Blogger Review

Pengalaman Buat Scaling & Polishing Gigi Di Dentessence Dental Clinic

10:22 AM

Pengalaman Buat Scaling & Polishing Gigi Di Dentessence Dental Clinic | Bila kali terakhir korang berjumpa doktor gigi? Fuhh kalau doktor tanya soalan macam ni memang betul-betul kena batang hidung. Hahaha serius mama palingggg takut jumpa doktor gigi. Ntah la dari sekolah lagi asal doktor gigi datang jer mulalah gelabah, takut sampaikan sakit perut. Hehehe.. Terukkan padahal doktor nak check jer bukannya buat apa pun. Sehinggalah sekarang mama masih rasa gementar untuk pergi ke klinik gigi. Tapi baru-baru ni mama ada appointment scaling dan polishing gigi dengan doktor gigi tau. Nak tahu Pengalaman Buat Scaling & Polishing Gigi Di Dentessence Dental Clinic boleh baca sampai habis yer. 

Pengalaman Buat Scaling & Polishing Gigi Di Dentessence Dental Clinic
Pada Sabtu kemarin, mama berkesempatan temujanji dengan doktor gigi di Dentessence Dental Clinic di Dataran Sunway, Kota Damansara. Temujanji kali ni adalah bertujuan untuk scaling dan polishing gigi mama. Last mama jumpa doktor gigi adalah setahun yang lepas tapi untuk scaling memang tak pernah buat. Mama pun tak ingat bila last buat scaling gigi. Punya lama tak jumpa doktor gigi sebabnya mama takut. Sebut jer scaling gigi dah terus seram sejuk rasa macam sakit jer. Sebenarnya takder la sakit mana pun cuma rasa ngilu sikit jer. Alaa beranak boleh tahan sakit, setakat gigi macam gigit semut jer. Hahaha.


Masuk jer ke klinik Dentessence ni terus rasa tak macam pergi ke klinik gigi. Hahhh sebab apa mama rasa sejuk jer dengan penghawa dingin yang cukup kuat di klinik ni. Heheheh.. Suasana klinik tak menyeramkan tu memang mama suka. Boleh la relax dan chill sambil tunggu nama mama di panggil. Yer lah selalu kalo pergi klinik gigi nampak jer ruangan gigi dah seram sejuk. Itu belum lagi melihat peralatan pergigian tersebut kan. Tapi kali ni mama tak perlu risau sebab mama nak scaling gigi jer. Korang tahu scaling gigi tu apa? 

Rawatan cuci gigi atau scaling adalah bertujuan untuk membersih dan membuang karang-karang gigi dan tanda kotor pada gigi disebabkan pengambilan teh, kopi, milo, menghisap rokok dan sebagainya. Alat pencucian atau dikenali "scaler" merupakan kaedah rawatan penyakit gusi yang paling umum. Untuk scaling ini hanya mengambil masa dalam 30 minit ke 45 minit bergantung kepada kekotoran pada gigi masing-masing.


Masuk jer ke bilik terus nampak kerusi khas untuk mama akan duduk atas tu. Hehehe.. seram jugak tapi kan mama nampak jer kerusi hijau tu terus mama rasa tenang. Orang kata warna hijau ni memberi ketenangan tau jadi mama takder la takut sangat. Padahal mama risau takut banyak karang yang terdapat dekat gigi mama. Almaklum la di luar nampak bersih jer tapi bahagian dalam gigi kita tak nampak. Lepas jer duduk kerusi khas tu mama sempat welfie dengan Doktor Ahbirami yang sangat friendly sebab doktor ni sentiasa senyum. Hahhh kalau dah namanya doktor gigi kan confirm la gigi doktor cantik! Suka pulak tengok gigi Doktor ni tau. 


Sebelum memulakan scaling, Doktor Ahbirami memeriksa jumlah gigi mama dalam masa yang sama doktor ada bagitau gigi mama yang sebelah atas cantik dan tiada karang gigi cuma gigi susu mama masih belum luruh. Hehehe tua-tua pun masih ada gigi susu tau. Lega betul mama dengar tapi di bahagian gigi bawah yang sebelah dalam ada terdapat sedikit karang gigi. Kemungkinan agak susah hendak memberus bahagian dalam menyebabkan karang gigi berkumpul di celah gigi tersebut. 

Untuk pengetahuan semua, Doktor Ahbirami pesan jika kita tidak scaling gigi dalam masa 6 bulan sekali berkemungkinan besar gigi kita akan cepat rosak disebabkan pembentukkan karang pada celah gigi tersebut. Dan karang tersebutlah akan berpunca gigi kita jarang dan cepat rosak. Selain itu, penjagaan gigi dengan memberus gigi setiap 3x sehari dapat memastikan gigi kita sentiasa bersih dan tidak rosak. 


Masa Doktor Ahbirami membuang karang di celah gigi mama tu memang mama rasa ngilu sikit sebab Doktor mencungkil untuk buang karang yang agak tebal. Selepas gigi di cuci, mama berasa sedikit kelainan pada permukaan belakang gigi dengan lidah terasa seperti ada ruang di permukaan gigi tersebut. Hahaha sampai sekarang la lidah mama asyik duk main dekat situ. Tapi jangan risau itu adalah normal kerana karang gigi sudah dibuang dan akan merasa lekukan gigi asal yang sebelum ini ditutupi oleh karang gigi. Nasib dah cuci tau kalau tidak kemungkinan gigi mama akan rosak. 

Selepas selesai scaling, akhir sekali Doktor buat polishing gigi untuk gigi lebih bersinar. Yeahh terus rasa gigi mama bersih dari segala karang yang duduk sebati dekat gigi mama selama ni. Lepas ni mama boleh senyum dengan gembira sebab gigi bersih dari karang gigi. Jadi, rajinkan menjaga gigi dengan memberus gigi setiap hari dan berjumpa doktor gigi pada 6 bulan sekali. Boleh juga menggunakan flos gigi untuk membuang kekotoran yang terlekat di celah gigi tau.


Pengalaman mama buat scaling dan polishing gigi ni memang takder sakit langsung tau tapi ngilu tu ada la sikit. Lepas jer buat terus rasa tak takut lagi nak buat scaling ni sebab penting tau scaling ni untuk membuang karang di gigi kita. Jadi korang jangan takut jumpa doktor gigi tau dan korang kena jaga gigi agar gigi sihat dan bebas dari bakteria serta karang gigi yang bahaya. Dengan gigi yang bersih kita jadi semakin yakin untuk senyum dihadapan semua orang. 

Untuk harga rawatan scaling dan polishing gigi ini bergantung kekotoran kaviti pada gigi korang tau. Kalau sikit macam mama so murah la bayaran dia. Bagi yang bercadang untuk membuat scaling dan polishing gigi di Dentessence Dental Clinic ini ada berita baik untuk korang tau. Korang boleh dapatkan 10% diskaun semasa pembayaran bill rawatan dengan menunjuk link URL blog entri ini sahaja. Apa tunggu lagi jangan lupa buat scaling & polishing gigi korang tau.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh hubungi :-

DENTESSENCE DENTAL CLINIC
MP 43-2 Jalan PJU 5/11
Dataran Sunway
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor
Telefon : 03-6140 7567


Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat [9.00 pagi - 6.00 petang]
Sabtu [9.00 pagi - 4.00 petang]

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook