Michan The Cat

Michan Buat Spa Grooming Di Cat Paradise Semenyih

11:28 PM

Semenjak jaga Michan mama mandikan dia pun ala kadar. Hahah tu pun bukan shampoo mandian khas dia. Oppss hahaha.. Main bedal sabun mandi bebudak ni jer mandi dia. Itu pun mandi tak betul-betul proper sebab kejap dia lari ke sana sini. Wehh penat jugak. Syoknya mandi Michan dia tak cakar orang sebab dia seronok mandi rupanya. Lepas mandi pun mama lap-lap dengan towel lepas tu dia jilat sendiri sampai kering. Lepas mama kasikan dia hari tu, mama memang cadang nak buat spa grooming dekat Cat Paradise. Alaa tempat spa kucing lah. Kemahin kan kucing pun ada spa tau!!!


So Sabtu lepas mama pun dah buat appoinment dengan pihak Cat Paradise. Oh yaa untuk harga spa grooming ni agak berbeza sebab depa ukur panjang kucing dan juga tengok bulu dia panjang ke pendek. Macam Michan ni dikira long hair dan panjang dalam 43 cm. Disebabkan masa mama hantar tu ada diskaun sempena raya cina mama pun ambik la pakej full grooming dekat Michan. 

Staff very friendly. Dalam Cat Paradise ni korang nak tau aircond ok perghh kemahin kucing duk dalam aircond tau.

Ni harga grooming kucing dekat sini. kalau nak mandikan dan blow jer kira express untuk sekor kucing. Mama pilih full grooming so semua depa cuci. 

Di Cat Paradise ni bukan jer grooming kucing jer ni hahh hotel kucing pun ada tau. Siap ada pakej dari Standard Single, Xtra Single, Double Deluxe, Superior Comfy dan Luxury Suite ada tau. hahaha harga untuk semalam dari RM30.00 semalam hingga RM100 semalam. ish ish ish hebat tau kucing ni. Diberi layanan bak raja gitu ehh.. mama kalau nak balik kampung mama nak hantar la Michan dekat sini tapi kita tengok la nanti macam mana keadaan. wakakak. risau pulak tinggal kucing dekat rumah sorang-sorang tau. 

Ni Luxury Suite tau. Harga RM100 semalam boleh sumbat 3 ekor kucing. Siap ada aircond.

Untuk grooming Michan ni mama memang nak staff Cat Paradise cuci bahagian dalam telinga dia, potong kuku kaki, potong bulu dekat tapak kaki, blow bulu dia semua. Heheheh lepas ni mama just mandikan sendiri lah kalau malas mama hantar jer kat sini untuk mandikan Michan. Hahaha cuma keluarkan duit jer wakakka.. Dah wangi Michan seronok sikit nak peluk cium dia. 

Tengok bersih dari taik telinga dia. puas hati

Michan ni dah la putih kalau kotor nampak dia kusam jer. Heheh ni dah gebus gebas.

Puas hati dengan service dari Cat Paradise ni. Dia orang bersih kucing memang sangat teliti. Yang kelakar si Michan la dia ni kan jenis penakut sikit. Tengok kucing lain dekat sini boleh dia buat garang. Tak tahan siap bunyi cengei tu. Hahaha. lawak pun ada. Maybe dia tak biasa dekat sini, masa blow dia sampai tercirit la.. Kesian pulak dekat Michan. Takper next time Michan mesti dah biasa datang sini kan. 

Tadaa.. Mama boleh peluk Michan sebab dah wangi. Hahh sebelah tu hotel jenis Standard Single semalam RM30. So korang darab la kalau baper hari nak tinggal. hahaha pengsan jugak sebab ratus-ratus jugak weh.

Ada yang nak hantar kucing buat spa grooming atau nak hantar kucing duduk dekat hotel kucing sebab korang nak balik kampung, boleh la datang ke Cat Paradise ni. Untuk grooming mama puas hati walau harga dia en papa kata baik makan lagi bagus. hahahah en papa memang gitu!! Dah apa-apa korang contact jer Cat Paradise melalui whatsapp memang cepat jer dia orang layan!!

Untuk maklumat lanjut :-

CAT PARADISE
No 8-1 Jalan TPS 2/2A
Taman Pelang Semenyih 2
43500 Selangor

Tel : 03-8725 6703 | 017-830 4484 | 012-335 2040
Email : catparadise.semenyih@gmail.com

Website : www.catparadise.com.my
Facebook : www.facebook.com/catparadise
 Instagram : www.instagram.com/catparadisesemenyih

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook