Kidzania

Biarkan Anak Aktif Untuk Mereka Lebih Cergas

10:23 AM

Kekadang kita sebagai ibu bapa risau tentang aktiviti anak-anak kita yang tengah membesar ni. Lagi-lagi masa zaman kanak-kanak mereka. Masa inilah mereka akan aktif dan explore dalam sesuatu benda. Jadi mama tidak akan menghalang aktiviti mereka untuk bersukan, melompat, bermain apa yang mereka lakukan setiap hari. Disebabkan aktiviti beriadah ini mereka lebih aktif dan menjadi mereka lebih cergas setiap hari.


Mama tak nafikan masa zaman sekolah mama kurang aktif dalam sukan. Mungkin mama tidak minat untuk melakukan pada zaman tersebut. Tapi semenjak ada anak-anak yang tengah membesar ni mama cuba untuk meluangkan masa bersukan dengan mereka pada hujung minggu. Contohnya berbasikal bersama anak-anak ke taman permainan. Dengan berbasikal juga melatih mereka untuk mengimbangkan badan dengan mengayuh basikal dalam masa yang sama. Jadi mereka lebih teliti untuk melakukan aktiviti berbasikal ini. Walau penat dan berpeluh mereka begitu semangat untuk mengayuh basikal ke destinasi yang ditujui.


Selain itu, anak-anak minat sangat dengan sukan bola sepak. Dah namanya bermain bola sepak perlulah bekerjasama dengan kawan sepermainan. Dari sini bermain bola sepak dan bekerjasama untuk menang menjadi impian setiap pasukan. Mereka lebih bermain bersungguh-sungguh untuk menyepak bola ke gol lawan dengan jayanya. Aktiviti bola sepak ini cukup menarik kerana mereka perlu sokongan satu sama lain dalam pasukan untuk berjaya.


Antara aktiviti yang membuatkan anak-anak mama aktif adalah berenang di kolam. Mereka memang suka bermandi di kolam dan menjadikan anak-anak lebih aktif dan bergerak ke sana ke mari. Di samping itu, mama turut mengajar mereka cara berenang dengan betul bagi memudahkan mereka menyerlahkan bakat melalui berenang ataupun dengan berenang ini juga dapat menyelamat seseorang ketika lemas. 


Jika ada kelapangan masa mama dengan anak-anak gemar berjogging ke taman pada pagi hujung minggu. Jika tiada kemana-mana mama akan kejutkan mereka pergi berjogging di Adventure Park. Tempat jogging yang kehijauan dan rasa tenang damai sahaja di situ. Tempat jogging ini bukan sahaja anak-anak mama semangat nak memanjat, berlari, berjalan malah mereka dapat melihat serta mengenal pokok-pokok yang mereka tidak pernah lihat sebelum ini. 


Anak-anak mama suka melompat sehinggakan atas katil pun boleh lompat. Dek kerana itu mama beli trampoline untuk anak-anak melompat. Oh ya trampoline ini sangat bagus untuk kanak-kanak dari seusia 2 tahun lagi kerana kanak-kanak mempunyai endurance lebih panjang kepada aktiviti statik. Dengan aktiviti melompat ini juga dapat memberi anak-anak lebih focus dan koordinasi visual kanak-kanak. Ini sangat penting bagi membantu anak-anak mempunyai fungsi tubub dimana mereka lebih bersedia berkaitan dengan visual motor-perseptual seperti membaca dan menulis.


Bercakap mengenai aktiviti untuk anak-anak aktif ini, mama selalu bawakan anak-anak pergi ke KidZania Kuala Lumpur. Di KidZania terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan sihat untuk mereka lakukan sehari suntuk di sana. Contohnya seperti aktiviti climbing untuk mereka memanjat bangunan agar mereka dapat mengurangkan rasa takut dan gayat dalam diri mereka. 


Untuk mengetahui aktiviti-aktiviti dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur, boleh layari www.kidzania.com.my atau layari Facebook Page KidZania Kuala Lumpur atau hubungi talian Khidmat Pelanggan KidZania di 1300-88-KIDZ (5439) dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dari Isnin hingga Ahad.

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Sama la kak..nieyl pun zman sekolah x aktif sukan pun..
    tapi aktif dgn persatuan n projek² kemahiran hidup...:)

    ReplyDelete

Like us on Facebook