Althea

Althea Angels | A'bloom Launch Private Party

6:03 PM

Althea Angels | A'Bloom Launch Private Party - Masa dapat jemputan ni teragak-agak nak pergi ker tak. Fuhh bukan selalu dapat peluang gathering dengan Althea Angels ni. Event kali ni merupakan event pertama sempena launching produk terbaru Althea Korea iaitu A'bloom. So terus tanya en husband sama ada dia bagi ker tak. Yer lah apa-apa kena la minta permission dia juga dan en husband bagi hohoho horayyy mama bersorak riang sebab dapat la mama "me time" walau hanya beberapa jam. 


Dengan bertemakan pastel mama pun gigih juga mana nak cari baju pastel ni. Sekarang semua baju warna gelap dan terang wakakak. Yer lah warna pastel ni kan lembut dan sweet so mama sanggup beli baju kemeja putih dan pakai tudung kaler kuning. Kiranya masuk tema tak? Hehehe. Private event Althea kali ini dibuat di Softsrve Ice Cream Dessert & Ballon Bar berdekatan dengan Kepong. Gigih mama guna Waze untuk sampai ke sana nasib la mama sampai dengan selamat tau.

Sampai jer dekat event ni kami wajib kena register dulu kemudian kami diberikan kupon makan yang di sponsor dari Softsrve dan juga Althea. So nanti kami nak makan boleh tebus jer. Antaranya coffee, soda, waffle, tea dan softsrve ice cream yang sedap tu. Selain aktiviti gathering bertemu dengan Althea Angels yang lain, kami berpeluang berselfie dan bergambar di sini. Seriously walau agak crowded dengan Althea Angels tapi sangat fun tau! 

First time mama makan charcoal waffle macam ni tapi kannn punyalah sedap!!.. 

Softsrve ice cream perasa rose lychee. Gabungan yang menarik sedap lembut jer. 


Sempat mama bergambar di Vanity Mirror ni. Love sangat!!


Antara produk Althea. FYI semua produk ni mama ada!! 

Produk ni pun sama.. cuma yang bamboo pads tu jer tak der. Nak kena beli ni. macam best jer

Aktiviti yang lagi menarik adalah DIY deco Althea Petal Velvet Powder. Ini pun terkial-kial juga mama nak picit cream pada permukaan penutup powder tu. Hahah tak biasa kekdahnya padahal tangan kekok nak deco benda comel-comel gini. Tapi we olls buat jer sebab cute sangat!!.. Ini kalau anak mama tengok mesti jadi hak dia. Hahahha. Dia ingat toys gamaknya. 


Halah-halah mana yang cute ni. hehehe

Kemudian acara diteruskan dengan ucapan dari Mamasan Tammy. Pssst kagum dengan Tammy!! dia dah kurus lahhh.. Oh my!!! 

Dah nama event ni launching produk A'bloom jom la kita tengok 3 produk terbaru dari Althea yang diberi nama A'bloom ni. Tak sabar nak guna tau!! Untuk pengetahuan semua, produk A'bloom ini akan jual di website Althea pada 24 April 2019. So bagi peminat produk kecantikan Althea sila terjah website untuk beli semua produk-produk ini yer. Antara produk A'bloom ini adalah :-

  • A'BLOOM SHEET MASK

Terdapat 4 jenis variasi A'bloom Sheet Mask iaitu 
  1. Water-Me-Long - Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  2. Sparkle-Me-Bright -  Brightening Lemon Lime Mask Sheet 
  3. Ac-Me-Peach - Anti-Blemish Peach Mask Sheet
  4. Avo-Cuddle-Me - Nourishing Avocado Mask Sheet 
Nama mask sheet ni pun dah cute tau. Katanya tulisan copy writing dari Mamasan Tammy tau. Patut la nampak unik sangat design packaging mask sheet ni. Terus rasa tak sabar nak mencuba semua mask sheet A'bloom.


Paling best pasal mask sheet A'bloom ni harga sekeping hanya RM2 sahaja tau!!.. Kalau beli 10 keping hanya RM15. Perghhh ini confirm mama akan beli buat stok untuk pakai setiap malam. Heheh mama kan hantu mask sheet coz kulit mama semakin elok dek gara-gara pakai mask tau. Sempena launching pada 23 April 2019, jom dapatkan mask sheet A'bloom ini dengan harga special iaitu BELI 10 FREE 10. Hahhh apa lagi cepat beli sebelum sold out yer dan korang akan dapat sekali special design box Althea yang super cute!

  • A'BLOOM GIANT MERINGUE PUFF & BABY MERINGUE PUFFS
Finally Althea dah keluarkan beauty blender yang sangat comel dan cute!. Sekali tengok macam nak makan jer dengan warna pink lembut. Terdapat 2 jenis iaitu Giant Meringue Puff dan Baby Meringue Puffs.



Untuk tekstur beauty blender ni sangat lembut dan permukaannya nampak padat. Dengan 2 size yang berbeza boleh digunakan ketika sapuan foundation pada wajah. Bagi Giant size boleh kembang sehingga 1.5 dari asal apabila dibasahkah. Jadi sapuan foundation pada wajah akan menjadi sekata. Manakala Baby Meringue Puffs akan dapat 3 biji yang kecil dan comel untuk memudahkan touch up pada bahagian bawah mata, tepi hidung dan bibir. Untuk harga Giant Meringue Puff hanya RM8 manakala Baby Meringue Puffs RM11.


  • A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER
Produk terakhir adalah A'bloom BHA Blackhead Blaster. Yang ni memang bagus sesiapa yang ada blackhead dekat hidung boleh jer tonyoh dengan BHA Blackhead Blaster.


Warna BHA Blackhead Blaster ni hitam charcoal, tekstur lembut dan wangi tea tree oil. Terbukti berkesan untuk menanggalkan blackhead dekat hidung hanya 1 minit. Harga pun tak mahal dalam RM16 jer. murah kan!!


Time event ni apa lagi weolls semua pakat selfie dengan Angels yang lain. Memang fun sangat sambil berborak, sambil chit chat, sambil bergambar. Bukan selalu kan dapat peluang macam ni. Ni yang mama sempat bergambar dengan Althea Angels yang lain. 

Aiin Baharom & Syafiera

Eyza

Emi, Eyza & Rawlins

CindyRina

Wui Kathy, Fieza Sani & Zainiza

Group photo with Althea Angels

Terima kasih sekali lagi kepada Althea Angels coz jemput mama join party yang havoc ni. Dan tahniah juga untuk produk terbaru Althea A'bloom. Tak sabar nak tahu produk yang akan dikeluarkan pada masa hadapan.

Bagi yang nak shopping produk makeup Althea boleh layari website https://my.althea.kr ❤ Saranghae Althea.  

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook