Product Review

ALOE AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature | Mampu Merawat Masalah Jerawat Di Wajah

3:44 PM

Masalah kulit berjerawat ni memang dari zaman sekolah lagi dah menghantui hidup mama. Orang kata lepas bersalin, jerawat confirm akan hilang tapi sama jer. Hukhukhuk.. Umur mama dah 30an tau still ada jerawat dekat muka mama ni dah serupa remaja belia purba pulak. Hahaha. Tapi takder la jerawat tu teruk sampai penuh muka, cuma ada la time dia datang period ker, tak cuci mekap dengan bersih, makan pedas, makan kekacang dan berminyak barulah jerawat tu muncul dekat muka. Pernah sekali mama kena jerawat batu naik dekat pipi. Ya ampun stress giler dah la besar, pehtu merah dengan mata jerawat takder. Nak picit pun tak boleh memang scary fikir balik tau.



Hahh itu masalah jerawat yang pernah menghantui mama. Korang macam mana pulak yer. Hehehe. Sebenarnya dah macam-macam produk mama cuba untuk kulit muka mama. Ada cleanser yang mama guna sebelum ni selalu buatkan muka mama jadi kering sampai mengelupas. Tambah dekat jerawat tu memang mengelupas teruk sampai mekap pun bercapuk. Parut tak payah cakap la banyak jer dekat muka mama ni sampai kulit muka kusam. Sampai satu tahap dah fade up nak pakai skincare so mama just guna pencuci muka untuk hilangkan minyak jer.

Pertama mama dapat produk iaitu ALOE AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni terus mama Google produk ni. Risau juga sebab tak pernah dengar kekdahnya. Selepas dah selidik dan baca review orang terus mama tak sabar nak cuba guna. Untuk pengetahuan semua, Hansaegee Nature ini adalah satu jenama skincare yang bertapak di Malaysia lebih 6 tahun dan kesemua produknya semestinya original dari Korea dengan menggunakan bahan-bahan yang tinggi kualitinya. Dah dengar Korea kita semua dah biasa dengar tentang produk skincare yang terbaik dari sana. Patutlah wanita dan gadis dekat Korea semua cun-cun belaka.


Mudah jer guna hanya tekan sahaja dah dapat buih macam ni. Tak perlu lagi guna air.

Menariknya ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni sangat bagus untuk merawat masalah jerawat di wajah. Selain itu, cleanser ni dengan buih foam yang banyak dan cukup lembut mampu mengeluarkan sebum minyak pada permukaan kulit muka. Dengan formula dari daun lidah buaya dan juga tea tree oil sangat membantu untuk memelihara kulit wajah serta memberi kelembapan dan merawat masalah kulit yang rosak. 

Antara kelebihan ALOE AC Clean Bubble Cleanser adalah :-
  • Membantu mengatasi masalah jerawat di wajah
  • Membersihkan liang pori secara mendalam
  • Merawat kulit wajah yang bermasalah
  • Mengeluarkan sebum dan minyak berlebihan pada kulit
  • Mengawal minyak pada permukaan wajah
  • Memberi kelembapan dan tidak mengeringkan kulit

Buih dia banyak dan sangat ringan. Bau tak payah cakap memang wangi

Selama 3 minggu mama guna mama memang suka sangat dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni sebab pencuci ni tak sama macam pencuci yang lain. Selalu kalau guna pencuci lain mesti kulit jadi kering selepas cuci tapi dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni kulit rasa lembap pada muka tau bukan berminyak yer tapi rasa lembap. Minyak pada wajah memang terkawal jer, kalau tidak waktu pagi jer kulit berminyak tapi sekarang bangun jer pagi kulit takder berminyak macam sebelum ni. Best betul guna cleanser ni hahhh kenapa lah tak tahu dari dulu kalau tak memang konsisten jer dengan produk Hansaegee Nature jer.

Kalau korang perhatikan sebotol ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni berat dalam 150ml sahaja. Jangan risau takut cepat habis ker tak sebabnya cleanser ni korang tak perlu tambah air. Lepas jer picit ke tangan dan keluar foam yang lembut terus jer gosok seluruh wajah. Memang berbaloilah guna cleanser ni kalau korang nak cuci mekap memang bersih jer muka. Save dah duit tak perlu beli mekap remover lagi hahhh gitu. Best ker tak uolls korang kena cuba memang seriously best. Mama suka sampai nak repeat order beli buat stock pencuci muka lah. 

Buih banyak memang puas cuci muka

Mama perasan selepas guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni, muka mama of coz la rasa lembap, tak berminyak paling suka kulit yang kusam tu dah cerah skit weh. Waduhhh rasa macam nak lompat bintang jer. Jerawat seketul dekat dahi hilang sampai tak nampak parut pun. Selalunya jerawat kecut confirm tinggal parut hitam jer. Ehhh liang pori, blackhead, whitehead dekat hidung pun dah semakin licin. Yesss mama 100% suka cleanser yang banyak merawat kulit muka dari masalah sebelum ni. Ni ada jerawat dekat hidung mama tak perlu risau dengan cleanser yang best ni dapat merawat jerawat dekat muka mama.

Ada yang tanya wangi ker tak cleanser ni. Ya ampun kalau cleanser ni diperbuat dari daun lidah buaya dengan tea tree oil memang bau dia cukup wangi. Korang cuci muka rasa segar, tenang jer sebab takder rasa perit malah kulit semakin lembut, lembap dan mencerahkan kulit. ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, kulit sensetif, kulit combination dan kulit berjerawat. Harga sebotol RM65.00 sahaja. 

Tengok perubahan before & after. Dekat parut jer ambil masa nak polish 

Mekap pun smooth jer tanpa jerawat yeah

Dah kalau mama cerita memang berkajang-kajang la nak habiskan. Bagi mama produk Hansaegee harga mampu milik untuk semua gadis dan wanita yang bermasalah seperti mama. Dengan produk yang sangat semulajadi dengan bahan daun lidah buaya dan tea tree oil mampu merawat masalah jerawat di wajah. Korang patut cuba memang terbukti kelainan pada wajah mama. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

HANSAEGEE NATURE



Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook