pelbagai jenis kanser
  5. Melindungi otak ketika tua dan merendahkan risiko penyakit alzheimer dan parkinson
  6. Membunuh bakteria yang menyihatkan diri dan mengurangkan risiko jangkitan
  7. Mengurangkan risiko diabetis tahap II
  8. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
  9. Mengurangkan berat badan dan mengurangkan risiko menjadi obes
  10. Mengurangkan risiko kematian dan membantu kita jadi hidup lebih lama
  11. Merendahkan kadar kolestrol yang bagus untuk penyakit jantung
  12. Mencantikkan kulit dan menjaga kulit
Banyak kan khasiat green tea ni. Psst mama baru beli satu jenama lagi green tea.. tunggu sampai mama citer yer. beli green tea ni kena sembunyi dari en papa tapiiii mata dia sungguh tajam tau. sure dia tau dan akan cakap green tea baru ehh.. ciss tak boleh nyorok la dari dia.. Ok tak sabar nak tunggu green tea baru sampai.. Dah korang nak kurus dan jaga badan boleh la mula kurangkan manis atau minum jer green tea ni. Banyak jenama kat pasaran tu so korang pilih la yang mana menajdi pilihan hati yer.. 

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. slm sis, akak pun dah start minum green tea balik sebab nak elak minum manis yang buat badan jadi bambam..huhai..sebenarnya green tea ni memang bagus, kalau pengalaman akak sendiri, perut pun lambat rasa lapar bila amalkan green tea ni, inshallah.:)

    ReplyDelete
  2. Banyak tu jue huhu. Setahun tak yah beli pasni 😝

    ReplyDelete

Like us on Facebook