Resepi Noxxa

Udang Masak Lemak Kacang Buncis Noxxa

1:00 PM

Udang masak lemak adalah pebret aku sebabnya aku suka meratah udang.. heheheh.. malam ahad tu terfikir nak masak apa untuk sahur.. yang pasti no nasi.. tak abis2 la mama ni tak nak makan nasi.. nak kuruih tera mana tak tau.. hahahha.. nak buatnya senang jer.. tapi tahu2 lah kalo udang rega dia.. hmmm boleh tahan la.. takper bukan selalu kan.. dah la bukan udang laut.. sebab udang yang beli ni udang kolam.. so nak tak nak suruh en papa beli udang & kacang buncis.. ada santan extra yang buat dodol tu boleh la bikin masak lemak.. jangan buang membazir.. so mama masak udang masak lemak kacang buncis noxxa.. kalo hari2 masak dalam noxxa, dapur gas umah ni setahun la tak abis.. hahahha... yang pasti masak dalam noxxa memudahkan, menjimatkan masa & tak kotor dapur.. ok jom tengok bahan2.. mama duk promote noxxa ni tak dapat royalti pun.. hahaha kalo takat jadi duta noxxa kat blog sendiri boleh lah.. ^____^

Bahan-bahan :-
* Udang 
* Kacang buncis
* 1 mangkuk santan
* 2 batang serai
* 2 biji bawang merah
* 15 biji cili padi
* 1 sudu besar serbuk kunyit / kunyit hidup

Cara-caranya :-

Blender bawang merah, cili padi & serbuk kunyit. selepas itu, masukkan ke dalam inner noxxa dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik.. stir fry sekejap. dan masukkan udang & kacang panjang. Tutup periuk noxxa tekan HP 2 minit. udang tak perlu masak lama2 yer.. 

Setelah 2 minit, releasekan wap & tekan stir fry, boleh la masukkan santan serta garam or pak aji. gaul seketika hingga mendidih. 

Siap udang masak lemak kacang buncis noxxa. HP 2 minit jer..

Selamat mencuba...


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook