Product Review

REVIEW | Althea Milk Peel Cream Mask

5:05 PM

REVIEW | Althea Milk Peel Cream Mask - Selalu kita dengar mask sheet yang biasa kita pakai untuk muka. Tapi pernah tak dengar mask cream bubble? Sejujurnya pernah mama dengar sebelum ni tapi belum ada kesempatan untuk mama cuba guna mask jenis bubble. Kali ni mama dapat peluang mencuba produk terbaru dari Althea Korea iaitu Milk Peel Cream Mask. Fuhh tak dapat bayangkan macam mana Milk Peel Cream Mask ni. Dah jom baca review mama.

Althea Milk Peel Cream Mask

Althea Milk Peel Cream Mask adalah sejenis cream mask berbentuk tanah liat lembut yang mengandungi susu untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati yang terdapat pada permukaan kulit wajah. Teruja betul dengan produk terbaru dari Althea Korea ni. Sampai jer produk terus mama bau yer lah kalau dah namanya Milk Peel Cream Mask ni confirm bau susu yer tak. Lepas jer bau sah confirm memang bau susu baby tu. Hahhh rasa sedap pulak duk bau mask ni. Tambah lepas sapu dekat muka lagi rasa macam baby pulak. ehh.. Dari segi packaging mama memang suka botol pump macam ni sebab mudah tekan. Tak perlu risau tertumpah ke atau terlebih tekan. Hahaha. Kira mudah la nak bawak pergi travel sebab boleh sumbat jer dalam bag.


Manakala tekstur Milk Peel Cream Mask ni kalau perhatikan tekstur agak pekat berbentuk clay / tanah liat. Kemudian selepas sapu ke seluruh muka, dari tekstur clay tu bertukar menjadi bubble yang sangat halus. Macam mana eh nak cakap, kalau orang kedah cakap rasa meremut kat muka hahaha. Nak kata geli-geli pun ada nak kata gatal pun ada tapi serius rasa relax jer muka. Lepas bertukar bubbles kemudian akan jadi whipped cream yang super lembut. Hahh gitulah yang mama rasa memang best pakai cream mask ni. Korang patut cuba. 


Milk Peel Cream Mask ini mengandungi formula dengan protein susu, AHA & BHA yang melembapkan, merawat dan mencerahkan kulit wajah. Manakala kaolin pula sangat berkesan menyingkirkan sel-sel kulit mati yang tersumbat pada liang pori di muka. 


Cara penggunaannya cukup mudah. Picitkan mask dan sapu ke seluruh wajah. Kalau korang nak sapu tebal pun boleh nipis pun boleh ikut suka korang la yer. Kemudian tunggu sehingga bubbles halus dan urut seluruh wajah. Biarkan dalam 30 - 60 saat dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Serius korang akan rasa kulit jadi lembap, lembut dan wangi baby jer tau.


Lepas jer pakai mask ni terus mama pakai makeup. Hasilnya memang woww makeup jadi smooth sangat dan kulit jadi lembap sepanjang hari. Mama sarankan pakai Milk Peel Cream Mask ni 2 kali seminggu untuk dapatkan kulit yang bersih dan lembut seperti kulit baby. Mask ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit combination, liang pori besar, kulit kasar dan kulit kering. Mama recommended untuk wanita yang tiada masa lama untuk pakai mask dan cuba Milk Peel Cream Mask terbukti berkesan pada kulit wajah. *Kesan mungkin berbeza pada setiap kulit wajah.

Manakala berat untuk sebotol Milk Peel Cream Mask 50ml dan harga hanya RM36.00 sahaja. Dapatkan sekarang Milk Peel Cream Mask dan korang akan dapat 10% diskaun di https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook