Jalan-Jalan Di 99 Wonderland Park, Selayang

2:04 AM

Pertama kali jejak kaki ke 99 Wonderland Park Selayang. Heheh sebelum ni pernah datang tapi kat luar jer lepas tu balikkkkk. Hahahah perangai sangat sebab apa sebab panas giler. Ya ampun tak kuasa mama nak pergi mandi peluh dekat sini. Lepas tu tengok lagi orang duk pi macam best jer dan banyak tempat shooting drama Pujaan Hati Kanda dekat sini, lagilah mama nak pergi. Anak-anak pun nak pergi sebab ada dinosaur besar tu. Jadinya cerita kemarin ada open house dekat Sri Rampai, apa lagi terus la lajak dulu pergi sini sebelum pergi open house. 

Takder orang tangkap so mama la tangkap gambar depa. rasa mcm nak bawak tripod jer.

Harga tiket masuk sini takder la mahal mana pun. Harga untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak dari 4 tahun - 17 tahun RM5. Ok la kan harga tu tapiiiii nanti ada park kat dalam tu kena bayar lain yer. Heheheh. Ok apa menarik di dalam 99 Wonderland Park ni? Sejujurnya tempat ni tempat riadah dan ada mini zoo la dekat sini. Boleh tahan besar jugak sebab nak kena pusing tasik buatan dia. Mama nasihatkan korang bawak la payung dan pakai pakaian yang bersesuaian ok. Hahah ini tempat bukan tempat dating yer mau pecah peluh dulu depan pakwe korang. hahaha. 

Kami sampai dalam pukul 2.45 petang macam tu. Ehh waktu masuk dia pagi jam 9 pagi hingga 11 malam mama rasa. Sorry kalau mama salah. Bagi yang nak datang malam pun boleh tapi gelap la cuma nampak cahaya lampu jer. Time tu binatang dekat situ pun dah tido. Paling tak syiok nak bergambar gelap!! hahaha. mama pun pasrah jugak datang sebab nak bawak anak-anak jalan kan. Itu pasal mama sanggup pegang payung tau. Itu pun peluh habis muka mama!!! nampak sangat mama dah jarang berpeluh kekekek. 


Sampai jer dekat sini Qebal siap cakap mama ni kan tempat berlakon cerita Pujaan Hati Kanda tu. Korang rasa? Amboii depa cam rupanya tempat ni. Hahaha ker korang perli mama sebab mama asyik tengok cerita tu? Hahaha tapi yer lah tempat ni cantik sangat memang best jer pergi beriadah bersama keluarga. Cumanya mama la tatahan panas!!. Ni sambil menaip pun mama dah start gatal tangan. almaklum la mama tak boleh kena panas lepas tu eczema pun naik la. Huhuhu puteri lilin sangat mama ni. 

Hahh t-rex ni yang buat bebudak ni teruja. Siap cakap mama cepat la tangkap gambar kami kat sini dan jangan lupa masuk blog mama tau. amboi kemahin anak blogger yer

Nampak dak kecik tu dia takut dengan t-rex tu pasal muka dia toyer abis sampai peluk papa dia

Ini tidak adil asyik gambar depa jer kan. mama kena la selfie dengan t-rex ni. 

We'oll jalan sampai ke binatang-binatang sini. Hahaha gigih tau padahal mama dah merungut panas. En papa kata kata nak datang. cisss saja perli kan. hahaha. sampai dekat sini ada macam theme park main-main kuda pusing tu tapi tak laju pun. pehtu ada naik boat itik bagai. ada binatang-binatang seperti kura-kura, kancil, burung merak, burung unta, deer ehh deer tu apa dalam melayu tetiba blur jap hhahaha.. weh mama rusa lah. hahh gitulah binatang yang ada dekat sini. paling banyak ayam dan burung. korang jangan bajet ada zirafah harimau kat sini ehh kang kena baham pulak. 


Flamingo pun ada. Bebudak ni macam tak excited jer bawak sini. heran betul.

Nak tangkap gambar dengan burung unta pun kena paksa. tengok la muka dia be like hmmmm

Ni sebenarnya feeling macam cerita Pujaan Hati Kanda tu. Hahaha. suruh Qebal tangkap gambar mama dengan papa tapi dia tak nak. Jadinya mama sorang jer lah menunggu kanda mama gituuuuu

Yang ni pulak en papa pulun nak bergambar dekat Golden Waterfall. Heyy tahu itu emas tau.. hahah tipu jer lah. Gigih dia suruh snap OOTD la sangat. mama memang tak sanggup sebab panas yarabbi

Bebudak ni excited gambar dekat patung binatang ni sebab ada 12 patung zodiac semuanya. 

Tahun en papa adalah kambing bek bek bek...

Hambek siap panjat duduk atas tu lah. kalo yang hidup berani ker memang tak la kan

Itik ayam bersepah siap terbang-terbang lagi. depa ni ayam itik ker burung??

Last but not least. I Love KL. tapi mama tak love KL sebab panas hahah tak abis-abis mama dengan panas. Tak nak panas jom kita pindah oversea kan. 

Gambar kenangan family mama dekat sini.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. Sepesenlah kita mama...puteri lilin :D PH pun tak tahan panas padahal kecik2 dulu OK ja haha

    Nak pergilah jugak sini...

    ReplyDelete
  2. Memang best tempat ni terutamanya untuk budak-budak. Kalau berkesempatan cuba Jue pergi malam pula, memang cantik sinaran lampu di sini.

    ReplyDelete

Like us on Facebook