Event Review
The Adventurers Web | Tiga Tarikan Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di AEON MALL Nilai
7:40 PM
The Adventurers Web | Tiga Tarikan Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di AEON MALL Nilai - Semenjak AEON MALL Nilai dibuka pada awal tahun ini banyak tarikan terbaru dari tempat beli belah dan tempat makan di sini. Bertuah orang Nilai ada tempat best untuk shopping dan lepak dengan keluarga dikala hujung minggu. Satu lagi tempat tarikan yang bakal mengegarkan AEON MALL Nilai iaitu The Adventurers Web yang bakal dibuka kepada orang ramai pada 23 Mac 2019, Sabtu ini.
Tadi mama dan beberapa blogger telah dijemput untuk satu Majlis Preview Exclusive pembukaan The Adventurers Web yang akan dibuka pada Sabtu ini. Untuk pengetahuan semua, The Adventurers Web merupakan satu tempat edutainment yang pertama digabungkan dengan 3 tarikan menarik dengan merangkumi sains futuristik dan teknologi, kembali ke dunia prasejarah dan pengalaman menyeramkan dalam rumah hantu. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir, menggalakkan pembelajaran dan memupuk keseronokkan bersama keluarga tersayang.
The Adventurers Web terletak di Level 2 AEON Mall Nilai berdekatan dengan Restoran Pizza Hut. Konsep The Adventurers Web ini direka untuk memperkenalkan dan menggabungkan beberapa tema yang unik dan interaktif yang menarik untuk diterokai kanak-kanak, remaja dan dewasa. Antara tiga tarikan utama di sini adalah Mini Science & Technology Discovery Centre, Dinosaur Rangers dan Monster House. Tarikan disini akan berubah-ubah dari semasa ke semasa.
Bagi kanak-kanak dan pelajar yang suka Sains dan Teknologi mama sarankan dia orang datang menerokai di Mini Discovery Centre yang banyak anak-anak dapat belajar serta menimba ilmu pengetahuan di sini. Direka khas untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak tentang kewujudan teknologi melalui aktiviti seperti bungee, robot programming dan banyak lagi aktiviti yang kanak-kanak untuk diterokai.
Salah satu tarikan graviti bumi adalah dari bungee jumping ni.
Explore microscope untuk melihat benda yang paling kecil
Aktiviti sand ni sangat menarik. Korang patut cuba!!
Tempat yang lagi menarik untuk kanak-kanak dan juga ibu bapa kunjungi adalah di Dinosaur Rangers dimana kita akan dibawa kembali ke zaman prasejarah dengan pameran lebih 10 dinosaur seperti betul-betul hidup, bermain go-cart, menerokai Maze Raptor, mencabar pengetahuan tentang dinosaur dan melihat persembahan Dinosaur di Education Hub.
Memang kita akan teruja dengan munculnya dinosaur yang agak besar dengan persembahan yang sangat mengujakan kita sebagai penonton. Mama pasti anak-anak paling tak sabar untuk melihat lebih dekat kesemua dinosaur di situ.
Aktiviti climbing wall yang sangat menarik
Pameran T-Rex yang sangat besar seolah-olah seperti hidup
Fossil Extraction
Untuk persembahan dinosaur di Education Hub yang paling meriah sekali. Kita boleh melihat baby dinosaur, telur dinosaur yang besar dan persembahan Velociraptor yang sangat menakutkan. Masa persembahan penonton boleh bergambar dengan dinosaur setelah persembahan tamat. Ia pasti mengamit memori yang menyeronokkan buat anak-anak tersayang.
Tarikan yang terakhir adalah di Monster House dimana mereka yang inginkan pengalaman yang menyeramkan, menakutkan serta menguji tahap keberanian seseorang. Di Monster House ini dibahagikan dua kategori iaitu "family base" - hantu kecil yang comel dan lucu yang tidak menyeramkan dan "extreme base" - pengalaman sangat menyeramkan, suasana gelap untuk menguji tahap keberanian yang ingin merasai dalam rumah hantu ini.
Patung yang agak menyeramkan
Part ni mama masuk sekejap terus mama lari.. Takutttt
Nampak mama macam berani tapi sebenarnya lutut dah longar.. buat-buat berani jer hahh..
Harga tiket
The Adventurers Web akan dibuka pada Sabtu ini 23 Mac 2019. Khas bagi pengguna AEON Mall akan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan menikmati diskaun khas sempena hari pembukaan. Bagi pemegang kad AEON juga akan menikmati diskaun sehingga 30% di The Adventurers Web. Sempena pembukaan esok, kepada 200 pengunjung akan dapat tiket masuk secara PERCUMA dan harga tiket combo pada hari Sabtu hanya RM25.00 sahaja. Manakala pada hari Ahad tiket akan jadi harga seperti biasa. So jangan lupa bawa anak-anak datang ke The Adventurers Web di AEON MALL Nilai dan rasai pengalaman menarik dengan tiga tarikan di sini serta luangkan masa membeli belah bersama keluarga tersayang di AEON MALL Nilai.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
THE ADVENTURERS WEB
2nd Floor, AEON MALL Nilai
No 2 Persiaran Pusat Bandar
Putra Point, Putra Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan
Kari Kepala Ikan, menu kegemaran rakyat Malaysia tidak kira berbilang bangsa dan agama. Tambah pula menu kari ikan ini sangat sinonim dengan orang utara. Tapi sekarang semua negeri dah sukakan kari kepala ikan. Of coz la kalau dengar harga juadah kari kepala ikan boleh cecah ratusan ringgit. Dah namanya sedap apalah sangat kan dengan harga tu, mesti orang tetap akan makan sampai menjilat jari. Hahh lagi satu kalau dah makan kari lepas tu tak lalok + mengantuk tak sah yer!! Itu terbukti kari kepala ikan tu sedap yakmat sampai teringat-ingat!!!
Pada Sabtu lepas, mama berpeluang merasai sendiri kelazatan kari kepala ikan di D'Warees Resepi yang terletak di Batu 3 Shah Alam. Jauh benar mama pergi ke sana tapi orang kata sedap lagilah tak kesah jauh mana ceruk pun mama sanggup datang tau. Gigih tak dari Beranang ke Shah Alam semata-mata kari kepala ikan ni. Sebenarnya mudah jer jumpa kedai ni betul-betul tepi jalan berdekatan dengan Kilang Gula CSR dan sebelahnya pula adalah stesyen minyak Petron. Tak jumpa juga korang tanya orang confirm tau sebab kedai ni famous ok!!
Kalau tanya orang sekitar Shah Alam, kedai makan D'Warees Resepi ini sangat menjadi pilihan setiap hari ketika waktu makan tengahari. Memang full house la siap ada yang sanggup tunggu meja semata-mata nak makan dekat sini. Bagi yang nak bungkus nasi dengan kari kepala ikan pun ramai jugak. Untuk pengetahuan semua kari kepala ikan dijual setiap hari dan pengusaha D'Warees Resepi sendiri pergi ke pasar borong untuk dapatkan bekalan ikan segar.
Antara ikan yang menjadi pilihan ramai adalah Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Kerapu, Ikan Tenggiri dan Ikan Mayong. Harga setiap hidangan Kari Kepala Ikan ini bermula dari RM25 - RM100 mengikut jeni dan size ikan. Bayangkan harga ikan pernah mencecah sehingga RM200 mengikut size permintaan daripada pelanggan. Rekod kepala ikan terbesar di D'Warees Resepi sediakan adalah bersize 7KG.
Menu paling istimewa dan laku keras di sini.
Selain Kari Kepala Ikan, menu lain yang menjadi kegemaran pelanggan adalah Ayam Goreng Berempah, Kari Kambing, Kurma Daging, Masak Lemak Nangka, Asam Pedas, Pajeri Nenas dan ulam-ulaman serta sambal belacan. Bagi mama kalau ada kari kepala ikan dan ulam-ulaman serta sambal belacan dah cukup terangkat untuk menjamu selera! Tobat tak tengok kiri kanan dah aihhh.
Ayam Goreng Berempah
Kari Kambing
Kurma Daging
Ulam-ulaman dan sambal belacan
Dah nama Kari Kepala Ikan so inilah menu utama yang menjadi kegemaran ramai sehinggakan ada yang sanggup datang dari Utara dan Selatan tanahair semata-mata mahu merasai keenakan Kari Kepala Ikan dari D'Warees Resepi. Jangan tak tahu D'Warees mampu menjual sehingga 50-70 ketul kepala ikan sehari dan satu lagi keunikan di gerai ini apabila pelanggan saling berlawan untuk dapatkan kepala ikan yang terbesar. Dah jom kita tengok gambar Kari Kepala Ikan yang sempat mama makan hari tu. Fuhh sambil taip ni pun rasa telan air liur. hahaha teringat beb!!
Kari Kepala Ikan Merah
Kari Kepala Ikan Jenahak
Pemilik kedai D'Warees Resepi iaitu Encik Ahmad Tarmizi dan juga isterinya Puan Akmalzulaila telah memulakan perniagaan ini pada pertengahan tahun 2017 dengan hanya menjual ikan bakar, ABC, cendol dan kuih-kuih melayu. Kemudian rezeki jatuh ke riba dan mereka tidak melepaskan peluang dan membuka kedai D'Warees Resepi pada April 2018. Dengan azam dan kesabaran, D'Warees Resepi telah menjadi kegilaan ramai dengan Kari Kepala Ikan yang berkualiti dan rasa yang sangat sedap. Patut la kawan mama kata kedai ni sangat tip top sebab kari kepala ikan dia memang mabeles.
Pemilik D'Warees Resepi, Encik Ahmad Tarmizi & isterinya Puan Akmalzulaila
Bagi yang ingin mencuba Kari Kepala Ikan yang sedap boleh lah datang ke D'Warees Resepi yang dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu. Manakala kedai tutup pada hari Ahad yer. Walau kedai ni baru sahaja dibuka tapi kedai ni telah mendapat perhatian ramai hanya dari mulut ke mulut sahaja. Bayangkan selebriti tempatan pun datang makan ke sini untuk merasai kesedapan Kari Kepala Ikan.
Jangan tak tahu mama sendiri makan siap pakej meratah isi ikan yang sangat manis dan sedap. Tambahan kuah kari yang lain dari yang lain dengan pekat tapi sedap! Confirm lepas korang makan mesti rasa mengantuk lalok jer. Heheheh kiranya kari ikan dia perghhh sedap!!! Sebelum terlupa kalau korang nak dapat kepala ikan sedap pastikan korang datang awal tau. Kalau lambat alamatnya dapat kuah jer lah. Heheheh
Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi :-
D'WAREES RESEPI
Batu 3, Shah Alam
40000 Shah Alam
Selangor
- Waze & Google Maps : D'Warees Resepi -
Telefon : 017-324 2140 | 017-366 3987
Facebook : www.facebook.com/dwareeshomepage
Waktu perniagaan :
Isnin hingga Sabtu [6.30 pagi hingga 4.30 petang]
Tutup setiap Ahad
Love,
Cuti sekolah lagi seminggu so masa ni lah anak-anak berpeluang untuk gathering bersama keluarga. Bagi mama peluang sebeginilah dapat mengeratkan lagi antara kita sebagai ibu bapa dengan anak-anak tersayang. Korang ada planning apa untuk cuti sekolah nanti? Bercuti? Balik kampung? Jalan-jalan atau duduk rumah sahaja? Apa kata mana yang berdekatan dengan The Mines Shopping Mall boleh lah datang bawa anak-anak ke School Holiday Carnival di sini.
Untuk pengetahuan semua, School Holiday Carnival di Level 3 The Mines Shopping Mall tau. Kang korang pergi cari dekat luar confirm korang tak akan jumpa. Of coz la carnival indoor lebih selamat sebab sekarang cuaca dekat luar sangat panas. School Holiday Carnival bermula pada 15 Mac hingga 31 Mac 2019 dan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Antara aktiviti menarik seperti ride carousel atau kuda pusing dan juga permainan games yang boleh dicuba dan jika bernasib baik bolehlah berpeluang memenangi hadiah menarik. Selain itu, aktiviti paling yang ditunggu-tunggu adalah kemuculan karekator Upin dan Upin pada 23 Mac dan korang boleh meet & greet dengan kartun kesayangan ramai ni. Manakala aktiviti lain seperti Canal Lighting Show, Earth Hour Celebration, E-Waste Recycle Campaign dan banyak lagi. Bagi bulan March ini korang boleh dapatkan penebusan hadiah menarik seperti voucher, tiket wayang, funfair ride dan banyak lagi.
Mama dan sekeluarga tidak lepaskan peluang datang ke School Holiday Carnival di sini. Seawal 10.00 pagi kami sampai ke sini. Anak-anak apa lagi memang teruja benar nak bermain kuda pusing ni. Bukan anak-anak jer naik kuda pusing ni tau, mama pun naik juga sebenarnya. Hahah teringin uolls. Walau hanya 4 minit tapi boleh buatkan mama berpusing-pusing dekat carousel ni. Oh ya bagi yang nak naik boleh dapatkan token RM5 seorang untuk naik corousel atau korang belanja RM30 dalam single resit dan tebus free pass untuk naik kuda pusing ni yer.
Ni nampaknya mama yang teruja lebih. Hahaha.
Dek sebab mama tak reti main bola keranjang so mama posing jer lah. Hehhee
Anak-anak memang nak main semua games ni tapi papa dia orang yang lebih-lebih. Nampak macam senang tau tapi kalau masa main tu bertuah bolehlah dapat soft toy yang tergantung tu hahh.. Untuk bermain macam gambar di atas ni korang kena beli 4 token bersamaan 4 biji bola. Jadi kena masukkan bola ke dalam baldi merah dan biru tersebut. Ternyata papa dia orang bertuah pagi tu sebab dapat masukkan 4 biji bola dengan mudahnya. Yeaaa dan hadiahnya dapat lah soft toy jumbo untuk dibawa pulang.
Happy la anak-anak dapat soft toy cow ni. Comel pulak. Hehhee
Ini mama gaya jer lebih yang mainnya en papa jugak lah.
Kemain shoot dia hahh.. ini pun takder luck. hahaha
Untuk games ni hanya 2 token saja. tukul ni kalau time stress best sebab kita kena pukul kuat-kuat. Kira macam lepas tekanan lah. Hahahaha.
kalau korang tengok School Holiday Carnival ni macam funfair la. Lepas korang penat bermain boleh la shopping, tengok wayang dan makan-makan dalam The Mines ni. Oh ya di sini juga terdapat ride train bergerak sekitar Level 3 berdekatan dengan TGV Cinema yer. So, jangan lupa bawa anak-anak datang ke School Holiday Carnival di The Mines Shopping Mall yer dan luangkan masa bersama mereka dengan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan.
Love,
Bukan mudah untuk kita menawan Gunung Tertinggi di dunia. Namun demi menyahut cabaran ini Exco dan juga warga emas bakal tawan Gunung Everest pada hujung tahun ini. Mama kagum dengan semangat mereka dengan usia sebegitu masih kuat dan semangat untuk mencabar diri dengan mendaki gunung tersebut. Mama berkesempatan menghadiri satu Majlis Penyerahan Bendera Malaysia Autism Foundation dan MORU (Malaysia Outdoor Recreation United) di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan.
Sempena dengan program pendakian YB Bakri Sawir yang telah dilaporkan baru‐baru ini,
satu majlis penyerahan bendera‐bendera serta kelengkapan pendakian telah dianjurkan
oleh Malaysia Autism Foundation dan turut dihadiri oleh Exco Pembangunan Luar Bandar YB Haji Ismail
Ahmad. Penyerahan bendera‐bendera adalah dari Malaysia Autism Foundation, JA Wellness
Sdn Bhd serta MORU Sdn Bhd. Pendakian YB Bakri (60 tahun) akan turut disertai oleh rakan
karib beliau Tn Haji Che Kamaruddin Mamat yang berusia 67 tahun.
YB Bakri turut menyentuh mengenai tohmahan yang tersebar di media‐media sosial yang kononnya perjalanan pendakian beliau ini mengandungi unsur‐unsur
penyalahgunaan wang rakyat. Menurut YB Bakri, program pendakian ini sebenarnya telah
lama beliau rancangkan atas inisiatif serta perbelanjaan peribadi beliau sejak sebelum
Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) lagi, iaitu sebelum beliau bergelar ADUN serta Exco
Kerajaan Negeri. Jadual asal pendakian beliau adalah pada sekitar bulan September/Oktober 2018 dan kemudiannya telah ditangguhkan ke tahun 2019 atas sebab‐sebab
peribadi. Oleh itu, beliau menyeru kepada para penyebar fitnah ini supaya memuhasabah
diri serta mendapatkan fakta dari sumber‐sumber yang tepat sebelum menyebarkannya
yang akhirnya merupakan fitnah sahaja.
Malaysia Autism Foundation, diwakili oleh Pengasasnya iaitu YBgh. Dato’ Dr Sukarno
Wagiman telah menjelaskan bahawa Malaysia Autism Foundation yang telah mendapat
kelulusan penubuhannya dari Jabatan Perdana Menteri akan berfungsi untuk memantapkan
lagi institusi‐institusi Autism yang terdapat di Malaysia dan akan menjadi pendokong utama
kepada Pusat Pembangunan Autism yang kini sedang di peringkat akhir penubuhannya.
Pusat Pembangunan Autism ini akan berperanan untuk mencungkil bakat‐bakat pengidap
autism untuk diketengahkan di peringkat tertinggi. Beliau mengambil contoh‐contoh
pengidap Autism yang kini telah mencapai kejayan di peringkat tertinggi seperti Wayne
Roonie, Lionel Messi dan tidak ketinggalan juga pelakon terkenal Tom Cruise.
Pada mulanya, Malaysia Autism Foundation berhasrat untuk turut serta dengan menaja
salah seorang pengidap Autism untuk mendaki ke Everest Base Camp (EBC) ini. Namun,
rancangan ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu untuk membolehkan
persediaan yang lebih rapi dibuat. Pendakian ke Banjaran Himalaya ini akan menjadi satu
symbol mengenai kejayaan yang boleh dicapai oleh pengidap Autism sekiranya mereka
mendapat bimbingan serta sokongan yang sebaiknya.
Sementara itu, bendera dari JA Wellness telah disampaikan oleh Pengarah Urusan JA
Wellness, En. Mahalil Aisha. JA Wellness adalah sebuah pusat pemulihan penyakit‐penyakit
kronik yang mengamalkan teknik penyembuhan tanpa ubat‐ubatan kimia, sebaliknya
mengesyorkan kaedah penyembuhan alternatif berasaskan herbal serta terapi bukit (Hills
Therapy).
Dalam majlis yang sama, Malaysia Outdoor Recreation United (MORU) yang di wakili oleh
Ketua Pengarah Operasinya En Khairil Zaibuddin turut menyerahkan kelengkapan‐
kelengkapan pendakian yang berupa Jaket Kalis Cuasa (Down Jacket), Seluar Kalis Cuaca
(Goretex) serta T‐Shirt yang akan digunakan oleh YB Bakri pada pendakian kelak. Menurut
En Khairil, Jaket serta Seluar Kalis Cuaca (weather proof) ini mampu bertahan pada suhu
lampau rendah, iaitu sehingga 5 darjah Celcius di bawah paras beku (Minus 5 degree
Celcius).
Semoga pendakian yang akan dilakukan pada hujung tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan kepada para pendaki menjaga diri dari segi kesihatan dan keselamatan ketika pendakian ke Gunung Everest kelak. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook JA Wellness Centre Sdn Bhd
Love,