Justea & Juscoffee Yang Wajib Untuk Coffee & Tea Lover

4:43 PM

Wajib Untuk "Coffee & Tea Lover" Minum - Siapa sini pengemar coffee dan tea macam mama? Yeahhh semestinya coffee dan tea memang wajib mama minum setiap hari sebelum memulakan hari yang mencabar. Sekarang nak minum coffee dan tea tak perlu susah-susah nak bancuh lagi tau. Hahhh sekarang ada yang mudah hanya buka penutup botol dan minum sahaja air coffee dan tea kegemaran korang di mana sahaja dan bila-bila masa. Cukup mudah bukan?


Tak lain tak bukan coffee dan tea yang menjadi pilihan mama adalah Justea dan Juscoffee keluaran Yeo's. Mesti korang pernah nampak botol air Justea dan Juscoffee di kedai berhampiran korangkan. Tambah mama memang hantu coffee memang pantang sikit kalau tak minum sehari. Hehehe rasa macam tak kena jer sehari kalau tak minum coffee tau. Nak kata ketagih tu tidak tapi coffee dah menjadi minuman harian mama setiap hari.


Yeo's Malaysia telah memperluaskan rangkaian 'Jus' khas untuk semua pengemar coffee dan tea dengan variasi Iced Coffee, Iced Coffee Latte dan Matcha Latte. Untuk pengetahuan korang semua, Juscoffee dan Justea ini diperbuat dari daun teh premium terpilih dan biji kopi yang terbaik untuk dapatkan coffee dan tea yang sedap. Malah, ketiga-tiga variasi Juscoffee dan Justea ini sangat kaya dan rasa yang sangat sedap untuk diminum dimana sahaja. 


Paling mama suka dengan Juscoffee dan Justea keluaran Yeos ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang dalam perjalanan balik kampung ker, nak pergi kerja ker, nak pergi ke kuliah ker atau nak rehatkan badan dari letih memang sangatlah sesuai minum coffee dan tea ni tau. Mama sendiri pun kalau nak stay up tengah malam atau nak drive balik kampung mesti mama beli Juscoffee dan minum ketika sejuk. Fuhhh terus mata segar dan badan rasa cergas selepas minum Juscoffee ni ok. Jadi bagi yang nak dapatkan kesegaran boleh minum Juscoffee dan Justea adalah pilihan yang terbaik untuk rehat sebentar dari keletihan. 


Pilihan air mama semestinya Juscoffee Iced Latte. Bagi yang Coffee Lover macam mama setiap hari mesti kena minum untuk mendapat kecergasan badan sepanjang hari. Heyy kalau tak minum rasa lemau jer tau. Jangan tak tahu Juscoffee Iced Latte ni rasa kurang manis dan sangat kaya serta smooth jer lalu dekat tekak ni. Tambah kalau betul-betul sejuk memang kaw la rasa Juscoffee ni terbaik! Manakala bagi yang suka Matcha Latte korang patut cuba minum Justea ni tau. Memula mama risau rasa pahit green tea dan takut rasa pelik tapi lepas jer minum ehhh memang sedap betul rasa green tea yang sangat creamy.


Nampak tak betapa excited mama dengan air Juscoffee dan Justea ni. Mama memang suka sangat dengan coffee dan tea keluaran Yeo's ni sebab sangat mudah untuk di minum dan rasa coffee yang sangat kaw. Sesiapa yang teringin nak cuba minum Juscoffee dan Justea ini, korang boleh beli di petrol station seperti Shell, Petron, BHP, KK Mart atau kedai-kedai lain berhampiran korang. Dapatkan sebotol dan rasakan keenakan coffee dan tea yang cukup kaw serta terbaik untuk mulakan harian korang. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.yeos.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. Haritu ada nampak masa stop by dekat stesen minyak tapi tak berani nak try

    ReplyDelete
  2. Yang mana peminat coffee boleh try :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook