New release

KNIGHTSBRIDGE RESOURCES x U MOBILE Melancarkan TraqKid | Alat Penjejak Kanak-Kanak Berasaskan Telefon Bimbit Pertama di Malaysia

10:48 AM

Knightsbridge Resources Sdn Bhd (Knightsbridge Resources) dan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) hari ini merasmikan pelancaran TraqKid, alat penjejak kanak-kanak berasaskan telefon bimbit pertama di Malaysia yang menawarkan sokongan menyeluruh kepada ibu bapa. Apabila mereka memilih perkhidmatan ini, ibu bapa dapat mengetahui lokasi anak mereka secara proaktif. Kemudahan ini juga membolehkan ibu bapa mendapatkan bantuan kecemasan dari pusat panggilan TraqKid dan anggota Program Kepolisan Komuniti Malaysia sekiranya perlu. Sistem TraqKid berfungsi menerusi kad SIM U Mobile yang dilengkapi dengan teknologi perkhidmatan lokasi berasaskan SIM.


Pada majlis pelancaran dan pernandatangan perjanjian, Pengerusi Knightsbridge Resources & Pengasas / Ketua Pegawai Eksekutif bagi Program Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng, berkongsi bahawa perkhidmatan tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. “TraqKid menawarkan ciri-ciri penggunaan yang mudah kepada ibu bapa kerana kesemuanya dapat dilakukan menerusi telefon bimbit. Mereka tidak perlu membeli sebarang aksesori lain kerana teknologi berasaskan SIM yang tertanam dalam kad SIM U Mobile mampu mengesan mana-mana alat GSM yang menjadi hosnya.”

Integrasi dengan pusat panggilan dan petugas Program Kepolisan Komuniti Malaysia membezakan TraqKid dengan perkhidmatan penjejak kanak-kanak yang lain di pasaran. “Dalam situasi kecemasan, ibu bapa boleh mendapatkan bantuan untuk menjejaki anak mereka hanya dengan menekan butang di telefon. Setelah amaran dikeluarkan, kami akan mengarahkan anggota kami untuk ke lokasi terkini di mana anak anda dikesan,” kata Kuan.


Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee menyatakan bahawa U Mobile berbesar hati dapat membantu mewujudkan TraqKid bagi para ibu bapa. “U Mobile sentiasa berusaha untuk mencipta idea-idea baharu yang memberi manfaat kepada para pelanggan kami. Kami gembira dipilih oleh Knightsbridge Resources sebagai rakan kongsi untuk menawarkan perkhidmatan terbaru ini. Peluang ini juga datang tepat pada masanya memandangkan kami telah menghidupkan spektrum tambahan yang telah diperuntukkan kepada kami oleh pihak kerajaan pada tahun lepas. Dengan rangkaian yang lebih luas, kami dapat memberikan sokongan yang terbaik untuk perkhidmatan ini.”

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat dan penaung bagi TraqKid. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa, “Kanak-kanak merupakan aset penting dalam pembangunan negara dan mereka merupakan pewaris kita untuk maju ke hadapan ke fasa pembangunan yang seterusnya. Oleh itu, ia menjadi tugas dan tanggungjawab kolektif semua orang untuk memainkan peranan proaktif dalam melindungi dan memastikan keselamatan kanak-kanak.” 


Beliau seterusnya menggalakkan para ibu bapa untuk menggunakan perkhidmatan ini supaya dapat membantu memastikan keselamatan anak-anak mereka. Beliau berkata bahawa Kementerian beliau akan bekerjasama dengan para pemegang kepentingan untuk memastikan pemantauan dan perlindungan yang lebih teliti dilaksanakan menerusi aplikasi telefon bimbit yang diperkenalkan oleh Traqkid.

“Marilah kita bersama-sama memastikan perkhidmatan ini dapat melindungi anak-anak kita dengan jayanya,” tambahnya.

TraqKid boleh didapati menerusi tempahan awal mulai 1 November 2017. Langganan bermula pada harga RM58 setiap bulan dengan U Mobile. Semasa pendaftaran, anda perlu membayar yuran pendahuluan sebanyak RM36 bagi Insurans Kemalangan Peribadi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.traqkid.my.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook