Althea

Review | Pore Purifying Serum Cleanser

8:13 PM

Wanita dengan mekap memang tidak dapat dipisahkan lagi. Tapi bab paling bercinta adalah nak cuci mekap dekat muka. Hahaha. Leceh sebenarnya kalau hanya gunakan pencuci muka rasa tak bersih dan melekit. Jadi kalo bab cuci mekap ni seboleh-bolehnya menggunakan pencuci khas untuk tanggalkan mekap di wajah. Oh ya korang pernah dengar pencuci mekap yang ada serum? Mesti tak pernah kan. Ni hahh mama nak review produk terbaru Althea Korea iaitu Pore Purifying Serum Cleanser.


Untuk pengetahuan korang, Pore Purifying Serum Cleanser ini mampu mengawal kulit PH, mencuci lebih mendalam serta mengandungi ekstrak mint untuk menjaga liang pori di wajah. Pore Purifying Serum Cleanser ni bau yang sangat wangi dan sedikit berminyak tapi sangat mudah untuk cuci mekap dengan mudah.


Dari segi packaging botol sangat solid dan senang untuk di bawa pergi travel. Cumanya kalau jenis tudung botol jenis spray lagi mudah nak gunakan serum cleanser tersebut.

Experimen guna Pore Purifying Serum Cleanser

Cara-cara penggunanya. 
  1. Tuangkan ke atas tapak tangan atau ke atas kapas muka.
  2. Kemudian gosok ke seluruh wajah sehingga cair semua mekap.
  3. Gunakan kapas muka dan sapu seluruh muka sehingga bersih.
  4. Boleh juga jika untuk mencuci dengan cleanser dan bilas sehingga bersih.
Cara mudah untuk cuci mekap dengan mudah. Refill Pore Purifying Serum Cleanser ke dalam botol spray.

Korang nak tahu cara mama paling senang dan cepat. So, mama refill Pore Purifying Serum Cleanser ke dalam botol spray begini. Untuk cuci mekap mama pejamkan mata dan picit spray pada wajah dan gunakan kapas muka untuk tanggalkan mekap. Mudah bukan tapi kena berhati-hati takut terkena bahagian mata jer.


Hampir sebulan mama guna produk terbaru dari Althea Korea ni memang produk ni awesome giler!! Dah la wangi lepas tu mudah nak cuci mekap  muka dengan pantas! Lepas cuci guna serum cleanser ni kulit tidak kering malah rasa melembapkan.


Sebotol Pore Purifying Serum Cleanser ni mengandungi 150ml dan harganya pula RM33.00 sahaja. Murahkan!!   Dah la murah lepas tu kualiti memang terbaik untuk cucian mekap dengan lebih mudah dan pantas. Yang penting kulit sentiasa melembap dan tidak kering.

Untuk pembelian boleh layari laman :


Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

Like us on Facebook