Product Review

Resepi Kari Ikan Merah Mak Siti Yang Sangat Mudah Dan Sedap

9:44 AM

Kari sangat sinonim untuk hidangan berempah yang terkenal di serata negara termasuklah Malaysia. Kari juga berasal dari India merupakan salah satu hidangan yang sangat popular di sana. Kari di Malaysia telah menjadi makanan ruji di kalangan orang Melayu dan juga orang Cina. 

Kari-kari Malaysia biasanya menggunakan serbuk kari yang kaya dengan kunyit, santan, bawang merah, halia, belacan, cili dan bawang putih serta asam jawa juga sering digunakan dalam kari untuk menyedapkan masakan tersebut. Selain itu juga, santan turut dimasukkan ke dalam kari untuk memekatkan serta melemakkan kuah kari. 

Ok mama tak nak citer panjang lebar pasal kari ni. Mama memang hantu kari ikan dan macam-macam rempah mama dah cuba untuk membuat kari ikan ni. Kali ni mama sendiri nak mencuba Serbuk Rempah Kari Ikan keluaran Mak Siti. Ini bukan pertama kali mama cuba rempah kari ikan ni sebab sebelum ini mama memang suka dengan serbuk rempah sup Mak Siti memang sedap sangat. 

Pelbagai jenis rempah keluaran Mak Siti

Hujung minggu baru-baru ini mama teringin sangat nak makan Kari Ikan Merah dengan menggunakan rempah kari ikan keluaran Mak Siti. Banyak rempah kari mama cuba dan rempah kari Mak Siti sangat lain warnanya iaitu merah keorengan gitu. Tekstur rempah sangat halus dan yang penting halal, bersih dan tulen serta segar dari ladang. Jom tengok resepi kari ikan merah Mak Siti cara mama.

Bahan-bahannya :-

* 3 keping isi ikan merah
* 2 Bungkus Serbuk Kari Ikan Mak Siti
* 3 Ulas bawang putih
* 3 Biji bawang merah
* Seinci Halia
* 2 Tangkai Daun Kari
* 1 sudu kecil Biji Sawi
* Kacang Bendi
* Sedikit asam jawa
* 1 Mangkuk Santan
* Garam / Perasa

Rempah Kari Ikan Mak Siti

Cara-caranya :-
  1. Panaskan minyak  masak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, biji sawi dan daun kari sehingga keperangan dan wangi.
  2. Kemudian masukkan air ke dalam rempah kari Mak Siti dan jadikan pes pekat. Tumis pes rempah tersebut sehingga naik minyak
  3. Setelah itu, masukkan air asam jawa dan kacau seketika. Dan masukkan santan dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan kacang bendi untuk bagi lembut sekejap. Selepas itu, masukkan isi ikan merah dan masak sehingga ikan betul-betul masak.
  5. Akhir sekali masukkan garam dan juga perasa.
Untuk lebih mudah meh tengok video masak kari ikan ni.

Siap Kari Ikan Merah Rempah Mak Siti

Mudah bukan masak kari ikan menggunakan rempah Mak Siti ni. Versi mama kalau buat kari kalau tak berlinang minyak tu bukan namanya kari. Hahaha. Ehh teringat pulak kari ikan yang sedap ni. Yang bestnya rempah kari ni sangat sedap dan yang paling penting keluaran produk orang melayu bumiputra. Nak tengok resepi yang lain dengan menggunakan rempah Mak Siti boleh tengok Resepi Ikan Gelama Masak Kicap Mak Siti.

Lepas ni korang boleh cuba beli dan masak rempah keluaran Mak siti ni tau. Untuk pembelian rempah boleh dapatkan di pasaraya seperti Tesco, Jusco, Aeon Big, Hero, Sogo, CS Brother dan kedai-kedai runcit yang berhampiran. Ehh ada lagi sapa yang jenis tak suka keluar rumah apa kata korang boleh beli stok rempah Mak Siti secara online. Sekarang ni mudah sahaja uolls klik klik barang dah sampai. 

Untuk sebarang pembelian online boleh hubungi :-

Website : www.maksiti.com
WhatsApp : +6017-3309 330


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook