BELANJA & MENANG Sempena Promosi Hebat Ramadan Kareem Di LuLu Hypermarket

4:21 PM

LuLu Hypermarket Kuala Lumpur siapa yang tak kenal dengan pusat membeli belah yang terkenal di tengah bandar Kuala Lumpur ini. Ramai yang suka shopping di sini untuk beli barangan groceries, barangan elektrik dan juga pakaian tidak terkecuali. Seperti setiap tahun LuLu Hypermarket mengadakan jualan besar-besaran dan pelbagai promosi yang hebat sempena sambutan Ramadan Kareem yang tidak lama lagi. Jadi warga kota bolehlah buat persiapan untuk menyambut Ramadan dan juga Raya yang hanya ada sebulan lebih sahaja. Mama sendiri pun survey harga barang di LuLu Hypermarket memang harga murah, berbaloi dan terbaik.


Kalau dah start puasa ni mama jamin mesti ramai mak-mak yang nak buat persiapan buat kuih raya kan. Mama tengah duk survey mixer baru ni. Di tingkat 2 LuLu Hypermarket bahagian peralatan elektrik mengadakan promosi Bazar Raya dari 12 April hingga 21 May 2019. Di aras ini bolehlah dapatkan keperluan barangan elektrik dan elektronik, kelengkapan rumah dengan harga promosi. Pelbagai jenama peralatan elektrik seperti Philips, Panasonic, Sony, Samsung, LG, Sharp, Tefal, JBL dan sebagainya. 




Mama siap buat survey harga oven elektrik ni memang harga paling murah dari luar. Dah la besar 45 L dan harganya RM245 sahaja. Memang boleh la rembat untuk oven baru mama. Selain itu, di bahagian aras 2 ini terdapat kelengkapan rumah seperti carpet yang pelbagai design dan corak menarik. Pilih jer nak yang design macam mana yang pasti ruang tamu rumah korang nampak cantik dengan carpet dari LuLu Hypermarket. Ohh bagi mak-mak yang tengah mencari balang kuih raya di sini pun ada cantik-cantik. Tengok set jug dan juga gelas tu cantik kan untuk dihidang pada pagi raya.




Manakala di bahagian aras 1 iaitu pada bahagian fesyen, kasut, bag wanita, sari, churidar, kelengkapan rumah dan bagasi juga mengadakan tawaran potongan sehingga 70%. Bagi promosi jualan Ramadan ini dari 1 Mei 2019 sehingga 10 June 2019. Cantik-cantik juga baju kurung yang terdapat di LuLu Hypermarket dengan tawaran harga yang cukup berbaloi dengan diskaun lagi menarik. 



Bukan itu sahaja bahagian kasut wanita dan lelaki pun banyak pilihan dan design yang up to date. Tengok heel yang mama cuba ni lawa kan. Banyak lagi pilihan yang buat rambang mata mama nak pilih yang mana berkenan. Sebab semuanya cantik-cantik lah!




Seperti biasa LuLu Hypermarket memang sinonim dengan jualan kain sari yang cukup cantik. Kain sari ni bukan untuk baju sari sahaja malah kita boleh membeli kain sari dan dijadikan baju kurung. Memang cantik sebab kain sari di sini pelbagai corak dan rekaan. Harga kain sari di LuLu Hypermarket ini memang sangat berpatutan dari luar. Tak percaya korang datang ke sini dan lihat sendiri kain-kain sari ni.



Yang mama suka dengan LuLu Hypermarket ini di bahagian groceries kerana barang basah, sayur, buah semuanya segar dan harga yang berpatutuan walau di tengah bandar Kuala Lumpur. Patutlah warga Kuala Lumpur gemar membeli belah barangan dapur di sini. Rata-rata pelanggan tetap LuLu Hypermarket dari sekitar sini yang sanggup turun untuk dapatkan barangan dapur dengan harga murah. Tengok la bahagian cili dan lada benggala ni nampak segar dan warna merah yang menarik. Susah la nak jumpa cili atau lada yang rosak di sini. 


Selain itu benda paling wajib bagi bulan puasa adalah air cordial di bawah ni. Serious la harga murah giler di LuLu Hypermarket ni. Boleh beli untuk stok buat air berbuka puasa nanti malah boleh juga buat stok air pagi hari raya ni. Hahhh dah murah apa lagi jangan lepaskan peluang terus beli jer. Mana nak dapat air Ribena dengan harga macam tu. selaluna RM15 ke atas tau. Ehh murah la!!!



Buah kurma di LuLu Hypermarket ni antara yang menjadi tarikan semua penggunjung kerana buah kurma yang jual di sini adalah diimport terus dari pelbagai negara. Antara kurma yang ditawarkan di LuLu seperti Ajawa, Kudri, Mejdoul dan banyak lagi jenama kurma yang terkenal di Malaysia.


Oh ya bagi yang nak dapatkan bekalan daging lembu untuk bulan puasa dan raya pun ada di LuLu Hypermarket. Nampak daging lembu yang mama pegang tu segar dan harga cukup berbaloi. Mama memang penggemar daging lembu jadi di rumah mama memang sentiasa ada stok daging lembu untuk masak ketika berbuka puasa atau ketika raya untuk masak rendang daging. Di LuLu ni bukan sahaja daging segala tulang, perut, ekor semuanya ada. Memang senang la semuanya ada dekat sini.



Sempat la mama shopping sebelum sambut Ramadan yang bakal tiba ni. Beli beras, ayam, buah, frozen food, cereal untuk anak-anak. Sekali tolak troli jer macam ni dah RM150 kira ok la untuk stok seminggu dua awal puasa tak gitu kan. Lepas ni boleh datang lagi untuk beli barang hari raya pulak. Seronok tau beli belah barangan dapur di LuLu sebab susun atur dia cukup OCD hahahah teratur so mudah la nak shopping dengan mudah. 


Selepas shopping di LuLu Hypermarket tu jangan lupa join Peraduan "Shop & Win" yang akan bermula dari 1 May 2019 sehingga 1 September 2019. Untuk tahun ini LuLu Hypermarket sekali lagi menganjurkan peraduan yang cukup mudah kerana LuLu sangat menghargai kepada pelanggan-pelanggan setianya yang datang belanja di sini. Menariknya pada tahun ini, LuLu akan beri 2 hadiah yang hebat iaitu 2 biji kereta Proton X70 sebagai hadiah utama. Terdapat juga hadiah-hadiah yang lain seperti Apple iPhone 7+, UHD LED TV dan voucher LuLu Hypermarket. 

Caranya mudah sahaja :-
  1. Belanja bernilai RM75.00 didalam satu resit di LuLu Hypermarket & Department Store (pastikan tarikh pada resit diantara tarikh promosi sedang berlangsung)
  2. Dapatkan kupon cabutan bertuah
  3. Isikan maklumat diri di kupon tersebut
  4. Masukkan kupon tersebut didalam kotak yang disediakan
Untuk cabutan bertuah ini akan diadakan 2 kali pada 5 Julai 2019 dan 6 September 2019. Keterangan lanjut mengenai peraduan ini boleh layari Facebook LuLu Hypermarket Kuala Lumpur ok.



So apa tunggu lagi jom shopping untuk persiapan sambut bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba dalam sebulan sahaja lagi. Tengok mama dah sempat beli sikit barang sempena puasa ni. Hahh jangan lupa untuk menyertai Peraduan Belanja & Menang dan manalah tahu rezeki korang dapat Proton X70 tu nanti. Selamat menyambut Ramadan Kareem & Jom Shopping Di LuLu Hypermarket!

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. seronok shopping situ walaupun di tengah bandar KL..
    tak sabar nak shopping barang untuk ramadhan nanti..

    ReplyDelete
  2. amboiii sakannya kak jue shopping ya. nak menang proton x70 ke tu ? ahakss. kita pon nak menang jugak. dah hantar penyertaan haritu. semoga ada rezekilah nanti. tak sabar nak tunggu dorg buka cawangan dekat bangi. dekat sikit dengan serdang kan

    ReplyDelete

Like us on Facebook