Press Release

Domino’s Pizza Tambah Daya Tarikan dengan Piza Daging Carik Terbaharu!

5:36 PM

Domino’s Pizza memperkenalkan tambahan terbaharu kepada menunya dengan rangkaian piza ‘Pulled-Meat’. Diilhamkan oleh cita rasa barat yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia apabila menjamu selera dan merayakan detik-detik istimewa, piza ‘daging carik’ menawarkan cara paling menarik untuk menikmati kelazatan sajian makanan barat.


Majlis pelancaran Piza ‘Pulled-Meat’ terbaharu Domino’s telah ditaja dan dianjurkan oleh Evolve Concept Mall yang terletak di Ara Damansara. Selaras dengan usaha untuk menghidangkan hanya yang terbaik kepada pelanggan, daging lembu terbaik dan berkualiti tinggi dari Australia dengan ciri-ciri yang menepati piawaian Domino’s telah dipilih sebagai focus utama piza baharu ini. Piza ‘Pulled-Beef’ baharu menggunakan daging dada lembut diselaputi sos Chipotle yang lazat, digandingkan dengan lada benggala dan cili merah untuk memberikan rasa manis dan pedas yang pasti menambat selera anda. Rahsia kelembutan daging ialah prosedur memasak selama lima jam.

Rangkaian produk terbaharu ini juga membawakan Piza ‘Pulled-Chicken’ baharu dibuat daripada daging dada ayam disiat-siat, digandingkan dengan sos Chipotle, tomato ceri dan gegelang nanas berkaramel untuk memberikan kombinasi rasa manis dan perisa yang seimbang. Disesuaikan dengan cita rasa barat, Golden Chicken Tenders baharu melengkapkan rangkaian piza. Isi ayam yang lembut terlebih dahulu diperap, disalut tepung dan kemudian dibakar dalam ketuhar (tidak pernah digoreng) hingga sempurna supaya setiap gigitan terasa rangup di luar tetapi lembut di dalam. Dihidangkan dengan Zesty Coleslaw baharu dibuat daripada campuran kubis ungu dan putih, lobak merah manis dengan kuah limau masam, ditaburi biji bijan hitam pedas.


Pelanggan boleh memilih Wild West Buddy Combo dengan mana-mana piza Pulled-Meat baharu pada harga hanya RM41.90 dan Wild West Super Combo pada harga hanya RM61.90. Di samping itu, pelanggan boleh menambah RM12.75 atau secara ala-carte RM13.70 untuk menikmati Golden Chicken Tenders baharu. Pelanggan boleh memilih tambahan RM6.50 untuk Zesty Coleslaw saiz Besar atau RM2.90 untuk Zesty Coleslaw saiz kecil yang juga boleh didapati dalam menu ala-carte, masing-masing pada harga hanya RM 7.90 dan RM3.90.

Piza Pulled-Meat dan Golden Chicken serba baharu boleh didapati di restoran Domino’s Pizza. Pelanggan boleh mengunjungi restoran Domino’s, membuat pesanan dalam talian atau menghubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk baharu Domino’s Pizza Malaysia dan juga promosi semasa, sila ke http://www.dominos.com.my/.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook