Blogger Review

FARM IN THE CITY | Petting Zoo Yang Menarik Untuk Bawa Anak-Anak Datang Ke Sini

1:30 AM

FARM IN THE CITY | Petting Zoo Yang Wajib Korang Bawa Anak-anak Datang Ke Sini - Ini kali ke dua mama datang ke sini dengan anak-anak. Sebelum ni pergi ke sini anak-anak kecik lagi. Yang kelakar masa datang sini Qeram penakut nak jejak tanah sebab dia takut dengan semua binatang kat sini. Allahu jenuh la jugak papa dia mendukung pusing Farm In The City ni. Hahahah peluh tak payah cakap tapi memang best datang ke sini sebab satu-satunya petting Zoo yang boleh kita sentuh, selfie dan boleh bagi makan. Best kan. Tapi korang jangan risau tiada binatang bahaya seperti harimau, singa dan sewaktu dengannya. Hahaha. 

Sebelum masuk wajib la snap photo dekat kereta hijau ni.. 

Pintu masuk tak berubah still sama dari dulu. 

Farm In The City terletak berdekatan dengan Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Menariknya tempat ini berkonsep sangat unik yang mengabungkan hidupan liar dan suasana persekitaran dalam taman dengan persekitaran kampung. Juga terdapat binatang peliharaan dalam kandang, lebih daripada 60 jenis sayuran dan pokok buah-buahan tropika dan lebih daripada 100 spesis binatang exotic yang terdapat di sini. Seawal pagi mama dan family sampai ke sini sampaikan anak-anak teruja nak menjelajah tengok binatang dalam Farm In The City, padahal depa penakut sikit lah. Hahaha.. so layan jer hahhh..

Masuk sini korang beli la satu bucket untuk bagi binatang tu makan. 

Memula tu kita orang pergi dekat Kura-kura Gergasi. Ini memang teruja sebab banyak jugak kura-kura gergasi yang besar-besar dekat sini. Tak perlu takut dia tak makan orang hehehe jangan korang bagi jari korang dah la confirm la kena gigit. Dekat area sini korang boleh tengok telur kura-kura dan anak kura-kura yang banyak. Eeeee geli heheheh tapi comel. Sempat jugak mama dan family bergambar dengan kura-kura gergasi ni. Kenangan la untuk anak-anak datang sini kan. 

Budak ni jer berani bagi makan. abang dia takut.. hahahah

Yeahh family photo kami 5 beranak. Hey jangan tak tahu kura-kura ni pandai senyum tau.

Belakang tu spesis kura-kura jugak kot. 

Kat sini korang leh tengok ular sawa yang besar-besar. Hahh bebudak ni memang teruja tengok ular ni sebab memang besar-besar. Hahahah cuma ada la ular ni duduk setempat tak bergerak pun. Ada yang menjalar dan tengah makan memang best tengok. Tapi kan satu jer tak berapa best memang agak berbau sikit. Hahaha dah masuk kebun binatang kan memang la bau tak berapa best hehehe sampai baju dan badan korang pun bau jugak tau. wakakak.. bertabah lah.

Ular sawa. Fuhhh bagi makan ayam ker apa ni. 

Ini sejenis buaya aligator kan.. ker salah hahaha.. tak dan baca nama binatang dah weh

Anak dara ni jer berani nak pi pegang binatang tau.

Kalau korang nak tengok rusa, kambing biri-biri ada dalam kandang dia. Kita orang tak berani masuk sebab ada bekas makanan. Hahaha heyyy rusa-rusa kat sini dia tau itu makanan dia. Asal masuk terus rusa tu datang kat kita orang. Apa lagi terus keluar sebab tak berani. kahkahkah. mama korang pun takut jugak. Padahal takder apa pun dia nak makanan jer dan kat dalam kandang tu ada staff situ jaga. 

Ayam belanda ni pun jalan merata jer. 

Ikan koi pun banyak dalam kolam. Beli jer pallet makanan yang disediakan dekat mesin khas. 

Paling lama kita orang dekat Longkang Fishing. Hahah anak-anak duk ralit sauk ikan-ikan kecik dalam longkang ni. Siap ada baldi kecik dengan sauk comel. Kerja bebudak ni keje nak tangkap ikan tapi tak dapat pun. hahaha mama risau korang terberenang dalam longkang tu jer. hahahah. kang tak pasal-pasal baju basah. 

Mama nak snap gambar pun nampak belakang hampa ja. ralit sungguh. 

Qeisya geram ker tu. kalau tak pegang mau dia terjun dalam longkang hahaha. 

Hahh ni lah marmoset haiwan yang unik. ada ker mama panggil little monkey. kahkahkah

Cantik merak putih ni. Ehh kat sini ada kancil kecik tau. masa mama pergi dekat sini dia boleh nyorok pulak. 

Pagi tu kami sempat tengok parrot show. Hehehe pandai betul parrot sini buat peace, menari, berlakon, bercakap, naikkan bendera, ehh serba serbi pandai la sebab dah terlatih kan. Dekat setengah jam mama dengan anak-anak menyaksikan parrot show ni. Memang best!! Sedar-sedar dah habis parrot show ni tau. 

See pandai parrot ni buat peace dengan Qeram. heheheh

Memasing dah tak nak bergambar. Muka mama lencun berpeluh weh. memasing dah bau kambing dah hahaha.. tapi memang fun habiskan masa dalam 3 jam dekat sini.

Ok mesti nak tau harga tiket kan.. nah tengok gambar harga tiket Farm In The City. 

Yang mana belum datang sini mama sarankan korang datang la bawak anak-anak mengenali binatang di sini. Confirm anak-anak teruja dapat tengok binatang yang berada depan mata siap boleh pegang dan bergambar lagi. Dengan luangkan masa begini dapatlah mengeratkan hubungan seisi keluarga sambil riadah bersama keluarga tersayang di Farm In The City. Mama jamin korang tak rugi datang sini dan dapat moment yang indah. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

FARM IN THE CITY
Lot 40187 - 40188, Jalan Prima Tropika Barat
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan

Telefon : 03-8941 2099 / 3099


Waktu Operasi :
Weekdays : 10:00 pagi - 6:00 petang
Weekend : 9:30 pagi - 6:00 petang
Tutup Setiap Hari Selasa, tidak termasuk Cuti Umum & Cuti Sekolah

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. Singgah pagi khamis...:)
    Aritu adik ipar pergi juga sini tapi hari keje la..x sesak sgt...
    klu pergi hari cuti,mungkin ramai org kan...

    ReplyDelete
  2. Puas bawa anak² ke sini. . Ehhh ular albino tu... Kami lalu dia duk atas cermin dah 😂

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pergi Farm In the City ni walaupun dulu pernah duduk dekat Taman Equine. Hehehe. Ada macam2 jugak ye dalam ni. Menarik!!

    ReplyDelete
  4. Memang seronok bawa anak-anak ke FITC ni, depa boleh dekat terus dengan alam dan haiwan jinak, peluh kan Jue, luas gak nak tawaf habis tu hehe :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook