Wedding

Majlis Perkahwinan SITI JAMUMALL & SYAFIQ Ditaja RM500 RIBU

1:47 AM

Bak patah mengatakan "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu. Bertuah sungguh seorang gadis yang kecil comel dengan kepetahan bercakap yang menarik ribuan orang menonton FB Live sahaja iaitu Siti Suriani atau lebih dikenali SITI JAMUMALL telah mendapat tajaan perkahwinan sehingga RM500 RIBU!! Siapa yang tak nak kan majlis perkahwinan sendiri dapat tajaan macam ni.


Pada Ahad kemarin, mama telah dijemput oleh pihak Siti Jamumall sendiri untuk hadir ker majlis perkahwinan gilang gemilang Siti Jamumall dan pasangannya Syafiq di Laman Kayangan Shah Alam. Untuk pengetahuan semua, Siti Jamumall ini merupakan seorang gadis yang sangat aktif mempromosikan produk review secara live di Facebook. 

Kata Siti Jamumall, beliau hanyak ingin buat majlis secara kecil-kecilan tetapi siapa sangka setelah beliau memuat naik status di Facebook untuk mengumumkan majlis perkahwinannya terus mendapat wassap dan juga call bertalu-talu dari founder produk, owner kedai dan bermacam-macam lagi untuk sponsor majlis perkahwinan Siti ini. 


Bayangkan hampir 100 company dari pelbagai produk berminat untuk sponsor majlis kahwin Siti dan paling menyentuh hati Siti, ada yang baru berjinak dalam perniagaan juga berbesar hati untuk sponsor majlisnya. Memang tak sangka dan Siti sangat sebak kerana mulanya impian untuk majlis ini biasa-biasa tapi telah menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha selama 3 tahun beliau berkecimpung dalam mempromosi produk hanya di Facebook sahaja. Oh ya beliau bukan hanya host untuk jamumall.com malah beliau sendiri menjadi promoter dan menjual pelbagai produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan juga makanan.


Antara founder yang sponsor majlis perkahwinan Siti ni bukan calang-calang company. Dari wedding dress by Dlia Jean Bridal, deco majlis dan pelamin dari Wedding by Emma dan juga beberapa celebrity ternama juga telah mendapatkan perkhidmatan Siti Jamumall antaranya Che Ta, Faizal FBI, Shuib, Sarah Raisudin, Sherry Ibrahim, Shahrul Ridzuan dan juga Lana Nordin.

Kugiran Mata Mata @matamata.official


Kambing Bakar @jokercendolz


Satay Ros Viral @satayrosviral

Otak-otak by Fadli


Aiskrim Colek @aiskrimcolek

Ais krim Potong @icelyaiskrimpotong

Catering by @rumpunselera

Selain dari itu terdapat 14 Top sponsor yang terlibat antaranya :-
  • Pelamin dan Hiasan Dewan dari Weddingbyemma 
  • Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
  • Grand Cake dari Mad About Cake
  • VIP Menu dari RUmpun Selera
  • Coffe Es-cream dari Ana Zahra Beauty
  • Jamu dari Seri Lady Empire Resources
  • Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal
  • Kain Pasang Diamond dari IrahSukri
  • Telekung dari Pretty Aini
  • Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
  • Scarf dari Scarft By Mehrun
  • Printed Box dari Art Creation Printing
  • Perfume dari Luxe Essencia Resources
  • Package Honeymoon Dari Arwarna Resort
Wedding Deco by Emme @weddingsbyemma


Grand Cake by @madaboutcake_official


Wedding Busana @mahligai_dlia_jane_bridal


Bertuah sangat seorang Siti Jamumall ni dek kerana Siti promote produk orang dengan ikhlas dan bantu produk biasa-biasa tak dikenali sehingga dikenali dan viral sahaja, beliau telah dihargai oleh founder dan juga produk yang telah beliau promote sampai sanggup sponsor untuk majlia perkahwinannya. Siti sangat-sangat bersyukur dapat sponsor dari nikah, pre wedding, majlis berinai, majlis kahwin sampailah ke honeymoon pakej semuanya ditaja. 

Antara produk ditaja untuk goodies bag pun meriah sangat. 


Woww memang meriah habis la dari semua tajaan yang terlibat. Dengan hanya mempromosikan produk orang di Facebook sahaja beliau telah dapat tajaan sebanyak ini untuk majlis perkahwinan gilang gemilang beliau. Tahniah buat Siti Jamumall dan Syafiq. Selamat Pengantin Baru.

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. wahhh... mmg betul2 bertuah siti nih...
    meriah betul majlisnya paling best bila dpt tajaan...

    tahniah bt pantin moga kekal bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  2. Wah untung sungguh dia....suasana pun meriah sangat nampak.....Semoga mahligai yang dibina kekal dan diberkati....

    ReplyDelete
  3. Bertuah badan. Tak sia-sia usaha dia promote barang kt fb selama ni. Semoga kekal bahgia hingga ke Jannah.

    ReplyDelete

Like us on Facebook