10X Grow Your Business Oleh Dr Azizan Osman Di Menara PGRM

1:09 AM

Siapa tak kenal dengan Dr Azizan Osman yang memang sangat terkenal dengan seminar usahawan yang membantu ramai usahawan telah berjaya apabila menyertai seminar beliau. Jangan tak tahu ramai yang hadir ke setiap seminar beliau, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi lebih luar biasa dengan hanya berniaga sahaja. Selalu mama hanya tengok beliau di Youtube dan Facebook sahaja tapi kali ini mama berpeluang menghadiri seminar depan mata mama sendiri. 


Pada Sabtu baru-baru ini, mama cukup bertuah kerana terpilih untuk menghadiri seminar Dr Azizan Osman di Menara PGRM iaitu 10X Grow Your Business. Seawal pagi mama dah sampai ke sana dan seramai 2,000 peserta yang mengikuti seminar ini. Pertama kali melihat ribuan orang sanggup datang ke sini semata-mata ingin mendengar intipati dan kata-kata semangat dari Dr Azizan Osman sendiri. Masuk sahaja ke dalam dewan mama dah rasa satu aura positif yang kuat dengan kesemua peserta yang bersemangat pada pagi tersebut. 


Apa yang menarik, ramai usahawan yang sudah berjaya turut hadir demi menimba ilmu pernigaan yang betul untuk mengembangkan bisnes mereka usahakan sehingga berkembang. Jangan tak tahu ada yang pernah hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang tetapi apabila menimba ilmu dengan Dr Azizan, mereka telah berjaya dan mengubah hidup mereka dari kepompong masalah mereka. Mama cukup kagum bagaimana aura Dr Azizan itu sendiri telah mengubah usahawan ini jadi berjaya hingga sekarang.


Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkata pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan. 


Tengok la suasana dalam dewan di PGRM tempoh hari mama sendiri kagum dengan semangat semua peserta untuk mengubah hidup mereka ke lebih berjaya. Patut la ramai yang cakap lepas jer keluar dari dewan seminar Dr Azizan ni pasti orang itu akan berjaya dengan izin Allah. Power betul ucapan seminar dari Dr Azizan ni kan. Peserta yang hadir betul-betul focus dengan apa kata dari Dr Azizan sendiri. Dengar tepukan yang gemuruh serta suara yang kuat lagi bertambah meremang bulu roma mama tau!




Sekali lagi Richworks International Sdn Bhd telah melancarkan program terbaru iaitu NAK UBAH HIDUP 2019 - KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES yang bakal berlangsung pada 30 Ogos sehingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Dengan program ini, Dr Azizan Osman berpeluang membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes. 



Program Nak Ubah Hidup yang akan dilaksanakan pada Ogos sempena Merdeka 2019 nanti akan dihadiri lebih 10,000 peserta demi melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini bukan sahaja pencetus titik perubahan dalam kehidupan malah memberi kesedaran bagaimana program ini bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga sahaja. Paling mama kagum seorang usahawan pada seminar tersebut menceritakan keuntungan sebelum menyertai seminar Dr Azizan ini hanya dalam RM100,000 sahaja tetapi selepas join seminar dan keuntungan bisnes beliau telah mencecah RM3.4 juta dalam setahun. 


Dr Azizan Osman berkata hanya melalui platform sebegini sahaja akan beliau dapat membantu lebih ramai orang terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjak keupayaan diri. Dengan isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih impak dari Program IMKK kerana program terbaru ini dapat membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman bagi mengubah dan memperbaiki diri, hidup ddan tahap kewangan menjadi lebih luar biasa. 


Nampak tak semangat Dr Azizan Osman yang ingin menolong orang Melayu dalam bisnes agar usahawan ini lebih berjaya dari luar biasa. Bagi usahawan di luar sana yang ingin memperbaiki diri dari segi hidup dan kewangan cubalah sertai program yang bakal berlangsung pada 30 Ogos 2019 nanti. Untuk pendaftaran program ini masih dibuka dan maklumat lanjut boleh layari website di bawah. InsyAllah pasti dapat Nak Ubah Hidup dan berjaya dari Zero Ke Jutaan kelak. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Twitter : Azizan Official
Youtube : Azizan Osman

Email : inquiries@richworks.com.my
Hotline : 1-300-88-2424

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. selamat berpuasa...
    bertuahnya dapat join majlis ilmu mcnie...

    ReplyDelete

Like us on Facebook