Product Review

Joielle Baby Baby Skin Care Essentials | Set Lengkap Untuk Kulit Newborn Baby

4:40 PM

Apabila menjadi seseorang ibu, kita akan ada satu perasaan seperti kegembiraan dan kebahagiaan yang tidak dapat dijelaskan. Dengan kehadiran anak yang telah kita mengandung selama 9 bulan dan pertama kali melihat buat pertama kali memang akan rasa satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Salah satu mama inginkan yang terbaik buat anak mama dari kasih sayang, belaian dan juga produk  skincare yang lengkap untuk dirinya. Sebut sahaja mengenai produk skincare ni mama kalau boleh nak jer gunakan produk yang organik dan selamat.


Kali ni mama telah diperkenalkan dengan produk Joielle Baby. Untuk pengetahuan semua, Joielle Baby telah berada di pasaran selama 4 tahun dan produk ini sangat mematuhi piawaian tertinggi untuk penjagaan bayi. Oleh itu, setiap bayi layak untuk mendapat keselesaan, keselamatan dan kegembiraan buat diri mereka. Kesemua produk Joielle Baby ini telah diuji secara dermatologi oleh Badan Persijilan Eropah, Harlan Lab Ltd. Menariknya produk Joielle Baby ini mempunyai pelbagai produk diperlukan dari kepala hingga kaki bayi. Antara produknya adalah :-
  • Joielle Baby Shampoo
  • Joielle Baby Bath
  • Joielle Baby Lotion
  • Joielle Baby Oil
  • Joielle Baby Cream
  • Joielle Baby Chest & Tummy Rub

Kesemua produk Joielle Baby ini diperkaya dengan Vitamin E, lidah buaya dan kebanyakkan menggunakan dari bahan-bahan semula jadi. Yang paling mama suka sangat dengan kesemua produk Joielle Baby ini adalah berbau sangat harum, wangi dan dalam masa yang sama mampu membaiki dan menyembuhkan kulit bayi terutamanya kulit anak yang mempunyai eczema atau ruam. Bukan itu sahaja, produk ini bebas dari SLS, paraben dan steroid.

Untuk set mandian Joielle Baby boleh cuba guna Joielle Baby Shampoo dan Joielle Baby Bath. Dua produk ni mama betul-betul falling in love dengan tekstur yang lembut dan wangian dia sungguh wangi. Diperkaya dengan ekstrak botani, Vitamin E dan ekstrak Aloe Vera yang sangat melindungi kulit bagi melembapkan dan membersih rambut dengan lembut. Joielle Baby bukan sahaja mengandungi scent relaxing pada baby agar si manja lebih tenang sebelum tidur.


Untuk selepas mandi mama akan gunakan Joielle Baby Oil, Joielle Baby Lotion, Joielle Baby Cream dan Joielle Baby Chest & Tummy Rub. Minyak baby ni memang bagus untuk urutan baby selepas mandi agar kulit baby melembapkan dan jadi lembut. Selain itu, dengan hanya sentuhan urutan baby bonding anata ibu makin akrab. Bagi ingin menambahkan kelembapan kulit baby boleh sapu lagi dengan Joielle Baby Lotion yang sangat wangi agar baby rasa lebih selesa. Lotion ni bukan anak jer guna dengan mama sekali tumpang guna sebabnya wangi!!!

Bagi yang mengalami kulit kering mama cadangkan sapu dengan Joielle Baby Cream dan korang akan alami kulit lebih lembut serta melembapkan. Mama sendiri menggunakan produk Joielle Baby Cream pada bahagian siku dan bahagian tumit. Kulit pada siku tampak lebih lembab dari sebelum ini. Oh ya jangan lupa gunakan Joielle Baby Chest & Tummy Rub untuk keselesaan pada perut untuk mengelakkan baby kembung dan melancarkan penghadaman. Dengan formulasi Eucalyptus dan Peppermint akan menenangkan dan mengurangkan selsema. Rasa Chest & Tummy Rub ini panas dan sangat sesuai untuk kulit baby.

Set Joielle Baby ni memang sesuai untuk bayi yang baru lahir kerana set ini dipanggil Set Baby Essential yang lengkap dengan shampoo, mandian, lotion, minyak, krim bayi dan krim dada & perut bayi. Oh ya bagi ibu-ibu yang kerap bercuti dengan bayi atau untuk memudahkan apabila outing wajiblah kena ada Joielle Travel Set. Ia sangat mudah untuk dibawa dan kecil untuk dimuatkan ke dalam bag bayi. Manakala harga Set Baby Essential hanya RM199 manakala Joielle Travel Set hanya RM99.00 sahaja. Bagi yang nak dapatkan diskaun 10% bagi setiap pembelian produk Joielle Baby ini boleh masukkan kod coupon "jueliza06" semasa pembelian di website Joielle Baby.


Bagi yang ingin dapatkan produk Joielle Baby ini boleh didapati di kedai penjagaan ibu, Mid Valley Megamall, Happikiddo, Citta Mall Outlet, Babyland SS2, Pick A Dress (Airul Khairiyah), Tateh Bangi, Babyku, Moms House Baby Shop, Fabulous Mom dan Marissa Shoppe. Sebagai ibu marilah kita bertukar produk jagaan baby ke arah lebih organik, halal dan selamat pada baby kita. Set Joielle Baby memang terbaik!! Recommended sangat untuk anak-anak yang ada masalah kulit seperti eczema dan kulit kering.  Healthy Baby, Happy Mummy!

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

Like us on Facebook