Blogger Review

LEGOLAND | 5th Brick-Versary 2017

6:30 PM

LEGOLAND | 5th Brick-Versary 2017 - Setiap kali iklan Legoland di TV, anak-anak pasti akan tanya mama bila kita nak pi Legoland? Teringin la nak pergi Legoland. Ya ampun sedia-sedia la depa duk tanya selagi tak pergi. Ehh bukan anak-anak jer teruja nak pi, mama papa pun teringin dan teruja nak pi sana. Tapiiiiiii tengok jer harga dia mak aihhh pitam kejap. Siap cakap kat Qebal, kalau nak pergi doakan mama ada rezeki bawak korang ke sana. Dan ternyata doa anak-anak termakbul dapat mama bawak mereka pi Legoland yang mereka impikan. Mama papa sila sedia duit banyak-banyak untuk pergi sana. Terima kasih Legoland menjemput mama untuk meraikan Legoland | 5th Brick-Versary 2017.

LEGOLAND | 5th Brick-Versary 2017
Pertama kali mama serta keluarga dapat pergi ke Legoland. Teruja? of coz la teringin sangat nak masuk Legoland yang mahal dan maha besar ni. Hehehe. Banyak juga mama baca review pasal Legoland ni. Pheww apa-apa kena sedia mental dan tenaga sebab keadaan cuaca yang sangat panas untuk mama tawaf kat sana. Mama bertolak dari rumah jam 6.30 pagi dan mama sampai di Legoland Johor jam 10 pagi. Ngam-ngam pandai en papa bajet drive ke sana. hahaha. 

Sampai je sana, parking dan keluarkan bag terus jalan ke pintu masuk Legoland. Ohhh makk jauh jugak jalannya. Almaklum la mama kan kena dukung Qeisya. phewwww berpeluh semestinya lah hahaha.. dah la mama ni jenis peluh kat muka. Hehheeh.. Anak-anak dah berlari lajuuu jer nak masuk. Sampai kat depan kaunter tiket mama pergi redeem tiket dulu. Hahh tiket yang kami dapat adalah tiket Combo untuk Theme Park dan Water Park. Alhamdulillah syukur.. huhuhu.. rezeki anak-anak la mama berpeluang masuk sini atas media blogger. 

Terima kasihhhhh Legoland jemput mama dengan anak-anak datang sini!!! 

Sempena ulang tahun 5th Brick-Versary Legoland dari 21 August 2017 - 30 September 2017, banyak aktiviti dan hadiah menarik untuk dimenangi. Hadiah utamanya adalah tiket ke Legoland Jepun!! Wowww sangat.. Apa lagi ada seminggu lagi ni korang boleh la pergi dan gores tiket untuk dapat hadiah tu. Mama memang takder luck la ke situ. Hehehe.. 

Kad belakang ni korang kena gores tau. 

Untuk harga tiket nanti mama akan detail kat bawah sekali yer. So we olls planning masuk theme park dulu, kemudian baru masuk water park pulak. Apa lagi masuk mesti lah bergambar banyak-banyakkkkk. wehh bukan senang nak masuk kan. Tambah pulak serata ceruk dalam ni semuanya Legoland. Best betul sebab warna-warna yang ceria nampak lagi teruja nak jelajah semua tempat. Itu pun kalau korang larat. hahahaha.. 

Kek Giant sempena ulang tahun ke 5 yang dibuat dari Lego... Wowww kagummmmmm sangattttt 

Anak-anak behave la suruh snap gambar banyak-banyak. hahaha

Memula mama pergi tangkap gambar kat Miniland Legoland. Ehh ini memang tempat mama teringin nak mai tengok monumen Miniland yang diperbuat dari Lego. Wohhh memang woww habis la best betul tengok semua Miniland ni. Semua Lego comel-comel jer. Bayangkan Qeram sampai nak masuk sampai dalam. Adududud.. jenuh menjerit mama menahan dia masuk ke situ. hahaha.. dia siap cakap mama tempat ni so cute la.. alahai anak.. nampak depa teruja gembira mama pun bahagia gembira. Hehehe.. tapiii depa buat perangai rasa nak telan sorang-sorang masuk balik dalam perut mama. hahahaha

Muka cute la memasing ni.. 

Woowww tak.. Teliti kan depa buat nak bagi dapat bentuk macam ni.

Ini lagiiiii wowwww


Nampak maps Legoland ni.. besar wooohhhh tak larat nak tawaf abis.. kaki mama dah sakit. hahaha

Kemudian anak-anak nak pergi Star Wars.. Ok lah layankan. Sebenarnya ada Starwars Dance kot.. tapi sebelah petang. Memang tak dan la mama nak tengok.. time tu we olls ada dekat water park. Heheh masuk sini tengok Star Wars patung pun dah besh. Hehehe.. Banyak jugak aktiviti kami terlepas.. Takper lah masuk sini pun dah happy dah. hahaha.. 

Muka toya jer tak dapat jumpa Star wars tu.. 

Hahh time ni jangan tak tahu bebudak dah ajak nak pergi water park.. Heyyy korang kejap la banyak lagi nak round ni.. penat pujuk wehhh.. rasa nak cubit-cubitan jer depa ni. 

Mama pun dengan ada kesabaran yang 20% mama pujuk pergi main kat theme park ni. Biasalah bebudak kan nak mandi ajer.. kat sini banyak games korang boleh main. Mama dah ada baby kecik ni bertabah la tengok jer. Hahaha.. Qeisya pun sedap lena dalam dakapan mama. hahaha.. So mama jadi datin tukang tangkap gambar depa jer lah.. wakakkaa.. 


Jalan lagi sampai jumpa NinjaGo The Ride. Hahh bebudak lari laju jer nak masuk Ninjago ni. Mama tak sangka masuk sini boleh naik ride dan play games 3D dia. hahaha apa la mama ni kekeke bebudak lagi tahu.. cehhh.. so mama pun layan la.. hahahah.. Aktiviti dalam NinjaGo ni ada Lego Ninja jer banyak. Hahaha.. yang best naik NinjaGo The Ride tu tapi kami semua kena pakai spek mata 3D. ohh ada games tolak2 tangan rupanya.. hahaha mama ni teruk sangat yang ni pun tak tahu. 


Jeng jeng jeng.. hahaha

Paksa en papa tangkap gambar. hahaha.. Yeaayyy 

Lepas je keluar dari NinjaGo tu bebudak dah ajak jom mandi jom mandi. So terus keluar pergi water park. Ehh jauh pulak water park ni sebab kena lalu depan hotel Legoland baru sampai ke water park. Hahaha masuk sini korang kena jalan jer hahhh.. naik lenguh betis mama. Peluh tak payah cakap memang peluh bersimbuq. Kekekek. mama ni kalau dah penat-penat malas nak mandi dah. So bebudak dan en papa jer mandi. Mama duduk relax-relax jer hahh.. 

Sekeping ni jer tangkap gambar pehtu bebudak dah lari mandi main kat mana pun tak tau.. Sekali depa naik nak makan dah muka memasing merah dan kelabu asap. hahahah

Muka tak ikhlas langsung senyum. hahahah.. sebab memasing dah letih. tapi dah janji nak beli keychain dan toys. hehehe

Alooo comei sangat ni..

Memasing pakat letih dah.. seronok sangat bebudak ni dapat datang Legoland.. muka mama pun dah sememeh hahah.. tapi nak jugak bergambar dengan maskot Lego yang super duper comeyyyy

Antara souvenir dari Legoland. Yang tengah tu dari Legoland sempena 5th Brick-Versary.. Tq Legoland!!.. Yang Fridge Magnet mama punya sebab mama kan pengumpul tegar FM.. Keychain tu Qebal punya.. omeyy sangat.. beli benda ni pun pejam mata bayar. hahahah takper lah tak selalu kan

Thanks Legoland untuk tiket dan juga gambar kenangan di Legoland. Memang best giler lah datang sini. Yeaayyy anak-anak doakan mama dapat peluang macam ni lagi tau. Mana la tahu kita boleh tidur di Hotel Legoland pulak.. Amin...

Nak tahu harga tiket Legoland ni nah mama dah print screen untuk korang. So pepandai korang bajet nak beli awal atau di kaunter. Tapi nanti korang kena wajib tunjuk IC tau.. Okey!!! 

Untuk harga tiket kanak-kanak bawah 3 tahun bagi waterpark hanya RM11.00 sahaja dan akan dapat 2 keping pampers.


Untuk maklumat lanjut mengenai LEGOLAND MALAYSIA boleh layari : 


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook