Product Review

Review | Baby Head To Toe Wash, Baby Daily Lotion & Baby Wipes Dari CHOMEL

6:10 PM

Pernah kita terfikir produk bayi di pasaran kebanyakkannya mengandungi bahan-bahan kimia yang bahaya dan menyebabkan risiko kesihatan mereka. Ini kerana kulit bayi adalah lebih nipis dan sensitif terhadap produk-produk tersebut.

Oh ya bukan itu sahaja dengan cuaca panas di Malaysia boleh mengakibatkan gejala kulit sensetif, ekzema, kemerahan, kulit kering, kegatalan serta penglupasan pada kulit bayi. Jadi kita sebagai ibu bapa wajib memilih produk yang sesuai untuk si manja. 


Korang pernah dengar produk semulajadi, selamat, berkesan dan mesra alam? Ok produk yang mama maksudkan adalah produk penjagaan bayi CHOMEL. Chomel telah dicipta khas untuk si manja dan seisi keluarga dengan rumusan lembut bagi mereka yang mengalami kulit sensitif dan juga ekzema.

Mama memang pengguna tegar produk penjagaan bayi Chomel ini seperti Hand Sanitizer, Foaming Hand Wash, Breast Pump & Bottle Cleanser dan Toy & Surface Cleanser. Kali ini mama nak mencuba produk Chomel iaitu Baby Head To Toe Wash, Baby Daily Lotion dan Baby Wipes. Ini tak buka botol lagi tapi dia punya bau wangi tu fuh wangi ala-ala bau baby gitu.


Mama kalau pilih body wash mesti sekali dengan shampoo sebab apa tau sebab memudahkan mama. Kira 2 in 1 senang untuk badan dan rambut sekali. Hahh tak perlu nak banyak botol. Manakala tekstur head to toe wash ni sangat lembut dan wangi. Bahan seperti vitamin C & E dapat menegangkan kulit serta melembutkan kulit badan. 


Yang bestnya guna head to toe wash Chomel ini takder berbuih sangat kira just nice untuk kegunaan harian bayi. Lagi menarik mudah untuk dibilas dan lepas mandi korang akan rasa kulit bayi lembap dan tidak kering. Ini kerana bahan semulajadi seperti Flaxseed, Rosehip, Coconut dan Monoi Tiare oil dalam wash ini dapat memberi kelembapan kulit.


Macam lepas mandi mama tak gemarkan pakaikan Qeisya dengan bedak sebab mama tak suka nampak putih dan berdebu kat dia. Hehehe dia kan dah putih so mama hanya sapu Baby Daily Lotion ke seluruh badan untuk memberikan kulit lembap sentiasa dan wangi. Semenjak dari bayi lagi mama sapu lotion itu pasal kulit dia lembut jer.


Untuk Baby Daily Lotion Chomel ini tidak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit. Tekstur lotion pun lembut, ada effect sejuk dan tidak berminyak . Sangat sesuai untuk kulit bayi yang inginkan kelembapan. Ehh bukan Qeisya jer pakai mama pun tumpang sekali la. 


Baby Wipes ni paling kerap guna dekat rumah, dalam kereta atau dekat luar. Yer lah kalau macam kat luar tiba2 tangan Qeisya kotor, terus jer mama ambik baby wipes dan lap jer. Tak perlu bilas dengan air dah. Tangan rasa bersih, wangi dan tidak kering. Bau baby wipes ini ada sedikit bau kelapa dan wipes tebal serta sangat lembut!


Bukan hanya lap untuk cuci najis bayi, tangan & jari, sebelum & selepas makan, barang mainan dan kegunaan untuk travel pun sangat mudah. Untuk sebungkus baby wipes ini mengandungi 30 helai dan senang diletakkan dalam bag.

Antara 3 produk Chomel ni mama suka semuanya. Hahaha. Seriously mama tak tipu memang kulit tangan rasa lembut jer walau hanya guna untuk Qeisya. Hehehe mama tumpang la sekaki guna sekali almaklum la mama pun ada ekzema juga. Kulit rasa lain sangat selepas guna produk Chomel. Takder kering dan rasa lembap jer. Lepas ni nak cuba Baby Laundry Detergent dengan Baby Fabric Softner pulak.


Untuk harga produk Chomel ni sangat berbaloi dengan harga serta diyakini selamat untuk bayi. Harga produk CHOMEL seperti berikut :
  • Baby Head To Toe Wash (500ml) : RM34.90
  • Baby Daily Lotion (500ml) : RM34.90
  • Baby Wipes (30 sheet) : RM6.90
Mama recommended sangat bagi anak-anak yang ada kulit sensetif dan ekzema!! Produk Chomel sangat semulajadi kerana tiada bahan kimia bahaya, hypoalergenik, diuji dermatologi, mesra alam dan paling penting ianya Halal.

Untuk maklumat lanjut & pembelian boleh layari :


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook