Resepi

Almond Florentina Oat Cookies | Biskut Raya Yang Sihat Dengan Quaker Oat

8:23 AM

Almond Florentina Oat Cookies | Biskut Raya Yang Sihat Dengan Quaker Oat - Quaker Oat jenama #1 Dunia yang tidak asing lagi untuk dimakan pada sarapan pagi atau hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, menjadikannya lebih mudah untuk menikmati resipi baharu yang menyediakan lebih banyak serat, protein, vitamin dan mineral!


Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum , Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan: bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin iuy. 2B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.


"Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa buat seisi keluarga, dan apabila kita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa nutrisi adalah penting. Hidangan tradisional juga boleh diggabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh - dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan kami dan yakin bahawa kita masih mendapat nutrisi-nutrisi penting," kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik.

Resipi baharu, termasuk resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah, sesuai untuk keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan. Boleh layari website www.quaker.com.my/recipe-book.html Nak tengok mama masak biskut raya yang mudah dan sihat dengan Quaker Oat boleh tengok di bawah ni ye. 



Resepi Almond Florentina Oat Cookies

Bahan-bahannya :-
  • 500 gram Tepung Florentine 
  • 500 gram Almond Slice
  • 200 gram Quaker Oat
  • 200 gram Green Pumpkin Seed
  • 100 gram Biji Kuaci 
  • 40 gram Bijan Hitam
Cara-caranya :
  1. Bakar almond, green pumpkin seed, kuaci dan bijan selama 5 minit dalam suhu 160'c 
  2. Kemudian tuang tepung florentina ke dalam semua kekacang termasuklah Quaker Oat. Kacau sehingga sebati
  3. Sudukan 1/2 sudu besar ke dalam bekas cupcakes dan bakar pada suhu 160'c selama 15 - 20 minit. 
  4. Selepas siap bakar sejukkan sebentar dan keluarkan dari bekas cupcakes. 

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oats dan promosi Ramadan dan resipi, layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook