Resepi Noxxa

Daging Masak Kicap Blackpepper Mudah Noxxa

4:04 PM

Hahh tedia tajuk resepi aku bukan main panjang padahal senang ya amat nak buat.. kira takder bawang2 tumis pun takper dah.. sedap sampai menjilat jari hokey.. kadang2 kalo dah tak tahu makan apa mesti aku akan buat resepi ni sebab cepat.. tambah2 masak dalam noxxa lagi lah cepat untuk lembutkan daging lembu tu.. campak jer dalam noxxa.. korang leh baring2 santai depan tv.. hahahha.. jom kita tengok bahan2 yang sangat mudah nak buat ni...

Bahan-bahannya :-
* Daging 
* Bawang besar
* 1 sudu besar lada hitam hancur ~ lagi banyak lagi sedap
* Kicap pekat
* Cili padi ~ lagi banyak lagi kaw.. 

Cara-caranya :-

Masukkan kicap, lada hitam hancur, bawang besar & cili padi. Gaul hingga sebati dan perapkan sekejap.. 

Tekan mode stir fry, tumiskan bahan2 yang diperap tadi. Setelah itu masukkan sedikit air.. Tekan off & tutupkan penutup Noxxa.. tekan mode HP selama 15 minit.. 

Setelah 15 minit, release wap & bukak tudung noxxa.. tekan balik mode stir fry, jangan risau kalo ada air berlinangan dalam periuk.. biarkan jer dalam keadaan stir fry untuk keringkan kuah tersebut dan kuah akan sedikit pekat.. tambahkan kicap, garam serta pak aji.. gaul hingga sebati..

Siap daging masak kicap blackpepper yang sangat mudah dengan noxxa.. ehem2 daging pun lembut ok...

Selamat mencuba..

Regards,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook