Dah lama aku nak cuba buat spaghetti olio ni.. yer la hehari asyik makan nasi.. papa dah mula komplen berat badan dia sudah naik.. perut pun sudah mula membuncit macam orang mengandung 9 bulan.. wakakak.. so aku decide nak masak spaghetti pagi ni.. sangat mudah nak buat spaghetti ni..main campak2 jer.. heheheh :)
Resepinya:
1- Setengah bungkus spaghetti. Rebus dengan air + sedikit minyak + sedikit garam sampai kembang. Warnanya akan bertukar. Bilaskan dengan air dan toskan.
2- Sosej/isi ayam/udang/sotong. Yang ni 3 batang, potong nipis.
3- Masukkan 2 sudu besar minyak zaitun (kalo tak de, minyak biasa pun boleh) dalam kuali panas. Masukkan cili kering yang dipotong serong (3-4 batang) & garlic granules/bawang putih cincang. Goreng sehingga bawang putih berwarna keperangan. Jangan sampai hangit . Kemudian masukkan pula sosej. Balik-balikkan hingga keperangan (sosej ini boleh juga dipotong dan disangankan di atas kuali yang tidak melekat tanpa minyak terlebih dahulu).
4- Masukkan 1/4 kiub ayam, serbuk oregano, lada hitam/lada sulah + oregano kering & daun parsley. Masukkan juga sesudu teh garam. Balik-balikkan.
5- Masukkan spaghetti dan gaul rata selama 3-5 minit. Angkat.
* Boleh tambah parmesan cheese powder semasa menghidang.
** Boleh juga ditambah dengan sayur-sayuran pilihan anda seperti lada benggala dan lain-lain
Resepi dicuri dari blog ini

Sedap woo.. cubalah.. :)
* Papa tanya naper takder kuah.. papa ni spaghetti olio bukan spaghetti bolongnese.. Muahahha.
Buku baru ku beli dari Dunia Susu Ibu baru jer sampai tadi.. sangat-sangat manfaat buku ini untuk aku yang kurang ilmu tentang penyusuan susu ibu.. Dulu masa Iqbal aku bagi direct BF sebab Iqbal tak mau susu botol.. nasib la aku belum kerja lagi masa tu.. Kali ni adiknya pulak aku tak boleh la berhenti keje kan semata2 untuk nyusukan anak.. hohoho sebab komitmen yang banyak perlu ku harus keje.. kerana sekarang wang sangat penting kegunaan kita seharian kan..
Buku ni sangat2 berguna buat aku.. Thanks Dunia Susu Ibu.. Saya beli yer.Dah lama nak upload spagetti ni.. Tapi asal nak upload jer mesti error.. cettt memang sakit hati.. Hari ni ada masa terluang boleh la aku upload banyak-banyak kan kan kan.. :p
Spagetti Bolongnese buatan aku.. Dulu cik hubby sangat benci makan western food ni.. tapi semenjak dia kawin dengan aku.. dia plak asyik request makanan ni.. hukhukhukk... :)