Campaign Blogger

California Raisins | Semarakkan Raya Rasa Sayang Dengan Makanan Yang Lazat

10:50 PM

Masa dapat jemputan untuk join pertandingan memasak bersama California Raisins ni memula memang mama tak yakin langsung. Entah macam mana last minit Eyza dan Sally ajak terus join. Hahahah bayangkan memang kami kumpulan terakhir bagi RSVP untuk join dah la kita orang discuss menu semua ni hanya melalui wassap sahaja. Untuk hidangan pun kami bahagi apa kena beli dan sediakan bahan untuk dibawa pada hari pertandingan. Gementar? Of coz la memang takut dengan saingan dari blogger yang hebat.


Seramai 24 bloggers yang mengambil bahagian pada hari tersebut dan terdiri daripada 8 kumpulan semuanya dengan kerjasama Raisin Administrative Committee (RAC) bersama California Raisins untuk mencari kumpulan manakah yang berjaya memasak menggunakan kismis yang lazat dan berkhasiat untuk Hari Raya kelak di Berjaya Universiti College of Hospitality. Dengan bertemakan "Raya Rasa Sayang" bertujuan untuk membangkitkan suasana mesra menerusi makanan sempena musim perayaan Aidilfitri. Ia menunjukkan bahawa Kismis California ini bukan sahaja berkhasiat malah ia juga cukup sesuai dijadikan bahan utama dalam sajian makanan yang sedap dalam masakan Hari Raya kelak. 


Kismis merupakan makanan yang sangat digemari oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak. Kismis yang dikeringkan di bawah sinar matahari di California ini mempunyai rasa manis semulajadi dan mengandungi khasiat yang banyak kerana ia dapat membantu mengekalkan gaya hidup sihat dan boleh digunakan untuk mencipta pelbagai sajian makanan yang lazat.

Menurut Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Asia Tenggara, Encik Richard Lieu, kebanyakan pengguna, terutama sekali kanak-kanak sangat sesuai makan Kismis California kerana kemanisannya sangat semulajadi dan ia tiada gula tambahan. Kismis juga bahan serba guna yang boleh diilhamkan pelbagai masakan yang menarik bagi pembuka selera dan sajian utama mahupun manisan pencuci mulut dan minuman. Sekarang ramai pengguna menitikberatkan kesihatan dan gemar mencuba sajian masakan yang sihat tetapi lazat.


Setelah selesai dengar ucapan dari Encik Richard Lieu, kesemua blogger bersiap sedia untuk menyahut cabaran selama satu jam untuk mencipta resepi menggunakan Kismis California untuk Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Sajian menu yang dicipta nanti haruslah mencerminkan semangat Kasih Sayang (Love), Kemaafan (Forgiveness), Penghormatan (Honour), Penghargaan (Gratitude), Keredaan (Blessing), Kesyukuran (Togetherness), Kebaikan (Kindness) dan Saling Menghormati (Respect).

Untuk kumpulan kami diberi nama "Mahalo Aidilfitri" terdiri dari mama, Sally dan juga Eyza. So pagi tu kami mengenakan baju hitam dan bertudung biru. Kumpulan kami menaruhkan hidangan sate daging goreng dan kuah kacang bersama perut muda. Tapi untuk nama hidangan menu ini, Sally telah beri nama "Bumbu Kacang Nenda & Sate Goreng" Memula tu memang kami mengambil risiko untuk memasak daging almaklum la daging mengambil masa yang lama untuk lembut jadi mama telah perap daging semalaman untuk mendapatkan rasa rempah meresap ke dalam daging tersebut. 


Di dapur kami diagihkan tugas memasak masing-masing. Macam mama memang fokus untuk masak sate daging goreng dengan harapan sate tu lembut. Manakala Sally ditugaskan untuk memasak kuah kacang bersama perut muda. Eyza pula ditugaskan untuk bahagian potong dan juga plating hidangan. Dalam setengah jam pertama kami boleh lagi cool dan relax memasak siap posing bergambar lagi. Selepas setengah jam mulalah kesemua kelam kabut untuk siapkan hidangan masing-masing. 




Bumbu Kacang Nenda & Sate Goreng

Setelah 1 jam berlalu alhamdulillah siap juga hidangan kami Bumbu Kacang Nenda & Sate Goreng. Puas hati dengan sate daging goreng tu lembut dan kuah kacang perut muda tu pun sedap apabila dimakan bersama dengan nasi impit, timun dan juga bawang. Kemudian kumpulan kami perlu membawa hidangan tersebut untuk para chef mencuba dan merasainya. Masa ni jangan cakap takut, gementar semua ada. Pertama kali hidangan kami akan dirasa dan diadili oleh chef-chef yang berpenggalaman. 



8 sajian dari 8 kumpulan yang bertanding

Kismis California ini bukan sahaja boleh menambah kelazatan pada sajian makanan malah ia boleh menjadi sumber makanan yang sesuai untuk menambah khasiat bagi yang mempunyai isu kesihatan seperti diabetes (kencing manis). Untuk orang dewasa disyorkan mengambil 1 1/2 hingga 2 cawan buah-buahan setiap hari. Memang sedap buah kismis ni dah la mudah untuk dimakan dan mudah dibawa kemana-mana. Antara kelebihan Kismis California adalah :-
  • Rasa yang semulajadi
  • Tidak mengandungi gula tambahan
  • Tidak mengandungi lemak, kolestrol dan rendah natrium (garam) secara semulajadi
  • Sumber kalium yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf
  • Kaya dengan sumber serat
  • Sumber nutrien
  • Mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi

Setelah selesai semua hidangan dari 8 kumpulan yang diadili oleh chef-chef dan chef popular Ili Sulaiman pula menunjukkan cara menyediakan hidangan dengan menggunakan kismis California iaitu "Beriani Ayam Kismis California" dan "Roti Sosej Masala Kismis California". Chef Ili menjelaskan bahawa masakan ini sangat digemari oleh rakyat Malaysia kerana rasanya lazat dan menyelerakan untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan juga sanak saudara dan sahabat handai yang datang untuk berhari raya. 


Sambil menunggu keputusan pertandingan, kami dijamu makan tengahari yang telah dimasak oleh Chef Ili Sulaiman. Memang sedap nasi beriani yang dimasak oleh Chef Ili ni memang habis la mama makan. Tengah menjamu selera, pengacara umumkan untuk 2nd Runner Up. Masa makan tu memang tak ingat nama kumpulan Gratitude ni sebab duk ingat Mahalo Aidilfitri jer. Sekali kak Ayu cakap Jue kumpulan korang menang hahaha hampir tersedak makan tau. Alhamdulillah memang tak sangka sajian kami telah menambat hati chef-chef sebab kita orang rasa sajian kami biasa-biasa jer. Tambah pulak hidangan daging memang ambil risiko yang tinggi.

Alhamdulillah. syukur sangat.

Bagi pemenang 1st Runner Up pula dimenangi oleh kumpulan Abanjers yang terdiri daripada Kak Ayu Rafikah, Ruby dan Zharif dengan hidangan mereka Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Kemaafan. Bagi pemenang Grand Prize Winner pula dimenangi oleh Spice girl dengan menu hidangan yang awesome iaitu Ramadhan Blessing.
Tahniah kepada semua..


Walau kumpulan kami hanya dapat tempat 2nd Runner Up, Alhamdulillah kami tetap bersyukur dan ia jadi satu kenangan manis serta beri satu pengalaman menarik buat kami semua. Terima kasih sekali lagi kepada pihak California Raisins memberi kami peluang untuk menyertai pertandingan memasak dan tahniah kepada semua yang menyertai pertandingan ini. Untuk maklumat dan ingin mengetahui pelbagai resepi California Raisins, boleh hubungi www.calraisins.org atau www.caraisins.com dan follow Facebook @RACAsean

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. bestnyaaa raisins ligo tu legend tu dari zaman kecik2 lagi hehhehe

    ReplyDelete

Like us on Facebook