Review

KIDDOMO UNIVERSE | Tarikan Terbaru Dengan Mickey & The Roadster Racer Super-Charged

12:42 AM

Pada pagi Ahad baru-baru ni, mama nak buat surprise dekat anak-anak untuk dia orang berjimba-jimba. Tapi mama tak bagitau tempat apa cuma mama bagitau tempat ni nama dia Kiddomo Universe. Tertanya-tanya juga tempat apa ni hehehe tapi mama diamkan jer biar dia orang terkejut masa sampai dekat sana. Hehehhe. Mama pun pertama kali juga datang sini. Agak jauh juga la dari Beranang tapi dah namanya weekend mama mana boleh lekat dekat rumah yer tak. 


Mesti ada yang tertanya apa Kiddomo Universe ni. Untuk pengetahuan semua, Kiddomo Universe ini terletak di Level 3 The Starling Mall Petaling Jaya. Tempat ini merupakan tempat playground indoor inovatif yang telah direka khas untuk kanak-kanak berimaginasi dengan teknologi masa kini. Selain itu, playground indoor berhawa dingin ini merangsang semua deria kanak-kanak serta memberi penekatan unik dan menggabungkan permainan klasik dan teknologi terkini.


Sebelum anak-anak start explore dalam Kiddomo Universe ni, dia orang perlu register nama untuk bermain semua playground yang ada. Jadi jika wristband di tangan hilang boleh jer dapatkan semula di kaunter dengan memberi nama ketika register di sini. Memang canggih siap touch screen jer pc di sini. Mudah jer nak guna screen ni. Masing-masing excited mama pun apa lagi kan sure la excited sama jugak. 

Ride jer Zebra ni sampai lebam yer anak-anak

Ball pool yang besar. Selam la dalam bola warna hijau kuning tu

Sekarang Kiddomo Universe ada buat collaboration dengan Disney iaitu Mickey dan The Roaster Racers Super-Charged yang bermula dari 21 Januari hingga 28 February 2019. Di sini anak-anak boleh serlahkan bakat mewarna mereka dan disamping itu karya mewarna kreatif itu akan dijadikan sebagai 3D art. Menariknya, selepas mewarna mereka akan scan hasil warna itu di mesin yang disedikan kemudian akan keluar di screen besar di bawah ni. Anak-anak teruja hanya sentuh kereta di screen tersebut dan kereta dia orang akan jadi laju. 

Screen ni la yang mama maksudkan.

Sebelum tu anak-anak sila lah warna lukisan kereta tu dulu. Lepas tu scan dekat mesin yang disediakan dan bolehlah kereta itu muncul di screen besar.

Hahh gigih tau nak siapkan 3D art papercraft memasing. 

Tadaa.. menarik kan! masa ni kita nampak anak-anak kita berimaginasi dengan kreatif tau

Bukan itu ajer tau dalam Kiddomo ni, ni hahh siap ada bilik Kara O Kid untuk anak-anak berkaraoke lagu kanak-kanak yang super comel. Hehehe tengok gaya memasing pun dah comel. Tambah pulak dia orang karok lagu Baby Shark Doo Doo Doo tu. Alaaaa geram jer tengok telatah anak-anak ni tau.

Karok ker tu... heheheh

Egg Dino pun ada.. boleh lah kenal jenis-jenis dinasour yang ada.

Ahad hari tu anak-anak sempat join workshop di Kiddomo Universe ni. Setiap minggu Kiddomo mengadakan workshop menarik khas untuk anak-anak yang datang ke sini. So bolehlah join workshop yang disediakan. Memang menarik dan nampak anak-anak focus untuk menyiapkan Wealth God Keychain sempena Chinese New Year yang akan tiba tidak lama lagi. Kemudian ada games menarik untuk mereka dan boleh dapat hadiah. Anak-anak seronok la apa lagi. 


Gigih nak siapkan keychain tu. Tapi papa yang tolong

Muka kanak-kanak riang. Main tak ingat dunia. best yer... 

Jom tengok video yang mama sempat rakam. Selamat menonton!!

Harga tiket Kiddomo Universe. 


Bagi ibu bapa yang ingin bawa anak-anak menghabiskan cuti sekolah tidak lama lagi bolehlah berkunjung ke Kiddomo Universe di The Starling Mall Petaling Jaya dan merasai pengalaman yang unik dengan dunia imaginasi serta permainan teknologi terkini. Pasti anak-anak teruja, gembira dan menyeronokkan di playground indoor Kiddomo Universe ini!!!

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

KIDDOMO UNIVERSE
Lot T-3-328, Level 3
The Starling Mall
No 6 Jalan SS21/37, Damansara Utama
47400 Petaling Jaya
Selangor

Website : www.kiddomo.com
Facebook : www.facebook.com/kiddomouniverse
Instagram : www.instagram.com/kiddomouniverse
Email : enquiry@kiddomo.com
Telefon : 012-702 7969

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook