Blogger Review

Majlis Perkahwinan Eksklusif Beramai-Ramai | Mega Wedding Malaysia 3.0 Di Marina Putrajaya

9:00 AM

Mega Wedding Malaysia kali ini menjadi hos kepada 10 pasangan pengantin yang telah memberi kepercayaan kepada syarikat perancang perkahwinan ini untuk melaksanakan acara yang gemilang mengikut lunas Islam. Perkahwinan beramai-ramai kini menjadi ‘trend’ kerana sebab-sebab yang munasabah kerana para pengantin dapat menjimat kos. Walaupun begitu, dengan anjuran Mega Wedding Malaysia, mereka akan melalui saat-saat yang indah yang meriah dengan bajet yang rendah. Dengan kos yang rendah, semuanya selesai dari sesi persolekan di Cruise Putrajaya, majlis pernikahan di Masjid Putrajaya hingga ke makan beradab dan majlis resepsi yang meriah di Marina Putrajaya. 


Pada Mega Wedding Malaysia kali pertama dan kedua yang dianjurkan pada tahun 2016 dan 2017, ia menjadi ikutan dan pilihan bakal-bakal pengantin. “Kami sememangnya menyediakan yang terbaik bagi pasangan-pasangan ini. Walaupun dengan kos yang rendah, tiada apa kurang namun agak mewah. Lokasi pilihan kami pun indah dan amat menarik, tidak yang biasa,” kata En Azahari Azemi, penganjur Mega Wedding Malaysia.

Yang menariknya Mega Wedding Malaysia ini, pasangan yang melansungkan perkahwinan mereka hanya mengeluarkan belanja sebanyak RM7,000 sahaja. Dan mereka akan mendapat majlis perkahwinan yang meriah beramai-ramai di Marina, Putrajaya. 

Dengan bermodal RM7,000 itu mereka akan dapat tajaan seperti :
  • Pengurusan majlis pernikahan
  • Penginapan honeymoon di Hotel Pullman, Putrajaya
  • Pelayaran Cruise di sepanjang Tasik Putrajaya
  • Pelamin Gergasi Eksklusif
  • Kek Gergasi Eksklusif
  • Media Coverage : Majalah, akhbar, radio, media elektronik
  • 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
  • Sesi outdoor photoshoot "Lakeside Concept"
  • Persembahan Live Band Jemputan
  • Doorgift setiap tetamu
  • Kad Kahwin Eksklusif setiap pasangan
  • Hand Bouquet untuk setiap pasangan
  • Videografi coverage sepanjang majlis percuma untuk setiap pasangan
  • Hadiah perkahwinan misteri daripada penganjur dan penaja
  • Parkir untuk pengantin disediakan
Pelamin gergasi

Catering dari Mahligai Impian


Projek ini boleh dikatakan ‘bukan bermotifkan keuntungan’ dan merupakan ‘kesedaran’ dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibubapa pengantin yang kurang mampu. Penganjur bersama acara ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya. Pada jam 12.30 tengahari, ketibaan pengantin menaiki Cruise di Jeti Marina, Putrajaya. 

Seramai 10 pasangan berarak dari Jeti menuju ke Pelamin Gergasi dalam dua kumpulan. Sama cantik sama padan kesemua pengantin pada hari tersebut telah dimekapkan oleh mekap profesional.







Selepas sesi selesai di Pelamin Gergasi, pengantin-pengantin beredar untuk makan beradap dengan keluarga masing-masing. Jadi 10 meja telah disediakan untuk pengantin dan keluarga bagi menjamu selera pada hari itu. Nampak kelainan di sini dan sangat menarik serta mengeratkan lagi antara semua orang. Pada acara kemuncaknya pula, sesi pemotongan kek beramai-ramai oleh 10 pasangan pengantin pada petang tersebut menjadi tarikan ramai jemputan yang hadir. 

Senarai Penaja
  1. Ampire Events 
  2. Eddie Photo Video 
  3. Yann Rifft Team (Makeup) 
  4. Coffee Corner Faizal Azzuuri 
  5. Fynaz Wedding Favors 
  6. Butik Norjuma 
  7. Masjid Putra, Putrajaya 
  8. Shangri-La Putrajaya 
  9. Marina Putrajaya 
  10. Cruise Tasik Putrajaya


Konsep persandingan pula bertemakan Perkahwinan Taman Di Tepi Tasik iaitu di Marina Putrajaya. Setiap pasangan dicaj hanya RM7,000.00 untuk pakej perkahwinan yang sungguh istimewa ini yang nilainya pasti akan mencecah angka yang lebih tinggi jika dilangsungkan secara persendirian. Tujuan utama Mega Wedding Malaysia ialah membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan tidak mudah dilupakan. 

Bagi pendapat mama, dengan adanya perkahwinan beramai-ramai seperti ini mama yakin bahawa anak muda telah diberi peluang untuk melansungkan majlis perkahwinan mereka dengan harga yang berpatutan. Selain itu, mereka juga mendapat pengurusan majlis dari mula hingga tamat majlis. Jadi di sini mereka tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk majlis perkahwinan mereka. 

Untuk maklumat lanjut mengenai MEFA boleh layari : 

Website : www.mefa.my
Telefon : 012-387 1775 [En Azahari]

Love
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook