Product Review

Mama Sutra Glamohealth | Minuman Kesihatan Untuk Masalah Kaum Wanita

9:00 AM

Mama Sutra Glamohealth | Minuman Kesihatan Untuk Masalah Kaum Wanita - Sebagai wanita kalau kita tidak dijaga rapi dari luar dan dalam boleh mengakibatkan pelbagai masalah dan penyakit. Jadi dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat dapatlah badan kita sentiasa sihat setiap hari. Selain itu, dengan pengambilan minuman kesihatan tambahan juga mampu mengubati masalah kaum wanita itu sendiri. 

Mama sendiri pun turut mengalami masalah wanita ini pada setiap bulan selepas datang bulan seperti masalah keputihan sehingga rasa tak selesa. Masalah ni jer boleh membuatkan mama rasa tekanan sampai nak kena pakai pantyliner setiap hari. Rasa leceh giler sebab mama paling  tak suka pakai pantyliner hahaha. Di samping itu, mama wajib minum air kosong yang cukup dan mengamalkan minuman kesihatan seperti Mama Sutra dari Glamohealth.



Mama Sutra dari Glamohealth ini merupakan satu minuman kesihatan yang berasaskan herba-herba  terpilih dimana herba ini sangat banyak manfaat khas bagi kaum wanita. Herba-herba dalam Mama Sutra ini mempunyai kelebihan tersendiri serta mampu merawat masalah-masalah dalaman dan luaran seseorang. Minuman kesihatan ini tidak perlu dibancuh malah boleh terus minum. 

Antara kelebihan Mama Sutra adalah :-
  • Membantu merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur
  • Membantu merawat masalah vagina berbau 
  • Membantu mengetatkan faraj 
  • Membantu merawat masalah lelehan yang banyak pada faraj 
  • Membantu melambatkan proses monopous 
  • Membantu mengurangkan masalah sengugut 
  • Membantu membuang angin dalam badan 
  • Membantu menghilangkan bau badan 
  • Memberi tenaga dalaman wanita 
  • Membantu merawat masalah dalaman dan memudahkan untuk mendapat zuriat

Terdapat 17 kandungan herba yang terdapat di dalam Mama Sutra :-
  1. Kurma - Mengandungi potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim
  2. Prunes - Membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.
  3. Delima - Sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Ia juga membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri serta cerah.
  4. Buah tin - Makanan tambahan untuk kesuburan. Ini disebabkan vitamin dan mineral di dalam nya untuk menggalakkan tenaga dan stamina.
  5. Kacip Fatimah - Mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual
  6. Air Mawar - Khasiatnya memberikan rasa tenang dan menyegarkan untuk tubuh badan. Bahkan bagi yang memiliki gejala psikologi, seperti stress akibat penyakit jantung akan perlahan-lahan di sembuhkan melalui cara ini
  7. Buah Asam Gelugur - Meningkatkan daya tahan tubuh diperlukan supaya kita tidak mudah sakit. Selain mengandung antioksidan yang berguna untuk melawan radikal bebas, Garcinia Combogia juga dapat digunakan sebagai salah satu solusi bagi anda yang ingin selalu tampak awet muda.
  8. Halia - Halia berkait rapat dengan proses keradangan dan kesakitan termasuk sakit otot selepas bersukan, sakit akibat datang bulan dan arthritis.
  9. Sirih - Sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan sistem peranakan.
  10. Kunyit putih - Mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka2 dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh.
  11. Manjakani - Mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin
  12. Serapat - Digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain. Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan sistem kemutan.
  13. Manggis - Kulit manggis mengandungi banyak zat aktif yang berguna untuk mengubati berbagai penyakit, salah satunya untuk mengubati keputihan
  14. Kayu Manis - Mengawal kesakitan senggugut kerana kulit kayu manis ini mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde. Kajian menunjukkan cinnamaldehyde dapat meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, sekaligus membantu untuk mengimbangi hormon
  15. Habbatussauda - Habbatus sauda meransang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. Ia juga membantu kesuburan.
  16. Kolagen - Kolagen pun adalah jenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit.
  17. Arabic gum - Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine. Selain itu Arabic gum dapat membantu melegakan senggugut


Cara pengambilan Mama Sutra ini boleh diamalkan 1 sudu pada sebelah pagi sebelum sarapan dan 1 sudu pada malam sebelum tidur. Diingatkan sila guna sudu plastik lebih baik kerana salah satu bahannya ialah madu. Jadi jika menggunakan sudu besi boleh mengakibatkan zat pada madu hilang. Jika badan rasa panas disarankan minum air kosong untuk melancarkan Mama Sutra ni yer.

[REVIEW MAMA]

Hampir 2 minggu mama amalkan Mama Sutra dan ternyata badan rasa bertenaga dan kembali aktif seperti biasa. Kalau tidak badan berangin jer sampaikan lemau setiap kali bangun pagi. Selain itu, masalah seperti keputihan dan lelehan pada faraj pun berkurang semenjak amalkan Mama Sutra ni. Yang paling mama perasan pada perubahan mama adalah bau badan yang tidak diingini hilang. Selalunya kalau pakai deodorant pun masih ada bau badan. Memang bagus la Mama Sutra ni.

Rasa Mama Sutra ni rasa kurma, delima, herba-herba yang dicampur yang membuatkan Mama Sutra ni sangat sedap. Yang tu korang jangan risau yer.. mama kalau tak boleh lalu tekak memang tak minum tapi Mama Sutra ni sumpah sedap! Cara minum hanya amalkan satu sudu tapi sebab sedap sangat mama minum sampai 2 - 3 sudu terus. Heheheh. Itu pasal tenaga mama terlebih setiap hari. Bayangkan bangun seawal 6 pagi untuk uruskan anak dan menguruskan rumah. Sebelah malamnya  mama tidur pada jam 1 pagi. Power tak power!!


Untuk pengetahuan korang, Mama Sutra ini keluaran Buatan Malaysia dan semestinya Halal. So korang jangan risau bab tu. Untuk sebotol mengandungi 250ml dan harganya pula RM40.00 (Semenanjung Malaysia) manakala RM45.00 (Sabah & Sarawak). Jom dapatkan Mama Sutra sekarang!

Promosi Mama Sutra : Pendaftaran percuma bagi yang berminat menjadi agen dialukan. Boleh hubungi terus ke Mama Sutra HQ. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Facebook Page : www.facebook.com/MamaSutraHQ
Instagram : www.instagram.com/mamasutrahq
Telefon : 014-711 6101

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook