Resepi

Congo Bars

4:14 PM

Tetiba ada kerajinan skit nak update pasal congo bars ni.. dah lama kan congo bars ni menular di FB or media sosial.. ecewahh media sosial la sangat kan.. hahahah sekarang baru hegeh nak buat.. awat dulu tak buat sebab daku is malas la.. ko ingat aku rajin ker.. ni pun terajin sebab daku tetiba macam seram sejuk nak demam balik dari Melaka last weeks.. ohh serius abis seluruh badan aku sejuk.. en papa pun takut nak pegang aku sebab sejuk sangat.. so aku gigih bangun n baking kek.. erkk kek tak cukup bahan.. last2 terbikin lah congo bars.. Jom kita tengok bahan2nya yer.. mudah ajer u olls...

Bahan-bahan :-
  • 315 gm tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 150 gm butter
  • 300 gm gula perang - boleh kurangkan
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 250 gm chocolate chips
  • 1 cawan kacang pecan or apa2 kacang - optional
  • kepingan badam untuk taburan - optional
Cara-caranya :-
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanilla.
  5. Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telak diayaka dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  6. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar ukuran 13 x 9 atau 10x10x2 inci yang telah digris dengan butter dan dialas dengan kertas minyak.
  7. Ratakan permukaan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  8. Bakar pada suhu 170'c selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnya kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

Bahan-bahan congo bars.

Sebelum dibakar...

Selepas dibakar... 

Qebal lah paling suka.. nyum nyum... 

Selamat mencuba... 

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook