Product Review

Darlie Jolly Junior & Rilakkuma | Ubat & Berus Gigi Menarik Untuk Kanak-kanak

3:15 PM

Darlie Jolly Junior & Rilakkuma | Ubat & Berus Gigi Menarik Untuk Kanak-kanak - Ingat lagi masa bebudak ni masa kecil, kalau bab berus gigi jer mesti meraung nagis macam kena pukul. Hahaha padahal berus gigi jer pun. Punya la bebudak ni susah nak berus gigi. Sekarang kan ada cara mudah untuk anak-anak minat memberus gigi agar menyeronokkan. Dengan adanya ubat dan berus gigi yang menarik serta permainan yang menarik pasti mereka lebih teruja untuk memberus gigi setiap hari. Mari tengok Darlie Jolly Junior & Rilakkuma | Ubat & Berus Gigi Menarik Untuk Kanak-kanak.

Darlie Jolly Junior & Rilakkuma | Ubat & Berus Gigi Menarik Untuk Kanak-kanak
5 sebab kenapa anak-anak mama suka memberus gigi setiap hari kerana
  1. Mereka memastikan gigi sentiasa nafas segar dan yakin untuk mendekati dengan orang ramai.
  2. Memberus gigi akan mengekalkan gigi kekal putih berseri untuk mendapat senyuman yang menawan sepanjang hari.
  3. Mengelakkan diri dari jumpa doktor gigi, jadi dengan menjaga gigi yang sihat mereka yakin tidak perlu berjumpa dengan doktor gigi selalu. 
  4. Mereka paling gemar makan makanan yang manis dan berais, untuk mengelakkan mereka sakit gigi mereka akan memberus gigi setiap hari.
  5. Mereka turut memberus gigi sambil bermain serta bernyanyi dalam bilik mandi kerana memberus gigi sambil bermain sangat menyeronokkan.

Ubat Gigi Darlie Jolly Junior ini disyorkan kepada kanak-kanak bagi peringkat umur yang berbeza iaitu dari umur 2 hingga 10 tahun. Ubat gigi ini menggunakan dari bahan gred makanan dan ia didatang dalam dua perisa iaitu Vanilla Milk dan Strawberry. Dalam setiap perisa ubat gigi ini turut dilengkapkan dengan Xylitol dan Vitamin E agar kanak-kanak dapat membersih gigi dengan sempurna. Selain itu, ia dirumuskan dengan fluorida dan kalsium bagi membantu menentang kaviti gigi serta tanpa gula tambahan dan tanpa ramuan yang berasaskan haiwan digunakan. Format gel yang sangat menarik untuk kanak-kanak.


Berus Gigi Darlie Jolly Junior telah dihasilkan dengan berwarna warni dengan pemegang lembut anti licin direka khas untuk memadankan dengan tangan kanak-kanak agar memudahkan grip yang selesa. Dengan bulu berus hujung tirus lembut anggaran 0.001mm dan bersaiz 20mm dengan kepala berus ultra ini memudahkan pembersihan dan penjagaan seluruh gigi kanak-kanak yang mempunyai gigi susu. 


Anak-anak mama sangat seronok dan teruja untuk memberus gigi dengan Darlie Jolly Junior kerana berus gigi yang comel dan berus yang lembut serta digunakan bersama ubat gigi Darlie Jolly Junior perasa Vanila dan Strawberry sangat sesuai untuk pembersihan gigi yang menyeluruh. Bagi Iqbal dia memilih perasa Strawberry dan adiknya Iqram suka perasa Vanilla. Iqbal dan Iqram kata ubat gigi Darlie Jolly Junior ni rasa sedap yang penting tak pedas so memang enjoy la berus gigi. 


Selain untuk menarik minat mereka memberus gigi dengan lebih menyeronokkan, Darlie Jolly Junior telah mencipta satu aplikasi Darlie Brush-Up. Aplikasi ini sangat menarik dan interaktif agar membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti memberus gigi sambil bermain. Menariknya applikasi ini terdapat video durasi 2 minit dengan template yang comel untuk memberus gigi. Untuk applikasi ini korang boleh download di App Store dan Google Play pada smartphone.




Masing-masing pakat happy dengan applikasi ni. Selama 2 minit dedua beradik berus gigi depan applikasi ni. Kalau tak kejap jer berus. Hehehe.. Bagus juga applikasi ni tau!! Tak payah nak paksa berus gigi dah lepas ni. Mereka sendiri dengan sukarela nak berus gigi dengan menggunakan berus gigi dan ubat gigi Darlie Jolly Junior & Rilakkuma. 


Jom sertai pertandingan Jolly Brushing with Rilakkuma dengan hadiah yang lumayan. Tempoh pertandingan adalah dari 7 September 2017 hingga 4 Oktober 2017. Untuk mengetahui Terma & Syarat pertandingan boleh klik SINI

Untuk maklumat lanjut mengenai Darlie Jolly Junior & Rilakkuma boleh layari www.darlie.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook