Althea

Review | Stay Fresh Body Sparkling Mist by Titi Kamal x Althea

9:54 AM

Dengan haruman yang wangi menjadikan wanita lebih berkeyakinan diri dan sentiasa rasa ceria sepanjang hari. Betul tak? Yer mama tak nafikan kalau diri kita sentiasa wangi mesti rasa selesa bukan. Tapi kalau setiap hari nak sembur perfume ajer jenuh jugak la nak membelinya. Nak haruman yang wangi selepas mandi apa kata cuba produk terbaru dari Althea Korea iaitu Stay Fresh Body Sparkling Mist.


Stay Fresh Body Sparkling Mist adalah salah satu kerjasama dengan selebriti tersohor Indonesia iaitu Titi Kamal yang mempunyai bakat dalam fesyen dan peragaan. Stay Fresh Body Sparkling Mist merupakan campuran wangian bunga oren, peach dan bunga rose.


Aroma Stay Fresh Body Sparkling Mist ini tidak terlalu kuat dan sangat lembut untuk dipakai setiap hari malah ia tahan lama. Mempunyai formula yang sesuai semua jenis kulit. 

Antara bahan-bahan utama Stay Fresh Body Sparkling Mist :
  • Damask Rose Water - Melindungi kulit dari terhidrat dan  memberi aroma yang lembut
  • Ekstrak Bunga Oren - Menyegarkan semula deria
  • Ekstrak Bunga Tua - Menyejukkan dan melegakan kulit serta memberikan aroma yang feminin

Manakala dari segi packaging Stay Fresh Body Sparkling Mist nampak botol yang elegen walau menggunakan botol plastik kerana ia lebih selamat dan tidak perlu risau botol pecah. Bagi botol yang solid begini lebih mudah dimuatkan ke dalam mana-mana bag tangan untuk kegunaan harian.


Cara penggunaan Stay Fresh Body Sparkling Mist bagi mendapatkan haruman wangian tahan lama adalah selepas mandi. Hanya sembur body mist ini pada bahagian nadi seperti pada pergelangan tangan, badan dan leher untuk dapatkan haruman sungguh menawan. Boleh juga digunakan bila-bila masa dan dimana saja sebab botol mist yang ringan dan tidak beratkan bag korang.


Yang bestnya Stay Fresh Body Sparkling Mist ni bau dia cukup menenangkan dan menyegarkan selepas memakainya. Kadang tu kalau rasa letih jer spray terus rasa segar. Aroma wangian body mist ini memberikan kita rasa lebih feminin.


Harga sebotol Stay Fresh Body Sparkling Mist cukup murah hanya RM35.00 untuk 100ml. Walau harganya murah tapi kualiti haruman dia memang  setanding dengan jenama terkenal di pasaran.

Untuk pembelian boleh layari laman :


Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

Like us on Facebook