Product Review

Petal Velvet Sunaway & Petal Velvet Powder Dari Althea Korea Yang Comel & Berbaloi Untuk Wanita

5:20 PM

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan lagi. Kalau sebut jer mengenai produk kecantikan, wanita paling cerewet memilih produk yang sesuai dan berkualiti untuk kulit wajah masing-masing. Termasuklah mama sendiri akan memilih produk yang berbaloi dengan harga untuk kegunaan harian. Althea Korea memang sinonim dengan dunia kecantikan di seluruh dunia telah mengeluarkan satu produk terbaru untuk perlindungan kulit dari sinaran matahari iaitu Petal Velvet Sunaway dan juga Petal Velvet Powder. 



Althea Petal Velvet Sunaway sangat sesuai untuk kegunaan perlindungan kulit terdedah daripada sinaran matahari yang bahaya. Dirumuskan dengan asid hyaluronik dan ekstrak Damask serta tekstur yang sangat ringan untuk memastikan kulit tetap segar dan terhidrat sepanjang hari. Petal Velvet Sunaway mengandungi SPF 50+ dan PA ++++ menjadikan kulit kita dilindungi sepanjang hari. 

Untuk Petal Velvet Sunaway ni boleh digunakan setiap hari bagi perlindungan kulit dari sinaran matahari dan yang paling menarik selepas penggunaan Petal Velvet Sunaway ni mekap menjadi tahan lama dan tidak berminyak. Selain itu, ia juga memberi lembapan pada kulit serta dapat mengawal sebum yang berlebihan pada wajah. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensetif. 


Althea Petal Velvet Sunaway diperbuat daripada :-
  • Ekstrak Damask Rose - membantu lembutkan, melembapkan kulit dan mengurangkan iritasi kulit.
  • Hyaluronic Acid - memberi kelembapan pada kulit wajah
  • Geranium Oil - sangat bagus mengurangkan jerawat serta mencerahkan kulit wajah
  • Pholypenols - membantu melindungi kulit dari sinar UV yang bahaya
  • Saponarin - merawat dan memulihkan kulit yang rosak serta menjadikan kulit lebih elastik
Berat sebotol Althea Petal Velvet Sunaway 55ml dan harga hanya RM43.00. Untuk pembelian boleh beli di sini https://my.althea.kr/petal-velvet-sunaway

[REVIEW]
Hampir sebulan mama guna Althea Petal Velvet Sunaway ni ternyata kulit rasa lebih lembut dan paling ketara kulit kurang berminyak. Sebelum mama pakai makeup pada wajah, mama akan sapu Petal Velvet Sunaway ini sebagai base makeup dan paling best makeup bertahan lebih lama. Tekstur Sunaway ni tidak berminyak, mudah menyerap ke dalam kulit, tidak melekit dan bau yang sangat wangi dari Damask Rose membuatkan kulit rasa lebih segar. 


Selain Petal Velvet Sunaway, Althea Korea tidak melupakan produk terlaris mereka iaitu Althea Petal Velvet Powder yang disukai ramai wanita. Petal Velvet Powder dari serbuk minyak biji Althea yang berfungsi untuk mengekalkan pengeluaran sebum berlebihan pada wajah tanpa megeringkan kulit agar kulit kelihatan segar. Bukan itu sahaja bedak Petal ini memberikan sapuan kemasan bagi selepas solek agar makeup sentiasa kekal tanpa berminyak. Dengan 2 warna iaitu #0 Translucent dan #23 Warm Beige

Sempena ulang tahun ke 3 Althea pada tahun ini, Althea Korea mengeluarkan Petal Velvet Powder Limited Edition iaitu versi # Pink Lavender. Dengan formula khas yang mengandungi pigmen merah jambu dan ungu mampu mencerahkan dan melincinkan kulit wajah agar kulit tidak kusam. Serbuk-serbuk halus terdapat dalam Petal Velvet Pink Lavender ini mampu membantu mengekalkan sebum tanpa mengeringkan kulit agar kulit sentiasa segar. Manakala bau dari Lavender cukup menenangkan diri agar diri rasa sentiasa positif. 


Antara kegunaan bagi Althea Petal Velvet Powder adalah :-
  • #0 Translucent - Sesuai disapu pada bahagian bawah mata dan boleh dijadikan setting mekaup bagi meresap minyak pada wajah
  • #23 Warm Beige - Sesuai digunakan pada seluruh wajah bagi samakan tone kulit atau kemasan selepas makeup dan sesuai juga touch up ketika muka berminyak
  • Pink Lavender - Sesuai dijadikan base eyeshadow agar eyeshadow mampu bertahan lebih lama dan juga sesuai menyerap lebihan minyak serta final touch makeup
Harga untuk Althea Petal Velvet Powder ni cukup murah dan mampu milik oleh semua wanita. Dengan bekas yang cukup comel dan muat ke dalam bag tangan wanita. Bagi Althea Petal Velvet Powder #0 Translucent dan #23 Warm Beige harga hanya RM16.00 dan boleh beli https://my.althea.kr/petal-velvet-powder manakala bagi Pink Lavender pula RM17.00 boleh juga beli di https://my.althea.kr/petal-velvet-powder-pink-lavender

[REVIEW]
Sejujurnya sebelum ni mama kurang menggunakan powder tapi apabila menggunakan Althea Velvet Powder ni mama rasa lain dari yang lain. Powder ni mampu meresap lebihan minyak pada wajah malah mampu mengekalkan kulit sentiasa segar. Selain itu, powder ini kulit jadi matte dan sangat wangi yang natural. Yang paling mama suka apabila touch up mekap menggunakan Velvet Powder ni makeup still kekal dan tak bercapuk. 


Sekarang mama paling kerap guna Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder setiap hari sebelum keluar terdedah dengan sinaran matahari. Dengan penggunaan Petal Velvet Sunaway ini mampu melindungi kulit mama terkena sinaran UV yang bahaya sebab Sunaway ini mengandungi SPF50+. Dan tak lupa juga Petal Velvet Powder memudahkan serapan minyak yang berlebihan pada wajah dan kulit lebih lembut dan segar setiap hari. 

Bagi pembelian Althea Petal Velvet Sunaway akan dapat diskaun sebanyak 10% diskaun manakala 20% diskaun untuk set Petal Velvet (PV Sunaway & PV Powder). Jom dapatkan sekarang di website Althea Korea. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook