Event Review

WePlay | Permainan Bermain Sambil Belajar Khas Untuk Anak-Anak

3:23 PM

WePlay | Permainan Bermain Sambil Belajar Khas Untuk Anak-Anak - Kanak-kanak dan bermain memang berpisah tiada. Jadi bermain merupakan satu aktiviti dalam kehidupan kanak-kanak pasti amat menyeronokan. Dengan bermain sahaja anak-anak kita boleh merangsangkan otak mereka untuk mereka lebih aktif dan pada masa yang sama mereka berfikir serta membantu pergerakkan skil permotoran badan seperti tumpuan mata, berfikir, respon, refleksi dan macam-macam lagi. Korang tahu ada satu permainan dari WePlay | Permainan Bermain Sambil Belajar Khas Untuk Anak-Anak

WePlay | Permainan Bermain Sambil Belajar Khas Untuk Anak-Anak
Pada Sabtu yang lepas, mama dijemput oleh Motherhood.com.my untuk satu bengkel mengenai barangan WePlay. Sebagai seorang ibu, mama paling suka event yang berkaitan Parenting sebegini diadakan kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan juga anak. Korang pernah dengar permainan WePlay? Ok meh mama cerita sedikit mengenai WePlay ini yer. WePlay ini telah ditubuhkan pada tahun 1987 lagi dan ia adalah salah satu peralatan pendidikan sambil bermain yang terkemuka di Taiwan. 

Jenama "WePlay" ini bertujuan untuk mewujudkan produk pendidikan yang mempromosikan kemahiran komunikasi dan motor kanak-kanak serta merangsang kreativiti mereka semasa mereka belajar dan bermain dengan gembira. Oleh itu, dalam pendidikan awal kanak-kanak, mereka reka bentuk praktikal dan menyeronokkan yang memberi satu kelebihan kepada dunia kanak-kanak. 


Perkembangan seorang kanak-kanak adalah dari mereka merangkak, kemudian berjalan. Itu adalah cara satu pengumpulan pengalaman hidupnya sendiri. Mereka tiada jalan pintas untuk proses tumbesaran mereka, maka mereka akan mengalami satu langkah demi langkah untuk mereka melakukan sendirinya. Oleh itu, dengan adanya WePlay ini akan menghasilkan mainan dan mempengaruhi perkembangan setiap kanak-kanak.


Bagaimana mainan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak?

Setiap permainan menyediakan banyak keseronokan dan kegembiraan dan ia juga membantu membina harga diri setiap kanak-kanak. Kemahiran tersebut adalah seperti :
  • Kemahiran Motor - Permainan membuat anak-anak terlibat dengan aktiviti fizikal dengan menjalankan mereka mempunyai kemahiran motor halus dan kasar. Ia juga membantu mencari keseimbangan dan koordinasi.
  • Pembangunan Kognitif - Menggalakkan kognitif kanak-kanak dari segi pembangunan dengan merangsang otak mereka serta kemahiran berfikir. 
  • Emosi Pembangunan - Permainan meningkatkan kreativiti kanak-kanak dan membantu mereka menyampaikan emosi mereka. Ia juga mengajar kanak-kanak berfikir untuk membuat keputusan.
  • Pembangunan Sosial - Ia juga mengajar kemahiran sosial dan memberi mereka memahami masyarakat dalam kehidupan mereka. Permainan ini mengajak kanak-kanak berinteraksi sesama mereka. 

Antara aktiviti pada hari itu adalah memperkenalkan peralatan mainan WePlay iaitu Tai Chi Ball. Menariknya permainan ini adalah kita memerlukan pergerakan taichi secara perlahan sambil memastikan bola digerakkan mengikut alur yang direka khas didalamnya. Dengan ini setiap orang harus mempunyai keseimbangan badan selain itu mendidik kita dan anak-anak bersabar dalam setiap apa yang kita lakukan. 

Kemudian aktiviti berkumpulan bersama keluarga adalah Save The Princess. Aktiviti ini sangat mencabar serta seronok melakukan bersama anak-anak. Ini kerana setiap kumpulan memerlukan kerjasama serta memikir untuk stabilkan 16 gingerman di atas bot pisang tersebut. Anak-anak memang sangat excited dengan permainan ini. 



Kalau korang perhatikan aktiviti seperti ini dapat merapatkan antara satu sama lain. Mereka berfikir untuk seimbangkan gingerman di atas bot pisang agar tidak terjatuh. Memang fun sangat time ni. Ada gelak ketawa sebab gingerman jatuh kesemuanya. Hahaha tapi kami tidak berputus asa untuk mencuba dan mencuba untuk menyeimbangkan gingerman ini. 

Akhirnya kesemua gingerman dapat diimbangkan di atas bot pisang tersebut. Hoyehhhh..

Kemudian kami dibahagikan kepada 4 kumpulan besar untuk melakukan permainan dan menyelesaikan satu misi yang besar. Aktiviti seterusnya adalah Future Architect. Untuk kumpulan kami telah diberikan satu tugasan untuk membina menara paling tinggi. Kalau tengok gambar menara KLCC gitu. Jadi kami sekumpulan harus memerlukan kerjasama untuk berfikir, pengamatan serta pergerakan tangan dalam satu masa. Paling mama suka dengan permainan WePlay ini menggunakan warna-warna yang ceria. Jadi dengan warna yang ceria ini sekaligus anak-anak suka bermain dan membezakan warna tersebut.

Warna yang menarik pada setiap block ini dapat menarik minat anak-anak bermain bersama-sama.


Dalam masa 15 minit sahaja kumpulan kami telah menjayakan bangunan KLCC dengan mudah. Tahniah pasukan kami yang sangat cepat dan pantas untuk siapkan bangunan tertinggi ini. Bagi kumpulan lain pun turut berjaya menyelesaikan misi yang telah diberikan. 



Tahniah kawan-kawan. Kita berjaya!!

Antara misi yang berjaya pada hari itu. Tahniah semua.


Menarik kan permainan WePlay ini. Bukan anak-anak sahaja menyukainya malah ibu bapa yang hadir pun suka dan gembira dengan permainan ini. Dengan hanya bermain sahaja, anak-anak pasti gembira dapat bermain sambil belajar dalam masa yang sama mereka turut gembira. Bagi yang ingin membeli dan mendapatkan barangan permainan WePlay ini boleh layari detail seperti dibawah.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.e-weplay.com.my
Facebook : www.facebook.com/WePlayMalaysia

Untuk belian WePlay secara online boleh terus ke website

www.motherhood.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook