Event

AMINO MASON Lancarkan Produk Penjagaan Rambut Semulajadi Eksklusif Bersama Guardian Malaysia

12:30 AM

Sebagai seorang wanita, perkara yang paling rungsing difikirkan adalah rambut. Rambut merupakan mahkota wanita walaupun mama bertudung. Kekadang tu terfikir juga untuk mencari produk penjagaan rambut yang sesuai tanpa perlu pergi ke salon profesional setiap bulan. Sekarang ni nak cari produk penjagaan rambut yang sesuai dan dibuat dari bahan semulajadi memang susah kan.


Baru-baru ni mama berkesempatan menghadiri satu majlis pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut iaitu Amino Mason Malaysia bersama Guardian Malaysia. Majlis pelancaran Amino Mason ini diadakan di Eight Days Salon di Ikano Power Centre untuk memperkenalkan jenama Amino Mason kepada media, blogger dan orang ramai. 


Produk Amino Mason berasal dari Jepun yang diiktiraf sebagai produk penjagaan rambut paling laris di Jepun, UK dan Amerika Syarikat. Walaubagaimana pun produk penjagaan rambut yang lain banyak di pasaran tetapi Amino Mason ini adalah salah satu jenama penjagaan rambut semulajadi pertama yang diperbuat 100% daripada bahan organik seperti ekstrak buah-buahan dan herba serta yang dipekayakan dengan 18 Asid Super Amino untuk memberikan kepentingan bagi membersih, melembap, melindungi dan membersihkan kulit kepala dan menjaga kesihatan rambut.


Terdapat 2 pilihan untuk rangkaian Amino Mason ini khusus kepada untuk rambut kering dan rambut berminyak. Antara produk Amino Mason ini terdiri daripada :-
  1. Amino Mason Whip Cream Shampoo
  2. Amino Mason Milk Cream Treatment
  3. Amino Mason Fruit Cream Treatment
  4. Amino Mason Butter Milk Mask Pack
  5. Amino Mason Oil Cream Mask Pack
  6. Amino Mason Moist Hair Oil
  7. Amino Mason Moist Night Cream
  8. Amino Mason Amino Acid Hair Water


Menurut Pengarah Pemasaran Amino Mason Malaysia, Joyce Lee, rangkaian penjagaan rambut baharu ini sangat sesuai untuk rakyat Malaysia kerana cuaca panas dan lembap di sini boleh membuatkan rambut cepat jadi kotor dan berminyak. Jadi rambut perlu dicuci selalu dan menggunakan produk penjagaan yang betul dan berkesan. Produk Amino Mason dapat mengimbangi PH kerana diperbuat dengan bahan semula jadi seperti susu dan protein mutiara, sutera, madu manuka, minyak semulajadi daripada kekacang malah bukan sahaja lembut dan melembapkan kulit kepala tetapi produk ini tidak mengandungi paraben, silikon, sulfat atau sebarang pewarna sintetik dan surfaktan berasaskan petroleum.


Rangkaian produk Amino Mason ini diperbuat daripada bahan asli iaitu "amino keratin' dimana mengandungi asid amino, keratin dan platinum dalamnya. Whip cream ini bertindak untuk menembusi hingga ke lapisan kulit kepala dan merasakan cucian rambut lebih bersih. Manakala asid amino dan keratin dapat merembes jauh ke dalam rambut serta dapat memperbaiki rambut yang rosak. Selain itu, rambut sentiasa lembap dari kulit kepala ke hujung rambut dan menjadikan rambut cantik dan bersinar. 


Dengan 8 produk yang diperkenalkan pada majlis pelancaran tersebut dengan dua rangkaian berbeza bagi kulit rambut orang Malaysia seperti :-
  • The Moist Hair Care Series | dengan jambangan Mawar Putih dalam syampoo, serum rawatan, pelembap, minyak rambut dan krim malam diperbuat daripada susu, esen madu Manuka, minyak mangga, minyak badam, minyak argan dan adunan avokado serta cherimoya. Rangkaian ini sesuai untuk rambut kering hingga normal.
  • The Smooth Hair Care Series | dengan jambangan Mawar Peony dalam syampoo, serum rawatan, pelembap dan susu dari esen madu Mawar, Aprikot, Buah Delima, Rosemary dan Lavendar serta adunan buah-buahan botani seperti lemon dan raspberi. Rangkaian ini sangat sesuai untuk rambut normal hingga berminyak.

Pada petang pelancaran tersebut, kami diberi demo mencuci rambut dengan menggunakan produk Amino Mason ini. Ternyata bau shampoo yang sangat wangi dari bunga mawar. Rasa betul segar selepas mencuci. Terus rasa tak sabar nak mencuba produk penjagaan rambut dari Amino Mason ini. Yang paling menarik shampoo Amino Mason di dalam bentuk jar sebegini. Nampak unik dan menarik serta sangat eksklusif.


Joyce juga mengesyorkan pengambilan makanan mengandungi vitamin, antioksidan, zink, kalsium, zat besi, iodin, asid amino dan asid lemak tak tepu. Semua nutrien ini sangat penting untuk memastikan kesihatan kulit kepala dan menjadikan rambut sihat dan cantik berseri.

Antara 10 makanan utama bagi penjagaan kesihatan rambut adalah :-
  • Salmon / Makarel - Mengandungi Asid lemak Omega 3, protein, Vitamin B12, Zat Besi
  • Sayuran Berdaun Hijau Gelap ( Bayam, Brokoli) - Vitamin A, Vitamin C, Zat Besi, Kalsium
  • Kacang - Protein, Zat Besi, Zink, Biotin
  • Kekacang - Kekacang Brazil (selenium), Walnut (zink, asid alfa-linolenik), pekan, gajus, badam (zink)
  • Ayam / Itik - Protein, Zat Besi
  • Telur - Protein, Biotin, Vitamin B12
  • Bijian Penuh - Zink, Zat Besi, Vitamin B
  • Tiram

Harga sebotol shampoo atau conditioner Amino Mason ini berharga RM69.00 sahaja. Bagi yang ingin dapatkan rangkaian produk penjagaan rambut Amino Mason kini boleh didapati secara eksklusif di semua gedung Guardian di Malaysia Barat dan Malaysia Timur. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Amino Mason boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook