Resepi

Oreo Chilled Cheesecake

8:45 AM

Hahh yang dijanjikan.. sebenarnya hari Isnin tu tekak teringin giler nak makan cheesecake.. nak g Secret Recipe alahai makan dapat 1 slice jer.. tak leh jadi ni.. padahal senang jer nak buat.. so aku suruh jer en papa tolong belikan bahan2 apa yang nak buat.. 

Jom kita tengok bahan2 untuk buat Oreo Chilled Cheesecake.. sangat mudah.. yang penting sedap.. nyam nyam.... ^_____^

Bahan-bahan :

Base
  • 200 gm biskut oreo - buang krim & kisar
  • 70 gm butter
Cheesecake
  • 250 gm cream cheese Philaphedhia
  • 250 gm non dairy whipping cream
  • 80 gm gula castor
  • 60 ml air
  • 15 gm gelatin halal
  • 3 keping biskut oreo diramas kasar
Cara-caranya :
  1. Sediakan tin bulat 7" jenis loose yang boleh bukak bawahnya.
  2. Base Cheesecake : Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut oreo dan gaulkan sebati dan tekan ke dalam acuan sehingga padat. Sejukkan sebentar dalam peti ais selama 30 minit.
  3. Cheesecake : Pukul non whipping cream sehingga kembang dan pekat. Simpan sebentar ke dalam peti ais.
  4. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, krim biskut oreo dan gula castor sehingga kembang dan berkrim.
  5. Panaskan gelatin dengan air sehingga cair dan gaul sebati. Setelah sejuk, tuangkan ke dalam adunan cheese dan pukul sebati.
  6. Masukkan krim putar yang dipukul tadi dan pukul sebentar sahaja.
  7. Biskut oreo yang telah diramas kasar dimasukkan ke dalam adunan dan digaul.
  8. Tuangkan ke atas base biskut oreo yang telah mengeras tadi.
  9. Sejukkan dalam fridge dalam 2 jam.
Bahan-bahannya.. abaikan cooking cream yang en papa tersalah beli.. hukhukhuk...

Sebelum dibekukan.. tak sabar nak makan... 

Tadaaa... base nya aku tak buat tebal2.. aku tak berapa nak gemar sangat oreo ni.. aku nak cheese tu jer.. jom menambah lelemak.. yehaaa

Selamat Mencuba...

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook