Joielle Baby Virgin Coconut Oil | Produk Bayi Yang Membantu Mengurangkan Eczema Bayi

11:32 PM

Setiap anak mesti ada masalah yang berbeza-beza. Macam Qeisya dia ada satu bahagian iaitu di betis yang akan kena Eczema. Nasib satu tempat jer kalau dekat pipi memang risau kan. 

Sebenarnya Eczema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal pada permukaan kulit semenjak mereka lahir lagi. Eczema ni sejenis penyakit kulit yang tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.


Salah satu rawatan Eczema adalah dari pengambilan makanan dan juga menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai. Produk yang mama maksudkan adalah set Joielle Baby Virgin Coconut Oil.

Untuk set Joielle Baby Virgin Coconut Oil ini adalah diperkaya dengan khasiat Aloe Vera dan Vitamin E serta kebaikan dari minyak Kelapa Dara yang membantu melindungi dan mengekalkan kelembapan kulit bayi sepanjang hari.


Selain itu, set ini membantu untuk mengurangkan Eczema yang jenis kering merekah dan mengelupas kulit kering serta mengurangkan kegatalan. Bukan itu sahaja malah membantu mengubati dan mengurangkan ruam lampin.

Yang paling mama suka set Joielle VCO ini mempunyai ke haruman bau dari minyak Kelapa yang wangi. Dan jangan risau set Joielle VCO ini adalah berasaskan dari bahan-bahan semula jadi dan telah diuji secara klinikal. So memang selamat digunakan untuk bayi yang baru lahir.

Bagi set Joielle Baby Virgin Coconut Oil terdapat 3 jenis iaitu :-
  • Joielle Baby Bath
  • Joielle Baby Lotion
  • Joielle Baby Cream

Joielle VCO Baby Bath ni sangat melembapkan kulit baby dan yang paling mama suka adalah wangi sepanjang hari. Penggunaan sangat mudah hanya basahkan badan baby, kemudian titiskan Joielle VCO Baby Bath atas tapak tangan dan gosok pada permukaan badan bayi. Sapu dan urut perlahan di seluruh badan baby dan bilas dengan air bersih. 


Selepas mandi jangan lupa sapukan Joielle VCO Baby Lotion pada bahagian yang bermasalah. Lotion ini sangat sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif dan sesuai untuk kegunaan harian. Caranya hanya lap badan sehingga kering dan picitkan lotion mengikut keperluan bayi. Sapu dan urutkan perlahan sehingga Lotion meresap ke dalam kulit. 


Bagi bayi yang mempunyai bahagian Eczema yang kelihatan agak kering dan kulit mengelupas disarankan sapu dengan Joielle VCO Baby Cream yang mengandungi extra VCO. Dengan sapuan yang kerap dapat mengurangkan kulit kering. Boleh juga disapu pada bila-bila masa. 


So far Eczema pada betis Qeisya dah semakin berkurang. Kalau masa tu panas memang mama terus sapu jer dengan Joielle VCO Baby Cream barulah nampak dia kurang garu sikit. Memang selamat ada set Joielle VCO Baby ni.

Harga set travel ini RM75.00 tapi boleh dapatkan sekarang harga promo hanya RM59.00 sahaja. Bagi yang ingin membeli set besar dari harga RM36 hingga RM39. Bagi yang nak dapatkan diskaun 10% bagi setiap pembelian produk Joielle Baby ini boleh masukkan kod coupon "jueliza06" semasa pembelian di website Joielle Baby.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Hope mak mak yg ada anak ekzema, boleh cuba produk ni kan, manatau it helps.

    ReplyDelete

Like us on Facebook