New release

JUICEWORKS | Honey, It's Christmas!

9:00 AM

Sesuatu yang ajaib bakal muncul.

Daripada bunyi loceng yang menyinari hati sebagai nota yang biasa ditemui pada bulan yang akan datang ini berada di setiap sudut, ke senyuman yang lebih meriah di wajah orang yang kami temui. Sama ada kanak-kanak atau dewasa, rasa teruja di hati mereka semakin kuat apabila akhir tahun semakin mendekati.

Ia seperti suasana seluruh dunia bertukar kepada suasana yang lebih bahagia dengan ketibaan musin yang indah tahun ini – Krismas! Jadi janganlah terkejut kika anda mendengar kami di Juice Works bersenandung bersama,atau jika anda melihat senyuman mengusik bibir kami apabila kami mencampur minuman anda.


Sempena musim yang meriah ini, kami telah mencipta minuman yang istimewa, berkilat merah! Bagi kami, ia melambangkan semua kebaikan, kebahagiaan dan kegembiraan manis sepanjang tahun ini. Kami berharap nama minuman ini sendiri akan memberikan sentuhan gembira, kerana kami menyebutnya Honey, Its Christmas!

Smoothie ais bercampur dengan madu, plum, strawberi, lemon, dan ditambah dengan jus delima mulberi dan delima merah, minuman ini hanya boleh didapati dari 6 Nov 2017 sehingga 1 Januari 2018!

Mulberry kering | mempunyai rasa manis semulajadi tanpa gula tambahan juga memberikan tahap protein dan zat besi yang luar biasa untuk buah. Ia adalah sumber yang kaya vitamin C, serat, kalsium san antioksidan. Itulah sebabnya mengapa mulberi kering adalah lazat apabila dijadikan sebagai makanan ringan atau dicampurkan dengan yogurt, smoothies dan banyak lagi.

Delima | digunakan untuk tujuan perubatan selama ribuan tahun. Dengan antioksidan yang lebih tinggi daripada jus buah-buahan yang lain, ia juga mempunyai tiga kali lebih banyak antioksidan berbanding wain merah dan the hijau. Oleh itu, buat Timur Tengah ini dikatakan berkesan untuk memerangi penyakit jantung, tekanan darah tinggi, keradangan dan beberapa jenis kanser, termasuk kanser prostat.

Tembikai susu | mempunyai kandungan air yang tinggi dan kadar kalium, yang menjadikannya buah yang baik untuk mengekalkan tahap tekanan darah yang sihat. Memandangkan ia mengandungi kedua-dua vitamin C dan tembaga, ia juga mengalakkan kulit yang sihat dengan membantu pengeluaran kolagen dan pembaikan tisu. Untuk meningkatkan lagi vitamin C, jus lemon juga ditambahkan, untuk membantu pencernaan dan untuk menjaga sistem imun pada tahap optimum.

Strawberi | ini adalah penuh dengan serat, folat dan antioksidan seperti vitamin C dan phytochemicals untuk membantu mengurangkan kolesterol dalam arteri dan vesel. Ia juga adalah kaya dengan iodin untuk membantu mengawal fungsi otak dan sistem saraf yang betul, di samping mempunyai dos tinggi kalium per beri, yang sangat baik untuk daya tumpuan dan ingatan.


Seperti yang anda boleh pastikan sekarang, gabungan minuman ini telah direka dengan bersunguh-sunguh untuk membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit semasa musim perayaan, mengurangkan kolesterol semasa anda bermanja dengan makanan dan untuk memastikan anda terhidrat, dengan kulit yang sihat dan cantik! 

Jadi, semasa anda berpesta pada akhir tahun dan meraikan kedatangan tahun baru, janganlah anda lupa untuk meminumnya! Untuk maklumat lanjut boleh layari www.juiceworks.com.my

Juice Works mengucapkan : Selamat menyambut hari Krismas dan tahun baru dengan badan yang sihat.

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook