Review

Segi Fresh Market | Tempat Wajib Beli Barang Basah Dengan Harga Murah Dan Berbaloi

2:41 PM

Sebagai seorang ibu mesti akan fikir perkara penting seperti beli barangan basah setiap bulan. Kalau boleh nak cari harga murah, segar dan berkualiti. Yer lah kalau beli barang dapur di kedai biasa mesti mama agak sedikit tekanan dengan harga yang mahal dan tak segar. Jadi mama setiap 2 minggu sekali mama pasti akan beli dan borong barangan basah di Segi Fresh Market.


Untuk pengetahuan semua, Segi Fresh Market ini mempunyai 32 cawangan di Semenanjung Malaysia. Segi Fresh ni bukan sahaja menjual barangan basah malah turut menjual barangan runcit kering yang lain seperti makanan dalam tin, sos, kicap, kopi, milo, susu dan juga makanan sejuk beku (frozen) di sini. Dengan menyediakan bekalan makanan segar dan berkualiti kepada pelanggan Segi Fresh memastikan harga yang ditawarkan dijamin berpatutan. Sesuai dengan slogan Segi Fresh itu sendiri iaitu "Pilih Segar, Pilih Segi".

Seawal pagi kemarin mama dah terpacak di Segi Fresh Balakong sebab lepas tu mama terus gerak ke Kepong sebab ada hal sikit. Bab beli barang dapur basah ni memang mama akan beli stok 2 minggu sekali sebab mama nak barang basah yang segar untuk dimasak setiap hari. Yang paling mama suka kalau beli barang basah di Segi Fresh ni adalah harga yang cukup murah dari kedai biasa. Cukup la dah banyak kali mama tertipu dengan kedai biasa. So memang lepas kejadian tu terus mama pergi Segi Fresh jer sebab harga serious murah. 


Yang paling mama suka dengan Segi Fresh Market ni adalah kesegaran produk dari buah-buahan, sayur-sayuran, bawang, telur, ikan, ayam, daging, seafood semuanya segar ok. Bagi peniaga kecil atau yang nak buat katering mama sarankan datanglah borong segala keperluan basah di sini mama jamin gerenti korang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Segar tak payah cakap memang segar mama sendiri dah tengok sendiri betapa segarnya sayur dan buah-buahan di sini. 





Mama kalau memilih ikan, daging, ayam, udang memang mama agak cerewet. Kemarin masuk jer Segi Fresh Market ni terus mama tuju dekat daging sebab mama paling gemar makan daging. Walau bukan daging segar baru sembelih tapi mama tetap memilih daging batang pinang macam ni. Nak tahu daging tu elok kena tengok darahnya. Kalau masih berdarah tu kira segar lagi tau walau dah disimpan dalam peti ais. Manakal ikan-ikan pula lagilah boleh rambang mata sebab pelbagai jenis ikan yang terjual di sini. Ikan tenggiri, ikan merah, ikan mabong, ikan talapia, ikan kerisi, ikan kembong, ikan pari, ikan salmon, ikan siakap ehh macam-macam lagilah ikan yang susah nak jumpa turut terjual di Segi Fresh ni. 





Bagi makanan laut seperti udang, sotong, kerang tu pun ada jual. Nampak jer udang dekat sini segar dan besar apa lagi terus mama beli buat stok sikit untuk masak nanti. Memula risau jugak takut mahal so ambil dalam 20 ekor jer sekali wahh murah. Lepas ni kalau nak beli udang jer terus datang Segi Fresh memang puas hati la harga murah. Bukan mama jer pilih udang sekali dengan hero-hero tepi mama pun beli jugak. Seronok kan kalau udang segar macam ni mesti sedap jer makan nanti. 



Oh ya di Segi Fresh Market ni korang jangan la bajet tempat shopping yang mahal yer. Dah nama pun Segi Fresh Market sudah tentulah tempat ni market yang kita biasa pergi tapiiiiii bestnya market sini berbumbung. Fuhhh selesa la nak beli barang dapur yer tak. Tak perlu risau hujan dan panas. Bagi yang ingin perkhidmatan siang ikan pun turut disediakan di sini. Boleh jer minta dengan pekerja dia untuk siang atau potong ikan ayam korang beli tu nanti yer. Ehh ada lagi lepas ni jangan pulak korang bawa raga yer sebab Segi Fresh ni menyediakan troli untuk memudahkan pelanggan beli barang dan letak dalam troli tersebut. 



Tengoklah dengan hanya RM150 sahaja mama dapat membeli barangan dapur basah seperti ikan, daging, udang, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, bawang dan macam-macam lagi yang mama beli untuk stok 2 minggu. Sekarang ni semua barang mahal kan jadi kita sebagai pelanggan wajiblah memilih yang murah dan berkualiti. Manakala bagi peniaga runcit atau restoran boleh juga buat pembelian borong secara online di Segifresh2u di laman web www.segifresh2u.com . 



Muka seorang ibu yang gembira sebab selesai shopping barangan dapur basah dengan mudah, murah dan segar hanya di Segi Fresh. Anak-anak pun kemahin seronok datang Segi Fresh bukan sahaja dapat mengenal pelbagai jenis ikan, sayur dan buah malah mereka dapat menimba ilmu dan melihat harga yang ditawarkan. Apa lagi lepas ni mudah la mama nak beli barangan dapur terus jer datang ke Segi Fresh berbaloi-baloi. 

Untuk maklumat lanjut dan promosi boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook