Press Release

Pengembaraan Bersama "Leo The Wildlife Ranger" Di ZooMoo

10:00 AM

Pengembaraan Bersama "Leo The Wildlife Ranger" Di ZooMoo | Pada bulan Ogos ini, Leo Wildlife Ranger dan rakannya Katie serta bersama-sama dengan anak anjing mereka yang berpengalaman akan membawa anda pada pengembaraan yang menarik di ZooMoo. Mereka akan melakukan perjalanan yang menarik di sekitar planet untuk mengetahui tentang kehidupan liar dan alam semula jadi. Jom semua sertai Pengembaraan Bersama "Leo The Wildlife Ranger Di ZooMoo.

Pengembaraan Bersama "Leo The Wildlife Ranger" Di ZooMoo
Terima kasih kepada ZooMoo kerana hadiahkan buku serta aktiviti kraf sempena rancangan kartun Leo The Wildlife Ranger ditayangkan. Happy la Iqbal dan Iqram dapat box dari ZooMoo ni. Dedua excited nak buat aktiviti kraf bersama-sama. 


Muka excited dapat siapkan kraf watak Leo, Katie & Hero
Leo The Wildlife Ranger adalah program pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakan penghayatan pelbagai hidupan liar. Episod utama mereka adalah untuk bertujuan membantu haiwan yang memerlukan dan kepentingan menjaga alam sekitar.

Siri ini diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penghayatan pelbagai hidupan liar iaitu dari rumah koala di Australia ke pengkalan belut elektrik di Amerika Selatan. Episod ini ditetapkan dengan tema utama iaitu untuk membantu haiwan yang memerlukan dan kepentingan menjaga alam sekitar.


Di ZooMoo, kami mengawasi dalam menguruskan program pendidikan yang berkualiti tinggi untuk kanak-kanak pra-sekolah. Ini adalah sangat penting untuk setiap generasi mempunyai pemahaman tentang kehidupan haiwan dan menghargai setiap habitat semula jadi yang ada di dunia. Dengan strategi ini, Leo The Wildlife Ranger adalah sangat sesuai untuk saluran ini. Di samping itu, siri pemenang anugerah ini adalah daripada producer Chi Sim Tang yang mempamerkan bakat dari rantau, kata Catherine Nebauer, Network General Manager untuk Australasia.



Pemenang "Best School Programme" pada tahun 2016 untuk Anugerah TV Asian, Leo The Wildlife Ranger dihasilkan oleh Omens Studio, syarikat yang berpusat d Singapura. Salah seorang ahli pasukan utama ialah bakat dari Malaysia iaitu Kelvin Chow yang merupakan producer siri ini.


Di Omens Studio, kami sentiasa berusaha untuk memberi ilham dan inspirasi kepada setiap kanak-kanak yang kami jumpa dan Leo The Wildlife Ranger ini dicipta untuk melakukan perkara tersebut. Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga ZooMoo dan tidak sabar unutk membangunkan lebih ramai Rangers Junior di seluruh Asia, kata Chi-Sim Tang, Executive Producer Omens Studios.

Jangan lupa untuk saksikan pengembaraan pertama Leo The Wildlife Ranger di ZooMoo di saluran Astro ch 619 pada setiap hari Sabtu, 19 August 2017 pada jam 12:05 tengahari (siaran ualangan pada 4:05 petang dan 8:05 pagi)

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook