Resepi Noxxa

Macaroni Bakar Noxxa

1:52 PM

Ok korang jangan bosan tengok aku up entry pasal masak... mood tengah mari rajin la masak.. hehehe kalo mood tak mari takder maknanya aku nak masak... tetiba tekak craving macaroni bakar... ok jom tengok bahan-bahannya..

Bahan-bahannya :-
* 2 mangkuk macaroni
* 1 bawang besar dipotong dadu
* 1 batang carrot dipotong dadu
* 2 ulas bawang putih
* 2 keping daging hancur
* 1/2 botol sos prego traditional
* 1 biji telur
* sedikit blackpaper
* garam
* cheese mozarella

Cara-caranya :-

- Rebus macaroni dalam noxxa selama HP 3 minit. Air paras macaroni sahaja. Tapiskan dan ketepikan

- Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan serta naik bau. 

- Setelah itu masukkan daging masak sehingga daging betul-betul masak. Masukkan blackpaper dan sos prego.. Kacau seketika.. perasakan kuah dengan garam

- Masukkan macaroni tadi, gaul hingga sekata. Pecahkan telur dan gaul lagi. Setelah itu, tekankan macaroni biar padat dan taburkan cheeze mozarella

- Tutup penutup Noxxa, steam kan selama 8 minit.

Taburkan cheese mozarella diatas macaroni

Setelah 8 minit. Sejukkan baru lah keluarkan dari periuk..

Sedap dimakan bersama sos cili dan juga mayonis


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook