Product Review

H-Focus | Supplement Minda Dan Mata Untuk Anak

9:00 AM

H-Focus | Supplement Minda Dan Mata Untuk Anak - Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk kehidupan anak-anak dari segi kesihatan, kecergasan serta yang paling penting pembelajaran yang cemerlang. Tetapi ada juga anak-anak yang masalah seperti kurang focus dalam kelas, tidak minat belajar atau sukar menghafal. Jangan risau setiap masalah anak-anak pasti ada penawarnya bukan. Korang pernah dengar H-Focus | Supplement Minda Dan Mata Untuk Anak? Dengar kata supplement ini telah mendapat sambutan yang hangat dalam masa setahun.

H-Focus | Supplement Minda Dan Mata Untuk Anak
Kalau sebut pasal masalah anak-anak, memang mama akui anak lelaki kurang minat belajar yang tahu mereka hanya nak main saja. Yang paling mama geram kalau dia orang pegang jer tab memang kusyuk sangat sampai mama panggil makan pun tak nak dah tau. Aduh pening kepala mama nak bagi mereka minat belajar ni tau. Bayangkan baru cuti sekolah seminggu, kemudian masuk jer sekolah dah mengamuk dan susah bangun pagi. Yang lagi sedih si adik ni siap tulis nombor semua terbalik. Kecik besar kecik besar jer mama tengok dia. Geram tau!!

Memandangkan mama banyak membaca pasal testimoni yang berjaya dengan H-Focus ini why not mama cuba bagi supplement ini kat anak-anak mama. Mana la tahu berkesan untuk mereka berdua kan. Mama akan ikhtiar agar anak-anak mama berubah ke arah kebaikkan kelak. Orang kata kalau tak berubah banyak tapi berubah sikit pun dah syukur Alhamdulillah. Apa itu H-Focus? Jom baca entri ni sampai habis ok.


H-Focus merupakan satu produk minda dan kesihatan yang berasaskan makanan sunnah dan moden dihasilkan dalam bentuk tablet agar memudahkan pengambilan khasnya untuk kanak-kanak. Pakar saintis telah membuat kajian tentang tablet ini dan telah mendapat kepercayaan khusus untuk perkembangan minda anak serta dapat memelihara kesihatan dalaman dan luaran.

Yang menariknya H-Focus ini berbentuk tablet yang mudah untuk dimakan dan dikunyah. Perasa chocolate yang sangat sedap pasti anak-anak mudah untuk makan supplement ini pada sebelah pagi dan juga malam. Formula H-Focus mengandungi 13 makanan terbaik di dunia dalam 1 tablet. Kandungan formula seperti :
  • Kolostrom 
  • Kalsium
  • DHA Alga
  • Kurma
  • Madu
  • Buah Delima
  • Bijirin
  • Kismis
  • Kacang Pistachio
  • Pegaga
  • Anggur Hitam
  • Tomato
  • Vitamin C
Kebaikkan yang terdapat dalam H-Focus ini memang bagus untuk menguatkan dan melindungi sistem tubuh badan serta menjadikan tulang lebih kuat. Ini sangat membantu anak-anak menjadi lebih aktif dan sihat. Yang paling mama suka dalam H-Focus turut terdapat Madu, Kurma dan Bijirin ini kerana anak-anak mama memang susah nak makan makanan ini. Jadi mama tak perlu risau lagi dengan adanya H-Focus anak-anak mama akan mendapat khasiat dan nutrisi yang terbaik untuk minda serta mata mereka.


Bagi yang ada anak mempunyai masalah seperti susah nak fokus, tidak minat belajar, sukar bangun pagi, sukar menghafal, anak selalu lupa apa yang dibelajar, cepat letih di dalam kelas dan apa sahaja masalah bolehlah mencuba supplement H-Focus ini. Hanya dengan H-Focus sangat membantu MINDA dan MATA anak-anak.

MINDA 
  1. Anak lebih fokus dan cepat tangkap dalam pelajaran
  2. Anak semakin mudah menghafal
  3. Bersemangat untuk belajar
  4. Minat dan cekap membuat matematik
  5. Mudah mendengar kata
  6. Bersemangat untuk solat
  7. Mudah bangun pagi
  8. Keputusan peperiksaan meningkat lebih baik
  9. Semangat nak solat tanpa di suruh
  10. Keyakinan diri bertambah
MATA
  1. Mampu mengurangkan rabun jauh, rabun dekat, rabun silau, rabun malam
  2. Mampu mengatasi masalah selaput mata, mata letih, mata berair, gatal mata
  3. Mencerahkan penglihatan mata rabun jauh dan dekat
  4. Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
  5. Mencantik dan melembabkan mata yang lesu
  6. Mengurangkan masalah mata merah
  7. Kurangkan masalah rabun malam
  8. Sesuai untuk masalah mata berair

Cara pengambilan H-Focus ini mudah sahaja. Ambil 1-2 tablet setiap hari sebelum makan pagi dan sebelum tidur. Kunyah jer dalam mulut tak perlu nak telan dengan air. Rasa manis chocolate macam gula-gula pun ada jugak. Bebudak ni mana cukup makan sebiji mesti 2 biji punya. Hahaha.. Sedap sangat la tu sampai mama kena sorokkan botol H-Focus ni ok.



Selama beberapa hari ni mama belum nampak perubahan mereka tapi mereka memang sentiasa aktif setiap hari. Tapi mama perasan selera makan mereka bertambah-tambah. Mama rasa ini mesti dari pegaga yang terdapat dalam H-Focus kerana daun pegaga membantu membangkitkan selera makan. Ini cukup bagus untuk Iqbal sebab dia budak tak makan nasi. Hehehe.

Bagi yang ingin dapatkan supplement H-Focus ini untuk anak-anak, korang boleh beli secara online di website atau Facebook H-Focus dibawah yer.

Untuk maklmat lanjut dan pembelian H-Focus boleh layari :

Website : www.hfocus.com.my 
Instagram : www.instagram.com/hfocus_hq
Telefon : 011-3502 7570

Website H-Focus | Facebook H-Focus
Website H-Focus Genius | Facebook H-Focus Genius

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook