BSHR 2019 | Bantuan Sara Hidup Rakyat Dapat Meringankan Beban Rakyat

11:39 AM

Dalam dunia yang penuh mencabar kini rakyat sangat terbeban dengan kenaikkan kos sara hidup untuk menyara keluarga. Dengan bantuan Kerajaan Malaysia, setiap tahun Kerajaan telah memperuntukkan belanjawan bagi golongan berpendapatan rendah B40 dengan memberikan bantuan kepada size isi rumah untuk golongan ini. Dahulu dikenali BR1M - Bantuan Rakyat Satu Malaysia dan kini telah ditukarkan kepada BSHR - Bantuan Sara Hidup Rakyat.


Bagi Bantuan Sara Hidup 2019 yang akan datang, Kerajaan Malaysia telah memanfaatkan seramai 4.1 juta isi rumah dengan bantuan kewangan dengan peruntukkan sebanyak RM5 billion. Untuk BSH tahun 2019 akan datang ada beberapa syarat dan kelayakan untuk menerima BSH dalam kategori berikut :-
  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah : RM1,000.00 + RM120 / anak
  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 - RM3,000 : RM750.00
  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 - RM4,000 : RM500.00
Bagi isi rumah yang berpendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak yang berumur 18 tahun kebawah akan mendapat bantuan tambahan seorang RM120 kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.


Dengan adanya Bantuan Sara Hidup Rakyat dari Kerajaan Malaysia ini dapat membantu meringgankan beban rakyat bagi golongan berpendapatan rendah B40. Bagi rakyat golongan ini mama yakin sedikit sebanyak mereka bersyukur kerana dapat bantuan ini dan dapat menggunakan dalam waktu keadaan sesak. Yer bukan semuanya golongan orang senang pasti ada juga golongan yang susah dan sangat-sangat memerlukan bantuan seperti ini. 

Selain itu, mereka juga dapat menggunakan duit bantuan ini untuk membeli barangan dapur atau barangan persekolahan anak-anak mereka kelak. Walaupun jumlah bantuan yang dapat bukan jumlah yang besar tetapi bagi golongan ini sangat memerlukan untuk menampung kehidupan mereka. Jadi kepada penerima BSH ini gunakanlah wang BSH dengan berhemah dan tidak membazirnya ke arah lain.


Sebagai rakyat Malaysia, mama berharap agar BSH daripada Kerajaan Malaysia patut diteruskan bantuan seperti ini setiap tahun agar dapat membantu golongan yang bependapatan rendah bagi meneruskan kehidupan seperti biasa. Cumanya pihak Kerajaan wajib memberi Bantuan Sara Hidup ini kepada rakyat yang betul-betul layak dari segi pendapatan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik. 

Untuk pengetahuan semua, BSH akan bakal dibuka pada bulan Januari 2019 jadi jangan lupa kemaskini borang BSH 2019 secara online atau manual di cawangan LHDN berhampiran. Dengan bantuan sebegini dapatlah meringgankan bebanan rakyat bagi golongan berpendapatan rendah B40. Terima kasih Kerajaan Malaysia.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook