Buffet Ramadhan 2019

BUFFET RAMADHAN 2019 | Teringat Masa Dulu By Djarilicious Catering @ De' Orchid Glass Hall Kajang

1:11 AM

Hampir sebulan sahaja lagi kita nak sambut Ramadhan. Teruja kali ni sebab mama nak berpuasa dengan anak-anak yang tengah nak membesar tu. Mesti setiap hari anak-anak akan bertanya juadah apa untuk berbuka nanti. Oh ya kalau nak berbuka di luar pun boleh jer. Mana la mama larat hari-hari nak masak kan. Hahh mama pun mesti nak survey buffet Ramadhan untuk tahun ni. Tapi nak cari harga yang betul-betul murah lagi berbaloi susah tau nak jumpa. Ni mama nak kongsi satu tempat buffet Ramadhan untuk warga Kajang, Semenyih dan Bangi iaitu di Plaza Metro Kajang. 


Pada Sabtu baru-baru ni, mama berkesempatan untuk menghadiri satu preview Buffet Ramadhan dari katering Djarilicious di Plaza Metro Kajang. Oh ya untuk pengetahuan semua, Djarilicious Catering ni memang buat pakej katering dan pakej perkahwinan dengan harga berpatutan. Kali ni pihak Djarilicious Catering akan buat buffet Ramadhan murah bertempat De' Orchid Glass Hall di Tingkat 4 Plaza Metro Kajang. Sebut sahaja murah mesti yang tertanya-tanya juadah apa yang dihidang dengan harga yang maha murah ni kan. Ehh jangan tak tahu semua juadah yang terhidang dari Djarilicious Catering ni semuanya sedap tau. Dah jom baca lebih detail di bawah yer. 


Bagi yang tak familiar dengan Plaza Metro Kajang ni korang jangan risau sebab De' Orchid Glass Hall ni betul-betul terletak di tingkat 4 dan korang mudah jer nak datang sini hanya terus naik parking ke tingkat 4. Jadi mudah korang datang untuk berbuka puasa dekat sini. Untuk harga parking pun jangan risau tak mahal yer dalam lingkungan sejam RM3 macam tu. Boleh la berbuka lama-lama dan sempat lagi pergi shopping raya dekat Plaza Metro Kajang ni kan. 

Ruangan De' Orchid Glass Hall ini mampu memuatkan seramai 350 orang dalam satu-satu masa. Yang pasti hall ni sangat selesa sebab dalam dia aircond uolls. Hahaha mama bab ni sangat penting yer sebab mama jenis tak tahan panas mulalah muka berpeluh. Memang tip top la tempat dia dan korang hanya makan dengan aman tanpa berpeluh setitik pun. Hahaha gitu kau. Di sini juga turut menyediakan tandas dan surau bagi memudakan para pengunjung. 


Untuk tema Buffet Ramadhan kali ini adalah "Terkenang Masa Lalu" yang mengetengahkan masakan Melayu dari katering Djarilicious. Lebih kurang 40 jenis hidangan kepada para tetamu untuk buffet Ramadhan nanti. Dari masakan Melayu, kuih muih, makanan sampingan semuanya berciri Melayu. Itu sebab tema buffet Ramadhan di sini "Terkenang Masa Lalu" memang sangat kena dengan tema masakan yang dihidang oleh Djarilicious Catering. Di buffet ini ada 8 gerai yang hidang pelbagai menu. 

Antaranya gerai minuman, cendol, ABC, Teh Tarik Corner yang membuatkan ramai yang akan datang berulang-ulang ke sini. Cukup lengkap dengan pelbagai air warna dan perisa yang menambat hati pengunjung untuk tak sabar berbuka puasa. Bagi yang nak air panas pun boleh cuba Teh Tarik Corner yang cukup mengancam!! Nak cari kelainan sikit boleh cuba cendol dan ABC yang sedap ni. 


Di gerai kuih muih pun banyak kuih-muih melayu yang terhidang disini. Pilih sahaja yang teringin nak makan kuih-muih Melayu yang susah nak jumpa semua boleh rasa dari Roti Jala, Karipap, Kuih Koci, Samosa, Cara Berlauk dan pelbagai kuih yang lain. Mama hari tu sampai tak tahu nak makan apa sebab dah makan juadah masakan yang sedap. Yang sempat mama makan adalah kuih lapis tu sedap. Lepas ni datang sini nak makan kuih lain pulak. 


Dah namanya berbuka puasa mestilah nak makan nasi dengan pelbagai juadah hidangan masakan Melayu kan. Ni kira menu utama yang dihidang di sini antaranya Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Ayam Cili, Ayam Masak Kicap, Daging Rendang, Daging Dendeng, Daging Masak Hitam, Gulai Kawah, Lala Masak Halia, Kupang Masak Pedas, Sambal Udang Petai, Terung Berlado, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Mangga, Masak Lemak Ikan Masin Nenas, Masak Lemak Pucuk Ubi Daging Salai, Masak Lemak Ketam, Ikan Bakar, Dalcha Sayur, Kurma Telur dan tak lupa Acar Buah Djarilicious ni sedap. Korang kena cuba!! Fuhhh semuanya sedap-sedap yer memang berbaloi dengan harga. Oh ya contohnya setiap hari juadah seperti ayam akan dihidangkan 3 jenis masakan yang berbeza. 






Menu sampingan lain yang menambat hati mama adalah gerai yang menyediakan pecal dan rojak buah. Ini mama paling suka sebab mama kalau berbuka puasa buffet mama jarang makan nasi sangat. Tapi mama akan makan juadah lauk pauk dan pecal serta rojak memang mama makan sampai kenyang. Hahh bukan juadah sampingan lagi dah namanya ni ini juadah utama. Serious mama suka pecal dia rasa kuah kacang yang sangat awesome!! Memang kena tekak mama ni. Rojak buah dia tak payah cakap la memang terbaik!!! Ok puasa nanti nak repeat!!!


Bagi yang nak menu simple dan tak berat banyak lauk, ni hahh ada jer menu lain seperti Nasi Lemak Champion dan gerai Mee, Mihun dan Keow Teow Sup. Masa sampai tu mama dah nampak Nasi Lemak Champion ni macam simple tapi simple tu la yang wajib korang makan. Orang kata nak makan nasi Lemak yang sedap kena tengok sambalnya. So sambal dia memang buat mama teringat!! Sedap yakmat!!! Nak lagi sedap makan sekali dengan sambal sotong dia terus bikin lupa mama tengah diet. hahahah sedap mabeles!!! Untuk yang tak makan nasi macam anak mama si Iqbal pulak boleh dia makan mee, mihun & koew teow sup dekat sini. Ini pun mama tak sempat rasa tapi nampak sedap masa Iqbal makan haritu sampai habis hirup sup. Itu kira sedap bagi dia lah. 



Oh ya untuk menu istimewa kat sini adalah Kambing Bakar dan Satey. Dedua menu ni merupakan menu paling cepat habis hari tu. Hahahha sekejap zass licin uolls.. Untuk dedua menu ini hanya dihidangkan pada weekend iaitu Sabtu dan Ahad sahaja. So harga untuk weekend lain yer. Jangan lupa makan aiskrim Malaysia yang sumpah sedap ni. Aiskrim Malaysia ni mama ingat biasa-biasa jer so mama eksyen la tak nak makan alaa setakat aiskrim jer pun tapi dah makan satu perisa Kopi terus kau berbatang-batang Aiskrim ni mama bantai. Siap ambik 2 batang bawa balik makan dalam kereta pulak. Allahu punya sedap sampai ambik bawak balik hahaha. 



Harga Buffet Ramadhan sini mama jamin paling murah dan berpatutan buat setakat ini. Tak percaya korang boleh tengok lebih detail dekat bawah. Oh ya kalau nak harga PROMO senang sahaja korang hanya perlu buat tempahan awal sehari atau sebelum jam 6.00 petang melalui atas talian wassap atau telefon. Bagi harga weekend Sabtu & Ahad pula akan sedikit berbeza dengan harga weekday Isnin - Jumaat kerana ada menu tambahan seperti Kambing Bakar dan Satey dihidangkan pada hujung minggu sahaja. 

Harga Buffet De' Orchid Glass Hall

* Isnin - Jumaat 
Dewasa : RM45.90 (PROMO RM39.90)
Kanak2 : RM35.90 (PROMO RM29.90)

* Sabtu & Ahad
Dewasa : RM54.90 (PROMO RM49.90)
Kanak2 : RM44.90 (PROMO RM39.90)

Promosi buffet Ramadhan De' Orchid Glass Hall ini akan berlangsung dari 8 Mei hingga 2 Jun 2019, dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam



Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi :-

De' Orchid Glass Hall
Tingkat 4, Plaza Metro Kajang
No 4 Jalan Tun Abdul Aziz
Seksyen 1, 43000 Kajang
Selangor

Telefon / Wassap untuk tempahan :-

016-509 8532 (Hotline) | 016-920 8532 (Amy) | 016-660 8532 (Farhan)


Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. ya ampun, nengok dia punya menu seafood tu sedapnya lahai... pastu pecel ngn rojak buah tu aduhai pembuka selera betul...
    kalau yg ini akak rasa mampu milik lg hehehe sbb tak sampai rm50.... klu yg ratus2 kt hotel tu tak sanggup dik oi

    ReplyDelete
  2. dgn pilihan menu pelbagai tu..dpt harga bawah rm50 mmg murah la...lapar blk la tgk menu2 tu

    ReplyDelete
  3. murah sangat tu mama ju. dengan seleksi makanan yang dihidangkan. berbaloi lah bawa family ke sini.

    ReplyDelete

Like us on Facebook