Gadget

Review | GT Mobile GT-888

8:24 PM

GT Mobile | Sebelum ni mesti korang dengar GT Dollar kan. kali ni GT Mobile pulak. Apa yer.. Mesti ada yang nak tahu apa itu GT Mobile ni kan. GT Mobile merupakan anak syarikat GT Dollar yang telah memperkenalkan smartphone GT Mobile. Smartphone ini telah di designed kan dari Singapore. Itu pasal la jenama ini masih baru di Malaysia tapi di Singapore jenama ini sangat terkenal tau. 


Bebaru ini mama telah diperkenalkan dengan smartphone dari Singapore iaitu GT Mobile model GT-888. Terima kasih GT Mobile telah hadiahkan kat mama smartphone yang best untuk mama guna. Hampir 2 minggu mama guna GT Mobile model GT-888 ni memang mama puas hati sangat. Yang paling mama suka smartphone ini berat hanya 160g sahaja memang sangat ringan dan nipis. Nak tahu apa yang menarik GT-888 jom tengok review dari mama.

Unbox GT Mobile

Memula mama dapat box GT Mobile ni memang teruja giler sebab box dia warna putih. Sebenarnya mama baru jer beli smartphone baru dan tetiba mama dapat pulak hadiah GT Mobile GT-888. Lagi lah mama teruja nak tahu apa kelebihan smartphone dari Singapore ni. Dalam box GT Mobile ni macam biasa terdapat phone GT-888, battery, usb cable, plug charger, earphone, casing silikon dan manual book. GT-888 ini didapati dalam dua warna pilihan iaitu Metal Grey dan Silk White


Specifications 

Model 
GT-888

Colour 
Metal Grey / Silk White

Dimension
158.9 x 77.5 x 8.6 mm

Weight
160 g

Operation System
Pre-install Android 5.1 Lollipop

CPU
64 Bit MTK MT6735P Processor Quad Core 1.0GHz CPU

GPU
Mali T720-Mp1 600MHz

RAM
2 GB / 1 GB

ROM
16 GB

Battery
2550 mAh

Charger
Quick Charging


Dari pandangan mata, mama suka akan paparan screen GT-888 ini ialah 5.5 inch. Memang besar dan puas hati kalau nak layan Youtube, movies, drama dan lain-lain lagi. Ia juga dikuasakan dengan pemprosesan 64bit Quad core 1.0GHz dan hadir dengan 2GB RAM dan 16GB ROM. GT-888 ini menggunakan operasi sistem Android Lollipop 5.1. Kalau bab operasi sistem mama memang tak berapa nak mahir tapi bagi mama kira ok sangat la laju jer nak guna phone ni. 


Yang paling menarik lagi GT-888 ini hanya memerlukan 15 minit untuk mengecas bateri sebanyak 35%. Mama suka sangat kalau phone cepat charging tak perlu mama nak tunggu lama-lama apabila mengecas phone ni. Untuk bateri GT-888 ini didatangkan dengan bateri 2550mAh. Bagi penggunaan minima phone ini so far ok takder la bateri phone ni cepat habis. Tambah mama ni memang hantu layan youtube dan movies online memang puas hati sangat la dengan GT-888 ini. 


Setiap smartphone mesti ada camera kan. Ramai orang tanya ok ker camera phone GT-888 ni. Mama sendiri pentingkan phone camera kerana memudahkan mama muat naik gambar terus ke media sosial. Secara jujurnya bagi kaki selfie mama sangat tak galakkan tapi kalau untuk penggunaan minima phone GT-888 ini sangat berbaloi. Camera hadapan 5MP manakala camera belakang pula 8MP tapi kalau korang setting dekat bahagian camera tersebut korang boleh dapatkan camera belakang sehingga 13MP. 13MP untuk camera belakang gambar sangat cantik dan memuaskan dengan pencahayaan yang secukupnya.


Nampak tak mama layan lagu di youtube dengan screen yang besar memang mama puas hati sangat. Tambah pula sound phone ni superb sangat kuat. Bayangkan mama letak phone ni di ruang tamu sampai ke dapur mama masih jelas dengar lagu dari phone ni tau. 


Walaupun GT Mobile GT-888 ini merupakan smartphone terbaru di pasaran mama yakin pihak GT Mobile akan sentiasa upgrade smartphone keluaran mereka akan menjadikan lebih terbaik serta ia dapat sebaris dengan jenama-jenama smartphone yang berada di pasaran kelak. 

Untuk maklumat lanjut mengenai GT Mobile GT-888 ini boleh layari www.gtmobile.sg


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook