Press Release

Doh-Bassador of Creativity Contest

11:25 AM

Pada tahun ini Play-Doh ingin mencari kanak-kanak paling kreatif di Malaysia untuk menghasilkan "Doh-Bassador Kreativiti" dengan menggunakan Play-Doh yang dianjurkan oleh HasBro Toy (Malaysia) Sdn Bhd pada 1 Ogos 2017 - 31 Ogos 2017. Kanak-kanak berumur dari empat tahun hingga sembilan tahun dari seluruh Malaysia perlu mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi untuk ke "Open A Can of Imagination" bagi menghasilkan ukiran yang paling asli dan kreatif dengan menggunakan tanah liat Play-Doh.

DOH-BASSADOR OF CREATIVITY CONTEST

Untuk syarat penyertaan sangatlah mudah. Apa yang diperlukan adalah anak-anak haruslah berkongsi gambar atau video arca yang paling kreatif di mana mereka menghasilkan kreativiti menggunakan Play-Doh di Instagram. Semua profile perlu ditukarkan kepada public dan peserta dikehendaki memasukan sedikit penerangan ringkas apa yang telah diciptakan dalam ayat tidak kurang dari 100 patah perkataan diikuti dengan hashtag #PlayDohMY dan #DohBassadorMY

Taking part is as easy as 1, 2, 3!
  • Create a creative Play-Doh sculpture
  • Share a picture or video of your creation, together with a description of your creation in less than 100 words on Instagram
  • Hashtag #DohBassadorMY and #PlayDohMY , set your profile to public
Pemenang "Doh-Bassador of Creativity" akan menerima produk Play-Doh bernilai RM1,000 dan berpeluang untuk kerjasama dengan penyokong utama bagi menghasilkan siri sanjungan Malaysian-Inspired dalam World Play-Doh dan Hari Malaysia pada 16 September 2017 nanti. Kempen Doh-Bassador of Creativity ini disokong sepenuhnya oleh The Malaysian Women's Weeklu sebagai rakan media mereka.

Play-Doh ini dikenali sebagai alat bantu mengajar bagi mempromosikan kemahiran motor minda kanak-kanak, kemahiran berkomunikasi, pengalaman deria dan juga kreativiti. Apabila membuka sahaja permainan Play-Doh ini, ia memberi inspirasi kepada anak-anak dan inilah yang akan menggalakkan keinginan ibubapa untuk melakukannya. Dari segi lain, anak-anak akan memupuk minda kreatif dan menghabiskan lebih banyak masa bermain serta meneroka idea-idea yang berbeza. Jadi "The Doh-Bassador of Creativity Contest" ini adalah satu insiatif untuk memberi peluang yang baik dan inspirasi buat perkembangan minda dan imaginasi anak-anak.

Untuk maklumat lanjut dan aktiviti terkini mengenai Play-Doh, boleh layari laman web www.playdoh.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook